Benarkah Kita Dilarang Memakai Cincin Berukir Muhamad Rasulullah? Penjelasan Maulana Asri

Cicin Berukir Muhammad Rasulullah: Benarkah Kita Dilarang Memakainya?

Isikandungan video:
Masalah: Bolehkah mempercayai bahawa batu cincin boleh membawa rezeki, mudarat dan manfaat?

  • Ia adalah kepercayaan karut dan khurafat.
  • Namun kita tidak boleh menafikan khasiatnya untuk perubatan yang memang telah dipastikan tentang manfaatnya. Contoh sebagai penawar bisa binatang dan sebagainya.


Masalah: Apakah maksud larangan dalam hadis dari memakai cincin yang terukir kalimah Muhammad Rasulullah?

  • Cincin dalam bentuk berkenaan adalah chop mohor pemerintah. Ketika itu ia khusus untuk pemerintah sahaja. Orang ramai tidak dibenarkan menempa dalam bentuk itu.
  • Ia menunjukkan bahawa pemerintah boleh membuat satu perkara khusus untuk pemerintah sahaja yang tidak boleh dibuat oleh rakyat.
  • Contoh, pakaian polis, topinya dan sebagainya tidak boleh dipakai melainkan oleh pihak polis sahaja.  Adalah menjadi satu kesalahan jika orang ramai memakainya.
  • Nabi s.a.w. melarang orang ramai menempa cincin berukir Muhamad Rasulullah adalah kerana ia boleh mengelirukan dan ia boleh membuka ruang kepada orang yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan.

 


Hadis yang dimaksudkan:

Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. mempunyai sebentuk cincin dari perak. batunya mengadap ke dalam (tapak tangan). Atasnya terukir Muhammad Rasulullah. Orang ramai dilarang tempa kalimah ini di atas cincin mereka. Itulah cincin yang terjatuh dari tangan Mu'aiqib r.a. ke dalam telaga 'Aris sewaktu Uthman r.a. menjadi Khalifah. (HR al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa'i dan Sunan Ibnu Majah)

Kategori Berita: