SJ-05-0127 : tunggu imam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0127 : tunggu imam

ana nak tanya andaikata kita tunggu imam nak rukuk baru kita angkat takbir terutama bagi imam yang baca lama2,adakah perbuatan nie dibolehkan tapi kita bukan masbuq.minta panel al-ahkam dapat jelaskan.Syukran

SJ-05-0127 : tunggu imam

alJawab:

Tidak boleh berbuat demikian kerana menyalahi etika solat berjama'ah.
Nabi SAW melarang perbuatan tersebut:

" Sesungguhnya Imam dilantik untuk diikuti, pabila Imam bertakbir, maka bertakbirlah...." (Bukhari-Muslim dari Abu Hurayra ra.)

Termasuk dalam mengikuti imam ialah tidak mendahuluinya, berlumba dengannnya atau melambat-lambat atau menyalahi Imam (Dr Qahthani, al-Imamah fi alSolat, Mu'asassah alJarisi, Riyadh.) :aklam