SJ-13-0192 : Emas Putih

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0192 : Emas Putih

Assalamualaikum

Ana nak confirm hukum memakai emas putih bagi lelaki dan bagaimana pula dengan berlian? Adakah emas putih ini termasuk yang dimasukkan emas atau ianya hanya sebagai istilah yang diberikan oleh orang melayu.

Ana ada rujuk kepada beberapa orang sahabat(ustaz)dan jawapan yang diberi adalahseperti berikut :

Ustaz A : Haram memakai emas putih kerana ianya juga adalah emas dan harus memakai berlian kerana tiada nas yang melarangnya.

Ustaz B : Harus memakai emas putih kerana ianya bukan emas(bukan emas kuning seperti yang difahami masyarakat) dan haram memakai berlian kerana ianya menyerupai wanita.

SJ-13-0192 : Emas Putih

:wassalam

1. Emas putih atau Platinum.

Fatwa Syaikh alUthaimiin: Ia dibolehkan dengan dua syarat:

a. ia bukanlah logam yang melambangkan kemewahan dan takabbur

b. ia tidak membawa fitnah kepada pemakainya

(fatwa no 4021 (Islam QNA)

2. Berlian

Dalam kitab al jami' fil Khatam karya alhafidz alBaihaqi, beliau membolehkan pemakaian permata spt berlian tapi balik kepada fatwa syaikh alUthaimiin, kita kena tanya diri kita, apakah ia melambangkan kemewahan dan membawa kepada sifat takabbur si pemakainya dan boleh membawa fitnah atau apakah ia kelihatan menyerupai perempuan atau menjadi agak feminin?

adapun larangan berpakaian yg membawa kepada sifat bangga diri ini adalah ayat umum al-Qur:an
"Allah tidak suka kepada orang yang angkuh lagi sombong' AQT: alHadid: 33

sekian