[Audio Di Dalam] Pertuduhan Bahawa Muawiyah Seorang Pendehaka dan Apa Jawapannya...

Berikut ini adalah sebuah artikel anti Muawiyah yang diperolehi tanpa ada dinyatakan siapa penulisnya. Kesimpulan artikel anti Muawiyah ini ialah:

  1. Muawiyah adalah penderhaka (al-baghiyah) kerana memerangi Ali dalam peperangan Shiffin
  2. Apa alasan Muawiyah itu penderhaka? Mereka beralasan dengan hadis sahih yang menyebutkan bahawa Ammar bin Yasir akan dibunuh oleh al-Fiatu al¬Baaghiah (golongan yang derhaka).
  3. Ammar bin Yasir dalam perang Shiffin memihak kepada pasukan Ali, dan beliau terbunuh dalam peperangan ini.
  4. Golongan anti Muawiyah telah menjadikan hadis Ammar yang terbunuh itu sebagai asas hujah bahawa Muawiyah dan kelompoknya adalah golongan yang derhaka.

Pada artikel berikutnya, Maulana Muhamad Asri Yusoff dengan hujah yang kemas dan kukuh menolak tuduhan liar bahawa Muawiyah adalah penderhaka. Hujah yang dikemukakan membuatkan kita merasakan betapa lemah dan longgarnya hujah yang dikemukakan oleh golongan anti Muawiyah ini. 

Artikel  Maulana Mohd Asri Yusoff adalah petikan dari buku beliau yang bertajuk (Sayyidina Mu’awiyah: Khalifah Rashid Yang Teraniaya) yang ada menyentuh persoalan yang ditimbulkan dalam artikel ini. Bersama artikel ini dilampirkan juga MP3 bedah buku berkenaan.

 

BERHUBUNG MASALAH MU'AWIYAH

Al-`Allamah al-Lughawi Ibn Manzur menerusi kitab beliau Lisan al-`Arab ketika mendefinisikan perkataan (بغي), beliau menyatakan bahawa; al-baghyu (البغي) adalah

melampaui batas (التعدى). Apabila dikatakan "seorang lelaki telah derhaka ke atas kami dengan penderhakaan yang sungguh", maka ungkapan tersebut bermaksud dia telah berpaling daripada kebenaran dan berkekalan dalam keadaan tersebut. Nasnya:

 

 

Selain itu, tokoh bahasa yang lain seperti al-Azhari menerusi kitab beliau Tahdhib al-Lughah mengatakan bahawa; derhaka/berpaling daripada kebenaran al-baghyu (البغي) bermaksud kezaliman dan kebatilan (al-fasad). Nasnya:

 

 

Kemudian beliau berkata lagi, golongan yang menderhaka (al-baghiyah) merupakan golongan yang zalim dan golongan yang terkeluar daripada mentaati imam yang adil. Setelah itu beliau menyebutkan sabdaan baginda Nabi terhadap `Ammar: "kasihan kepada Ibn Sumayyah ( Ammar) [kerana] dia akan dibunuh oleh golongan penderhaka". Nasnya:

 

 

Al-Bayhaqi menerusi kitabnya al-I`tiqad wa al-Hidayah telah meriwayatkan kata-kata al-Imam al-Syafi`i r.a yang telah diriwayatkan oleh Muhammad b. Ishaq, bahawasanya beliau berkata:

 

 

Begitu juga Ibn al-Mulaqqin iaitu al-Imam al-Muhaddith al-Syafi`i Siraj al-Din b. al­Mulaqqin menerusi kitab beliau; al-Badr al-Munir fi Takhrij Ahadith al-Rafi`i al-Kabir berkata:

 

 

Selain itu, al-Bayhaqi menerusi kitabnya al-Sunan al-Kubra dan ibn Abi Syaybah menerusi kitabnya Musannaf Ibn Abi Syaybah; telah meriwayatkan bahawa `Ammar b. Yasir berkata "janganlah kalian mengatakan [bahawa] penduduk Syam [Mu`awiyah dan pengikutnya] telah kufur, tetapi hendaklah kalian berkata mereka telah melakukan kefasiqan dan berlaku zalim". Nasnya:

 

 

Terdapat sebuah hadith yang telah diriwayatkan secara mutawatir daripada Rasulullah sallahu `alayh wasallam, bahawa baginda bersabda:

 

 

Hadis tersebut diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya begitu juga Ibn Hibban di dalam Sahihnya.

