itulah soklannya, sbb skrg ni dh nampak mereka ini dh byk buat social charityproject such as dialisis centre, education... etc...
sefaham sy, mereka adalah misionary christian. jadi apakah hukum menyertai program, ataupuan mendapatkan rawatan melalui mreka
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Persoalannya, apakah dibenarkan kita menggunakan perkhidmatan dialisis, pusat tuition dsb yang dikelolakan oleh badan-badan sosial yang digerakkan oleh kaum Kristian?
Bantuan seperti ini tidak ada masalah untuk orang Islam menerimanya selagi mana mereka tidak mengajak orang Islam kearah agama Kristian. Contohnya Pusat rawatan Dialisis, prioriti hendaklah diberikan kepada pusat-pusat yang dikelolakan oleh orang Islam, dan jika tiada alternatif, atau alternatif tersebut memerlukan kos yang tinggi, tidak mengapa bagi orang Islam mendapat bantuan badan-badan ini. Kerjasama pelbagai agama ini dibenarkan dalam Islam dalam konteks luar dari skop aqidah dan ibadat. Firman Allah swt :-
Seorang Islam di benarkan bekerjasama atau menerima bantuan orang kafir, selagimana mereka bukan dari kalangan orang kuffar yang memerangi orang Islam. Firman Allah swt :-
Maka kalau jelas organisasi tersebut mengKristiankan orang Islam melalui pusat-pusat ini, maka kita tidak boleh pergi untuk mendapatkan bantuan yang mereka berikankan, Jika mereka hanya menjalankan tugas-tugas sosial, tidak ada salahnya orang Islam menggunakan fasiliti tersebut. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين
Apa itu trinity?
Trinity membawa maksud tiga - atau konsep tiga tuhan yang dianuti oleh orang Kristian; Tuhan, Mariyam dan Isa (anak Tuhan). Konsep yang dijelaskan oleh orang Kristian pun agak mengelirukan, kerana mereka masih ingin mengatakan Tuhan itu satu. Berikut saya petik definsi yang dberikan oleh mereka :-
Lagi satu yang memeningkan :-
Kesesatannya telah Allah swt nyatakan didalam ayat-ayat al-Quran :-
Sekian, wassalam
خيرالأمين