SJ-1995: sj 1981 (2) : Lagi Kisah mungkar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1995: sj 1981 (2) : Lagi Kisah mungkar

Terima kasih atas jawapan yang telah lalu. Membaca jawapan ustaz menambah ketidak fahaman saya berkenaan mungkar, maksiat dan haram.
Memandangkan ianya adalah asas yang perlu difahami saya memohon penjelasan yang lebih lanjut, terutamanya bila ustaz menyatakan kemalasan juga salah satu dari mungkar

Memandangkan benda khilaf tidak boleh dikira mungkar ( kefahaman saya) saya memohon penjelasan yang lebih terutamanya dalam melihat missi Al-Ahkam yang menimbang semua pendapat mazhab
sekian terima kasih

Re: SJ-1995: sj 1981 (2) : Lagi Kisah mungkar

Afwan
Jawab:
Mungkar adalah istilah umum yg bisa mencakupi apa saja yg dibenci oleh syara'. Dalam bahasa kita ialah yg buruk atau tak baik.
Makruf ialah apa saja yg disukai oleh syara'. Dalam bahasa kita ialah yg baik2 atau terpuji.
Ini adalah pasangan kerana alam ini dicipta berpasangan. Adam lawannya Iblis, Hero lawannya Villain atau Crook. Musa vs Fir'aun; Ibrahim vs Namrood...
Jadi Makruf (baik/good), lawannya Mungkar (jahat/buruk/evil/bad). Jadi senarai apa yg baik dan apa yg buruk dalam Islam itu adalah infinite (tidak ada penghujung), tapi kita kembali pada neraca syara' untuk menentukan yg mana baik dan yg mana buruk.
Jika anda keliru dgn istilah mungkar dan makruf, saya syorkan stick atau pegang pada istilah Melayu, yakni baik dan buruk.
Malas adalah akhlak yg buruk, rajin adalah adalah sifat yg baik atau terpuji. Ini semua orang tahu. Maksiat itu noun atau katanama. Sukakan maksiat adalah sifat mungkar, manakala alkhair atau buat kebajikan itu sifat yg baik atau mulia. Haram itu perkara2 yg ditegah, suka melakukan perkara yg diharamkan atau makan benda haram adalah perbuatan buruk. Halal itu perkara atau benda yg boleh dimanfa'atkan, memilih yg Halal itu sifat yg terpuji. Jika ada kekeliruan dalam menentukan sesuatu perkara atau benda itu baik atau buruk, maka ia diklaskan dalam kategori syubhat, contohnya pakai cincin dari logam platinum. Majoriti ulama' kata logam platinum itu halal, sebahagian kecil kata logam itu haram sebab dari jenis emas. Maka bila ada khilaf, maka lebih baik kita jauhi dan pakai saja cincin logam perak kerana ia ijma' halal. Mudah2han jelas.