Ibn Hajar ketika mensyarahkan hadis ini di dalam Fath al-Bari berkata:

 

 

Berdasarkan kata-kata Ibn Hajar tersebut difahami bahawa ashab Mu`awiyah adalah golongan yang bughah. Ini kerana `Ammar bin Yasir didapati telah terbunuh dalam peperangan Siffin dan beliau pada ketika itu merupakan tentera yang berpihak kepada Sayyidina `Ali k.w

Al-Qurtubi pula menerusi Tafsirnya berkata:

 

 

Mulla `Ali al-Qari pula berkata dalam Syarh al-Misykat al-Masabih ketika

menghuraikan hadis    berkata:

 

 

Sementara itu, al-Imam Abu Mansur al-Baghdadi menerusi kitabnya al-Farq bayn al-Firaq berkata:

 

 

Al-Syahrastani pula menerusi karangannya al-Milal wa al-Nihal, ketika beliau menerangkan pegangan golongan al-Sifatiyyah (al-Asya`irah), antara lain beliau menyebut:

 

 

Selain itu, al-Imam al-Haramayn. `Abd al-Malik b. `Abd Allah al-Juwayni menerusi kitab aI-Irsyad ila Qawati` al-Adillah fi Usul al-`Itiqad berkata:

 

 

Manakala al-Munawi menerusi Syarh al-Jami` al-Saghir dipetik sebagai berkata:

 

 

Manakala Ibn Furak menerusi kitabnya Maqalat al-Asy`ari telah menukilkan pendapat al-Imam Abu aI-Hasan al-Asy`ari berhubung golongan yang menentang Sayyidina `Ali k.w dengan katanya (Ibn Furak):

 

 

Perkataan al-khata' (salah) dalam kenyataan al-Asy`ari di atas bermaksud maksiat. Menurut al-Harari, hal ini diketahui berdasarkan kenyataan Ibn Furak dalam Maqalat al­Asy`ari ketika beliau menghuraikan dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar, beliau berkata: Ketahuilah bahawasanya beliau telah berkata; iaitu al-Asy`ari, bahawa makna [melakukan] maksiat kepada Allah subhanahu wa ta'ala [adalah] menyalahi perintahNya. Dan sesungguhnya setiap maksiat adalah dosa, suatu bentuk kesalahan dan menyalahi perintah Allah ta'ala. Nasnya:

 

 

Maka jika diteliti, bagi mereka yang menolak kenyataan bahawa Mu`awiyah telah bughah terhadap pemerintahan Sayyidina `Ali dengan mengemukakan hadis: (اذا ذكر اصحابي فامسكوا) maka pendalilan mereka tertolak sama sekali. Ini kerana, menurut al-Harari hadis tersebut tidak thabit (lam yathbut). Maka apakah hadis tersebut boleh dijadikan hujah sedangkan hadis (ويح عمار) yang telah disebutkan sebelum ini merupakan sebuah hadis mutawatir, yang telah diriwayatkan oleh dua puluh empat orang sahabat. Sudah tentu hadis tersebut tidak boleh dibuat hujah dalam hal ini.

 

Begitu juga, bagi mereka yang mengatakan bahawa tindakan Mu`awiyah tersebut adalah ijtihad beliau; dengan mengemukakan hadis:

 

 

Maka, perlu disedari bahawa ijtihad yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah ijtihad yang dilakukan dalam menilai sesuatu kes yang tidak tidak ada sebarang nas yang jelas dalam menetapkan hukum bagi kes tersebut. Hadis di atas tidak boleh digunakan dalam kes ini kerana hukum bagi mereka yang keluar dari pemerintahan Imam yang sah seperti Sayyidina `Ali diketahui akan keharamannya. Ini berdasarkan ayat al-Quran dan beberapa buah hadis, salah satu daripadanya:

Firman Allah subhanahu wa ta'ala:

 

 

Terjemahan:

Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang

Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah­bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah al-Nisa' (04): 59)

 

Manakala daripada hadis Rasulullah sallahu `alayh wasallam:

 

 

Manakala bagi mereka yang menjadikan hadis berikut sebagai hujah:

 

 

