Bolehkah Kerana Taat Suami sampai Tak Ziarah Bapa Yang Sakit Dan Jenazahnya

Oleh: zain-ys

Riwayat oleh al-Thabrani di dalam al-Mu'jam al-Ausath dan Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali memuatkannya di dalam al-Ihya':
"Seorang lelaki telah keluar bermusafir dan dia berpesan kepada isterinya agar jangan turun dari atas ke bawah rumah, di mana ayah isterinya berada di bawah. Kemudian si ayah sakit. Dan wanita ini mengirim berita kepada Rasulullah s.a.w. untuk meminta izin turun ke bawah kepada ayahnya. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Taatilah Suamimu."

Kemudian si ayah meninggal dunia. Wanita ini menanti perintah dari Rasulullah s.a.w. Sabdanya: "Taatilah suamimu."

Kemudian si ayah dikebumikan, Rasulullah s.a.w. mengirim utusan kepada  wanita itu untuk mengkhabarkan bahawa Allah telah mengampunkan ayahnya disebabkan ketaatannya kepada suaminya.

Al-Iraqi di dalam Takhrij al-Ihya' memberi komentar hadis ini dengan sanad dhaif:

 أخرجه الطبراني في الأوسط من حديث أنس بسند ضعيف إلا أنه قال " غفر لأبيها


Teks dari al-Ihya':

وكان رجل قد خرج إلى سفر وعهد إلى امرأته ألا تنزل من العلو إلى السفل وكان أبوها في الأسفل فمرض فأرسلت المرأة إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم تستأذن في النزول إلى أبيها فقال صلى الله عليه وسلم ‏"‏ أطيعي زوجك ‏"‏ فمات فاستأمرته فقال ‏"‏ أطيعي زوجك ‏"‏ فدفن أبوها فأرسل رسول الله صلى الله عليه وسلم إليها يخبرها أن الله قد غفر لأبيها بطاعتها لزوجها

Video penjelasan Maulana Mohd Asri tentang hadis di atas:

{youtube}36g0oy8cA7o{/youtube}