apakah hukum beronani? Di ruangan forum ada netters yg memberi link kerana katanya ini soalan lama yg telah dijawab tetapi malangnya link tersebut tidak dapat dibuka.
Saya terbaca pendapat Dr Yusof Qaradawi yg mengharuskan perkara tersebut. Benarkah Qaradawi berkata demikian atau saya tersalah faham?
Dari segi perubatan pula ada yg mengatakan onani sebetulnya tidak mendatangkan mudarat.
Minta pencerahan..
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr insantaqwa dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah. (Kami akan memaparkan pandangan 2 tokoh ulama', iaitu Syeikh Dr Mustafa al-Zarqo rh. dan Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi).
Majoriti ulama' mengatakan bahawa onani atau istimna' adalah haram, diantaranya adalah Imam Malik yang mengambil dalil firman Allah swt :-
Menurut Mazhab Syafie, mereka meletakkan onani dibawah perkara haram iaitu melepaskan syahwat diluar batasan perkahwinan, sebagaimana ayat 7 surah al-Mukminun. [Fataawa Mustafa al-Zarqo, ms340].
Walau bagaimanapun menurut Syeikh al-Zarqo, terdapat ulama' yang merujuk maksud "melampaui batas" sebagai Zina, dan bukan onani. Menurut Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat bahawa mani adalah barangan lebihan, maka boleh dikeluarkan seperti memotong daging yang berlebihan. Pendapat ini disokong oleh Ibnu Hazm. Akan tetapi ulama' Hanafi membenarkan cuma pada 2 perkara :-
a. Kerana takut Zina
b. Kerana tidak mampu berkahwin.
Kata al-Qaradhawi lagi :
Kebenaran yang dibenarkan oleh al-Qaradhawi adalah berkondisi, iaitu bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar; iaitu zina. Menurut beliau adalah lebih afdal mengikuti apa yang ditunjukkan oleh Nabi :saw bagi mereka tidak mampun berkahwin; iaitu memperbanyakkan berpuasa, dimana puasa mempertingkatkan will power, mengajar kesabaran dan menguatkan kecekalan untuk bertaqwa, dan keyakinan terhadap muraqabah Allah pada setiap jiwa manusia, sebagaimana sabda Nabi :saw :-
Kesimpulan yang boleh kita ambil dari Dr Mustafa Zarqo rh. didalam Fatwanya : "Saya menyimpulkan bahawa prinsip umum Syariah menentang tabiat ini, kerana ia bukan cara tabie/normal memenuhi keinginan seksual, bahkan perbuatan ini adalah tersasar (deviation), ini sudah cukup mengutuk dan membencinya, walaupun ia tidak termasuk haram yang dikategorikan sebagai zina.
Walau bagaimanapun, hukum disini jatuh pada hukum keperluan, yang juga merupakan kaedah syariah. Sebagai contoh, jika seseorang takut bahawa dia akan melakukan dosa yang lebih besar, seperti Zina, atau memudaratkan seseorang akibat tidak siuman, maka larangan onani diringankan untuk menghilangkan kesukaran, berdasarkan kaedah syariah yang mengatakan "keperluan di hukum menurut keadaan yang membenarkannya"." [Fataawa Mustafa al-Zarqo, ms340, cet ke 2, Dar al-Qalam, 2001, ms 341].
Sekian. wassalam.
p/s - mengenai link yang putus, ini kena tanya Ustaz Zainys
خيرالأمين