Maka, dijawab; perlu diketahui di sini bahawa perkataan ashabi dalam hadis tersebut merujuk kepada golongan para sahabat yang terdiri daripada al-sabiqun al-awwalun. Ini berdasarkan kisah di mana Khalid b. al-Walid telah mencerca `Abd al-Rahman b. `Awf. Maka Rasulullah telah membela `Abd al-Rahman b. `Awf dengan menyebut hadis di atas. Sebagaimana yang diketahui, `Abd al-Rahman b. `Awf merupakan salah seorang daripada al-sabiqun al-awwalun, sedangkan Khalid b. al-Walid agak terkemudian dalam memeluk Islam, iaitu setelah termetrainya perjanjian al-Hudaybiyah. Dalam masa yang sama, wujud hadis lain yang secara khusus telah menyatakan bahawa `Ammar bin Yasir akan dibunuh oleh golongan penderhaka (al-baghiyah) sepertimana yang telah dinyatakan di atas.

 

Kesimpulannya:

Golongan yang memerangi `Ali khususnya dalam peperangan Siffin yang dikepalai oleh Mu`awiyah dikatakan sebagai bughah kerana mereka telah keluar dari pemimpin yang sah iaitu Sayyidina `Ali. Dakwaan yang mengatakan bahawa tindakan Mu`awiyah memerangi Sayyidina `Ali adalah ijtihadnya dan beliau tetap mendapat pahala di atas ijtihad yang dilakukannya tersebut; tertolak kerana ijtihad hanya dilakukan ketika tidak ada nas yang jelas dalam menghukum sesuatu permasalahan yang timbul (الاجتهاد لا يكون مع وجود النص) sedangkan dalam kes Mu`awiyah ini jelas terdapat nas yang soreh lagi mutawatir. Di samping itu, difahami di sini juga bahawa semata-mata mengatakan "Mu`awiyah adalah penderhaka" bukanlah termasuk pada bab mencerca para sahabat…..

 


 JAWAPAN TERHADAP TUDUHAN DI ATAS

Benarkah Muawiyah Golongan Penderhaka? Siapakah GOlongan Penderhaka Sebenarnya?

Oleh: Maulana Mohd Asri Yusof | Petikan Sayyidina Mu’awiyah: Khalifah Rashid Yang Teraniaya

 

6.5- SIAPAKAH AL-FIATU AI-BAAGHIAH?

Ramai orang menganggap kesyahidan 'Ammar bin Yasir sebagai penentu kepada salah atau betulnya dua golongan Islam yang telah ditakdirkan Allah SWT berperang di permulaan sejarah Islam. Mereka memutuskan bahawa Sayyidina Ali berada di pihak betul kerana 'Ammar telah terbunuh dalam perang Siffin di pihak beliau, sementara Sayyidina Mu'awiyah dan penyokong-penyokongnya pula berada di pihak yang salah bahkan mereka adalah golongan yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai al-Fiatu al¬Baaghiah (golongan yang derhaka) dalam sabdanya yang bermaksud: "Aduh 'Ammar!! Engkau akan dibunuh oleh golongan derhaka." Hadits ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan lain-lain di dalam kitab-kitab mereka.

 

PEMBETULAN

6.5.1- Tidak dinafikan tentang kesahihan hadits ini di samping banyak pula thuruqnya, tetapi yang menjadi persoalannya ialah apakah al-Fiatu al¬Baaghiah yang dikatakan oleh Nabi s.a.w. itu tepat untuk Mu'awiyah dan pengikut-pengikutnya atau dengan kata lain, apakah hadits ini qat'ie dalalahnya untuk Mu' awiyah dan pengikut-pengikutnya?

 

Seandainya kita mengatakan hadits ini tepat untuk Mu'awiyah dan pengikut-pengikutnya maka kenapakah perkara-perkara berikut berlaku?

 

Padahal dari segi dirayahnya tidak mungkin perkara-perkara ini berlaku sekiranya Mu’awiyah dan pengikut-pengikutnya telah diyakini sebagai al-Fiatu al-Baaghiah.

