naper zakat gaji kena bayar? zaman nabi dulu mana ada nabi kutip zakat gaji kan? zaman sahabat pun x der kan? dlm quran n hadis ader sebut kena byr zakat gaji?
permasalahan zakat pendapatan telah dijawab acap kali sebelum ini. dan boleh dirujuki dalam archive al-ahkam.
Berkenaan soalan ini:
gaji bulanan boleh dianggap sebagai 'al-maal al-mustafad', dan perbahasan mengenai al-maal al-mustafad telah lama dibahaskan oleh ulama. malahan, para sahabat Nabi ibn abbas, ali r.a telah menaskan bahawa mal mustafad dikenakan zakat jika telah melalui satu haul.
Imam Tirmizi membuat tajuk dalam sunannya berkaitan al-maal al-mustafad ini. dan beliau mengatakan beberapa org sahabat mengfatwakan tidak wajib zakat melainkan setelah melalui haulnya. Mafhumnya: Bila cukup haul, wajiblah zakat.
apakah al-maal al-mustafad?
iaitu: harta yg kita perolehi di tengah2 haul, bukan daripada hasil harta kita yg dulu. contohnya: org bagi hadiah pd kita, kita dapat mewarisi harta yg meninggal, dll.
Dan termasuklah juga: gaji bulanan yg kita perolehi bulan-bulan.
PADA DASARNYA: al-maal al-mustafaad ni, apabila mencukupi nisabnya dikenakan zakat apabila cukup haul.
jadi, asalnya, setiap gaji bulanan kita, kadar yg kita simpan dalam bulan muharram (contohnya: 800 rm) mesti dibayar pada muharram akan datang. begitu juga simpanan gaji bulan syawal mesti dibayar zakatnya pada syawal akan datang.
kalau ikut cara ini, inilah yg paling tepat dan selamat. cuma caranya PAYAH dan MASYAQQAH kerana setiap bulan gaji kita ada haul tersendiri. sekurang2nya kita kena bilang 12 haul untuk 12 gaji bulanan kita dalam setahun.
Bagi menyelesaikan dan mengelakkan masyaqqah ini, para ulama berijtihad, bahawa dibuat SATU HAUL SAHAJA. kalau gaji start bulan muharram, maka muharram akan datang dibayar zakat keseluruhan gaji2 kita setahun tersebut.
Padahal, waktu kita bayar bulan muharram itu, belum wajib dibayar unt bulan Safar, Rabiul Awal dll. Tetapi dalam masalah zakat, DIBOLEHKAN bayar awal sebagaimana diputuskan dalam sesetengah mazhab, dan satu qaul dalam mazhab syafie (Berdalilkan hadis Abbas membayar awal zakatnya).
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

http://abuumair1.wordpress.com