SJ-07-0053 :Mendoakan kesusahan dan keburukan utk org kafir.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0053 :Mendoakan kesusahan dan keburukan utk org kafir.

:salam

bolehkah kita sebagai seorang muslim mendoakan keburukan kepada orang kafir?

setahu saya, Rasulullah saw yg sering dizalami orang kafir itu pun tidak penah berdoa sedemikian rupa.tidak pernah pulak terjumpa hadis yg mengatakan Rasulullah saw melakukan sedemikian. Inikan pula kita umatnya yg tidak merasa ujian sehebat yang berlaku pada Rasulullah saw.patut ke ::?:

SJ-07-0053 :Mendoakan kesusahan dan keburukan utk org kafir.

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Do'a merupakan salah satu cabang ibadat, menzahirkan kedudukan penghambaan kepada Allah swt. Memohon sambil menadah tangan kepada kerajaan Allah pada setiap hal, memohon dikabulkan permintaan dan memohon agar ditolak bala'.

Do'a keatas orang kafir yang memusuhi Islam merupakan senjata orang-orang Islam didalam operasi jihad. Ia menjadi sumber kekuatan bagi orang-orang Islam di medan pertempuran sebagai firman Allah swt :-

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ÅöÐóÇ áóÞöíÊõãú ÝöÆóÉð ÝóÇËúÈõÊõæÇ æóÇÐúßõÑõæÇ Çááøóåó ßóËöíÑðÇ áóÚóáøóßõãú ÊõÝúáöÍõæäó
dir="ltr">"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). " - [al-Anfal : 45]

Nas al-Quran menjelaskan kebenaran mendo'akan 'keburukan' terhadap orang kafir secara umum. Tidak dibenarkan berdo'a keatas individu tertentu melainkan ia mendatangkan kesusahan pada orang-orang Islam. Mula-mula sekali hendaklah kita berdo'a agar mereka mendapat hidayah, kerana sesungguhnya Nabi :saw berkata :'Ya Allah, berilah hidayah kepada kaumku kerana mereka tidak mengetahui'. Maka do'alah keatas mereka untuk hidayah, dan tidak mendo'akan keburukan diatas mereka. Bagi do'a kemusnahan keatas pula mereka dicatatkan didalam al-Quran bahawa Nabi Noh as. tatkala berkata :-

ÑóÈøö áóÇ ÊóÐóÑú Úóáóì ÇáúÃóÑúÖö ãöäó ÇáúßóÇÝöÑöíäó ÏóíøóÇÑðÇ
dir="ltr">"....Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!" [Nuh : 26]

Terdapat riwayat sahih didalam Sahih Bukhari bahawa Nabi :saw pernah mendo'akan 'keburukan' keatas orang kafir. Terdapat juga beberapa hadith mengenai do'a, misalnya riwayat yang dibawa oleh Ali bin Abu Talib ra. : Pada hari Ahzab, Rasulullah :saw berkata :

ãáà Çááå ÈíæÊåã æÞÈæÑåã äÇÑðÇþ¡þ ÔÛáæäÇ Úä ÇáÕáÇÉ ÇáæÓØí Ííä ÛÇÈÊ ÇáÔãÓ
dir="ltr">"Allah penuhkan rumah dan kubur mereka dengan Api, yang menganggu kami dari solat Asar sehinggalah terbenam matahari"

Namun demikian, terdapat juga hadith2 seperti fatwa IslamOnline diatas tadi meriwayatkan bahawa Nabi :saw mendo'akan agar orang kafir itu diberi hidayah.

Do'a mendatangkan 'keburukan' atau memberi 'hidayah' harus dilihat dari segi dua sudut yang berbeza, dari satu sudut orang-orang Islam berada didalam keadaan dizalimi dan peperangan (seperti didalam perang Ahzab), dan dari sudut yang lain pula mendo'akan atas hidayah keatas orang kafir didalam keadaan aman.

Berkata Prof. Dr Saed Ahmad, pensyarah Universiti al-Azhar :-

æááÊæÝíÞ Èíä ÇáãæÞÝíä äÞæáþ:þ Åä áßá ãÞÇã ãÞÇáðÇ¡ æÍíË Êßæä ÇáÃãæÑ åÇÏÆÉ ÝÇáÏÚÇÁ ÈÇáåÏÇíÉ Ãæáì¡þ ÃãÇ Ýí æÞÊ ÇáãÚÑßÉ æÃËäÇÁ ÇáåÌæã Ãæ ÇáÏÝÇÚþ¡þ ÝÇáÏÚÇÁ Úáíåã åæ ãÞÊÖì ÇáÍÇáþ.
dir="ltr">"Bagi pertemuan diantara dua sikap ini kami berkata :- didalam setiap kedudukan dan keadaannya tenang, maka do'a agar mendapat hidayah adalah diutamakan. Bagi keadaan perang dan semada menyerang atau mempertahankan diri, maka do'a keburukkan keatas mereka merupakan kondisi yang diperlukan"

Sekian, wassalam.

rujukan :

1, http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528607738

2. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528615586

خيرالأمين