 

6.5.1.1 - Tidak mungkin kalangan sahabat yang berkecuali dalam peperangan Siffin tetap dengan sikap berkecuali mereka walaupun telah mengetahui dengan jelas pihak yang betul dan pihak yang salah dengan syahidnya 'Ammar bin Yasir itu. Begitu juga tidak mungkin sekian ramai sahabat yang berpihak kepada Mu'awiyah dalam peperangan itu tetap berpihak kepadanya walaupun telah nyata kepadanya pihak yang betul dan pihak yang salah dalam peperangan itu dengan syahidnya 'Ammar. Kerana generasi sahabat itu tidaklah sama dengan generasi kemudian yang semangat kepuakan dan kepartaian yang tebal boleh mendorong mereka tidak berganjak daripada pegangannya walaupun terbukti kebenaran di pihaknya.

 

Mereka adalah golongan yang sentiasa mengintai-intai kebenaran di celah-celah firman Allah SWT dan sabda Rasul-Nya. Bila saja sabda Rasulullah sampai ke telinga mereka, mereka terus menerimanya walaupun kerananya mereka terpaksa mengalami kerugian yang bagaimana besar sekalipun. Hakikat ini dapat dipastikan melalui sirah para sahabat yang tersimpan dengan sebaik-baiknya di dalam khazanah Ilmu Tradisional Islam.

 

6.5.1.2- Wakil damai dari kedua-dua pihak Sayyidina Ali dan Sayyidina Mu'awiyah sentiasa bertemu dalam perundingan-perundingan mereka samada selepas peperangan Jamal atau semasa berlakunya peperangan Siffin. Tak pernah pula wakil-wakil dari pihak Sayyidina Ali membuktikan kepada pihak wakil-wakil Mu'awiyah tentang kebenaran mereka disebabkan beradanya 'Ammar di pihak mereka dan kerana itu mungkin sekali 'Ammar akan terbunuh dalam peperangan itu. Buku-buku sejarah yang ada sepi sama sekali daripada mengemukakan alasan ini bagi pihak Sayyidina Ali.

 

6.5.1.3- Kalaulah pembunuhan 'Ammar bin Yasir telah menentukan pihak Mu'awiyah berada di atas kebathilan dan mereka adalah al-Fiatu al-Baaghiah maka kenapakah Sayyidina Ali menghentikan perang dan menerima cadangan tahkim?

 

Bukankah dengan berbuat begitu bererti Sayyidina Ali telah melanggar perintah al-Quran yang dengan jelas menyebutkan supaya terus diperangi golongan mukmin yang derhaka sehinggalah mereka kembali kepada hukum Allah. (Al-Hujurat, ayat 9)

 

Tindakan Sayyidina Ali menerima cadangan tahkim ini jelas menunjukkan bahawa beliau tidak menganggap Mu'awiyah dan pengikut¬pengikutnya sebagai al-Fiatu al-Baaghiah bahkan beliau masih boleh menerima pihak lawannya sebagai golongan yang benar jika kebenaran terbukti di pihak lawannya melalui proses tahkim yang telah diterima oleh kedua-dua pihak yang bertentangan itu.

 

Sebenarnya sangat ramai sahabat yang kebingungan dalam menghadapi fitnah ini. Mereka tidak dapat menentukan pihak manakah yang berada di atas kebenaran, kerana itulah mereka mengambil sikap berkecuali. Adalah wajib kepada mereka bersikap demikian justeru tidak harus bertindak membunuh seseorang muslim selagi tidak terbukti dia berhak dibunuh. Seandainya telah nyata kepada mereka pihak yang benar nescaya tidak harus pula mereka tidak menyertai pihak yang benar itu. (An-Nawawi Syarah Muslim jilid 2 m/s 272)

 

Bukan di kalangan sahabat yang berkecuali sahaja berada dalam kebingungan dan samar-samar dalam menentukan pihak yang benar di antara dua pihak yang bertentangan itu bahkan tentera-tentera Sayyidina Ali sendiri yang bukan dari kalangan sahabat juga mengalami keadaan yang sama. Kerana itu walaupun mereka memihak kepada Sayyidina Ali namun mereka sangat tawar hati dalam peperangan itu. Hal ini dapat dilihat dalam kenyataan sejarah apabila ia melaporkan salah seorang ketua daripada satu pasukan tentera Sayyidina Ali yang di tangannya terletak bendera satu kabilah berkata: "Ya Allah! Engkau telah mengeluarkan kami dari kejahilan dan kesesatan dan meletakkan kami di atas jalan petunjuk tetapi Engkau telah meletakkan kami kembali dalam ujian sehingga kami tidak tahu apakah yang benar. Sesungguhnya kami berada dalam keraguan dan kesangsian." (Al-Kaamil Fi at-Tarikh jilid 3 m/s 246)

 

Maka sekiranya kesyahidan 'Ammar merupakan penentu kebenaran di sisi mereka pastilah tiada lagi kesamaran, keraguan dan kebingungan pada mereka.

 

6.5.1.4- Sayyidina Hasan kemudiannya telah meletakkan jawatan Khalifah yang disandangnya lalu terus menyerahkan jawatan itu kepada Sayyidina Mu'awiyah. Sekiranya kesyahidan 'Ammar telah menentukan siapakah yang benar dan siapakah yang salah maka sudah semestinya Mu'awiyah dan pendokong-pendokongnya telah dianggap berada di pihak salah dan bathil tetapi soalnya kenapakah Sayyidina Hasan menyerahkan jawatan Khalifah itu kepada Mu'awiyah yang diyakini berada di atas kebathilan? Adakah sukar untuk diterima bahawa penyerahan kuasa oleh Sayyidina Hasan kepada yang bathil juga bathil?

 

Kemudiannya tidak ada pula orang yang tampil mengemukakan kesyahidan 'Ammar sebagai bukti Mu'awiyah berada di atas kebathilan kepada Sayyidina Hasan - "Oleh itu tuan tidak sepatutnya menyerahkan jawatan khalifah yang suci itu kepadanya." Sejarah membisu dalam hal ini. Lembaran sejarah kosong daripada mengemukakan bukti ini. Memang tidak dinafikan Sayyidina Husain dan beberapa orang lain di peringkat permulaannya tidak bersetuju dengan tindakan Hasan itu akan tetapi kerana beberapa sebab lain, tidak pernah pula tercatit dalam sejarah bahawa kesyahidan 'Ammarlah yang menjadi sebab kepada tidak bersetujunya mereka dengan tindakan Hasan itu. (Tarikh at-Thabari jilid 4 m/s 122, al-Kaamil jilid 3 m/s 203, al-Akhbar at-Thiwal, Tarikh al-Khulafa' m/s 179 dan lain-lain)

 

6.5.1.5- Di antara yang menarik perhatian dalam perbincangan ini ialah 4 orang dari kalangan sahabat yang mewartakan hadits "Ammar akan dibunuh oleh Al-Fiatu al-Baaghiah ini tidak sempat pun menyaksikan kesyahidan 'Ammar kerana telah meninggal dunia sebelum itu. Mereka ialah Sayyidina Utsman, Huzaifah, Abdullah bin Masud dan Abu Rafi' r.ahm.

 

Empat orang yang lain pula walaupun masih hidup ketika perang Siffin berlaku, tetapi mereka mengambil sikap berkecuali dalam soal ini. Mereka itu ialah Abu Hurairah, Abu Said al-Khudri, Abu Ayyub al-Ansari dan Ummu Salamah r.ahm. Seandainya pada pandangan mereka hadits inilah yang menentukan kebenaran pihak Sayyidina Ali dan kebathilan pihak Mu'awiyah tentulah mereka tidak akan berkecuali bahkan akan terus menggabungkan diri dengan golongan yang membela Sayyidina Ali, tetapi kenyataan yang berlaku tidak pula begitu.

 

Memang benar 5 orang lagi pewarta hadits itu turut terlibat dalam perang Siffin. Tetapi tidak semua mereka memihak kepada Ali, malah tiga daripada mereka iaitu Khuzaimah bin Tsabit, Abu Qatadah dan Abul Yusr berada di pihak Ali dan dua orang daripada mereka pula iaitu 'Amru bin al¬Ash dan Abdullah bin 'Amru bin al-Ash berada di pihak Mu'awiyah. Sementara tiga orang sahabat yang menyebelahi Ali dalam peperangan Siffin itu pula tak pernah dilaporkan dalam hadits sahih bahawa mereka menjadikan hadits 'Ammar itu sebagai pegangan dan sandaran mereka dalam menyebelahi Sayyidina Ali. Tak pernah juga mereka dilaporkan menjadikan kesyahidan 'Ammar sebagai dalil bagi benarnya pihak Sayyidina Ali di hadapan para sahabat yang lain.

 

6.5.2- Berdasarkan kenyataan-kenyataan yang lalu sama sekali tidak tepat untuk dihubungkan al-Fiatu al-Baaghiah itu kepada Mu'awiyah dan pembela-pembelanya, apalagi jika dilihat kepada beberapa bukti dari hadits yang terang menyebut Mu'awiyah dan pengikut-pengikutnya sebagai salah satu dari dua Fiatul Aziimah bukannya Fiatul Baaghiah.

 

Hadits itu antara lain berbunyi:

Bermaksud: "Qiamat tidak akan berlaku selagi tidak berlaku peperangan di antara dua golongan besar (Fiataini Aziimataini). Peperangan yang dahsyat akan berlaku di antara dua golongan itu, sedangkan dakwaan kedua-dua golongan itu adalah sama." (Bukhari jilid 2 m/s 1025-1054)

 

Dalam sebuah hadits yang lain Nabi s.a.w. bersabda sambil mengisyaratkan kepada cucu Baginda s.a.w. Sayyidina Hasan; bermaksud: "Sesungguhnya anakku [cucuku] ini adalah penghulu. Allah akan mendamaikan dengannya di antara dua golongan besar [Fiataini 'AziimatainiJ orang-orang Islam." (Sahih Bukhari jilid 1 m/s 373, jilid 2 m/s 1056 & 1530, Sunan Tirmizi jilid 2 m/s 241, al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m/s 17-26)

 

Dua golongan besar orang-orang Islam yang didamaikan oleh Sayyidina Hasan di masa pemerintahannya itu ialah golongan Sayyidina Ali dan golongan Sayyidina Mu'awiyah dengan ittifaq ulama'. Oleh itu tidaklah tepat al-Fiatu al-Baaghiah itu dengan golongan Sayyidina Mu'awiyah.

 

6.5.3- Tentu sekali apabila sampai di sini kita akan tertanya-tanya tentang al-Fiatu al-Baaghiah itu, kalau begitu siapa pula mereka?

 

Maka sebagai menjawabnya kita akan berkata, lembaran sejarah menyaksikan bahawa al-Fiatu al-Baaghiah yang disebutkan akan membunuh 'Ammar oleh Nabi s.a.w. itu bukanlah golongan yang berada di pihak Mu'awiyah tetapi mereka adalah sekumpulan manusia yang berselindung di sebalik Sayyidina Ali dengan menyamar sebagai anggota pasukan tenteranya. Di antara peranan yang telah dimainkan oleh mereka di permulaan sejarah Islam ialah;

 

6.5.3.1- Melalui pakatan jahat di antara perancang-perancang Yahudi dan Majusi mereka menyebarkan propaganda yang memburuk-burukkan Khalifah Umat Islam pada masa itu.

 

6.5.3.2- Kemudian mereka membunuh Amirul Mukminin Sayyidina Utsman di Madinah setelah berjaya mencetuskan pemberontakan terhadap beliau.

 

6.5.3.3- Kemudian dengan segera mereka membai'ah Ali dengan cara yang tidak sah semata-mata untuk menyelamatkan diri daripada hukuman kerajaan. Menyedari hakikat inilah maka Ibnu Abbas dan Hasan menegah Sayyidina Ali daripada menerima bai' ah mereka.

 

6.5.3.4- Kemudian mereka menyeret Sayyidina Ali untuk memerangi Sayyidina Zubair, Talhah, Sayyidatina A'isyah r.ahm dan lain-lain.

 

6.5.3.5- Apabila kedua-dua pihak yang tersebut telah bersedia untuk berdamai dan berbincang pada keesokan harinya hasil kesungguhan dan kegigihan Qa'qa' bin Amru untuk mencari titik persefahaman di antaranya, terus mereka menyerbu kedua-dua pihak sahabat tersebut sebelum waktu subuh dalam keadaan gelap gelita yang mengakibatkan berlakunya Perang Jamal. Ini semua dilakukan kerana mereka yakin apabila kedua-dua pihak berdamai dan mencapai persefahaman tentu sekali mereka akan dihukum kerana terlibat dalam pembunuhan Utsman. (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 7 m/s 239, al-Kaamil jilid 3 m/s 123)

 

6.5.3.6- Kemudian mereka mendorong Sayyidina Ali menjadikan Kufah sebagai Darul Khilafah Ibu Negara Islam sebagai ganti Madinah Rasulullah s.a.w. Akibatnya Sayyidina Ali ditentang dengan sekeras-kerasnya oleh para sahabat termasuk Abdullah bin Salam dengan kata-katanya yang tercatat dalam sejarah hingga hari ini. Kata beliau bermaksud: "Wahai Amirul Mukminin!! Janganlah tuan keluar daripadanya (Madinah). Demi Allah! Kalau tuan keluar nescaya tidak lagi tuan akan kembali kepadanya dan tidak akan kembali juga ke Madinah ini kerajaan umat Islam buat selama-lamanya." Tetapi kerananya Abdullah bin Salam telah dimaki hamun oleh pengikut-pengikut Ibn Saba'. (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 7 m/s 227, at-Thabari jilid 3 m/s 474, al-Kaamil jilid 3)

 

6.5.3.7- Kemudian mereka mendesak Sayyidina Ali supaya melucutkan jawatan semua gabenor-gabenor dari Bani Umayyah dengan serta-merta di samping melantik ahli keluarga beliau sendiri untuk memegang jawatan itu. Dan yang paling memilukan sekali ialah dengan desakan mereka juga maka terlantik Malik bin al-Ashtar salah seorang ketua golongan Saba'iyyah pada ketika itu sebagai gabenor di Mesir. Buku-buku sejarah menjadi saksi bahawa dialah orang yang bertanggungjawab membawa Sayyidina Ali bertempur dengan Sayyidina Mu'awiyah di medan Siffin yang mengakibatkan terkorbannya sekian banyak nyawa umat Islam termasuk Sayyidina 'Ammar bin Yasir. (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 7 m/s 227, al-Kaamil jilid 3 m/s 103-177, al-Akhbar at-Thiwal m/s 153)

 

6.5.3.8- Kemudian merekalah yang membawa Sayyidina Ali ke kancah peperangan di Siffin yang bukan sedikit telah meragut nyawa umat Islam.

 

6.5.3.9- Kemudian merekalah yang membunuh Sayyidina Ali. Hafidz Ibnu Hajar menulis bermaksud: "Mereka (golongan Saba'iyyah) adalah orang yang bangkit menentang Utsman dengan menuduhnya melakukan beberapa perkara yang langsung tidak ada penglibatannya dalam perkara itu. Kemudian (selepas terbunuh Utsman), mereka menggabungkan diri dengan pihak Sayyidina Ali kemudian selepas itu mereka memberontak terhadap Ali pula." (Fathul Baari jilid 13 m/s 432)

 

6.5.3.10- Sebenarnya mereka bukan sahaja telah membunuh 'Ammar bin Yasir tetapi juga telah membunuh Sayyidina Talhah, Zubair dan Hasan. Beberapa lama kemudian Sayyidina Husain pula mereka bunuh di Karbala'.

 

6.5.4- Mungkin masih ada lagi yang tidak mahu menerima kenyataan ini dan masih tetap berdegil mengatakan tidak mungkin ada lagi pihak lain yang telah membunuh 'Ammar bin Yasir, kerana jelas sekali 'Ammar berada di pihak Sayyidina Ali dalam perang Siffin itu dan tidak ada pihak lain yang diperangi Ali ketika itu selain dari pihak Mu'awiyah, maka tentulah beliau dibunuh oleh pihak Mu'awiyah.

 

Sebagai menjawab kedegilan orang seperti ini kita akan mengatakan bahawa Zubair dan Talhah telah terbunuh dalam peperangan Jamal dan jelas sekali mereka ini berada di pihak lawan Sayyidina Ali, kerana itu tidak mungkin mereka dibunuh oleh orang lain selain dari puak-puak Sayyidina Ali. Dengan itu tepatlah Sayyidina Ali dan puak-puaknya dengan sabda Nabi yang bermaksud: "Berilah berita gembira akan mendapat neraka kepada pembunuh Zubair...!!!

 

6.5.5- Ramai sekali didapati orang-orang Islam semenjak dahulu sehingga ke hari ini menyalah-pasangkan perkataan al-Fiatu al-Baaghiah itu. Akibatnya mereka terjerumus ke dalam prasangka yang bukan-bukan terhadap orang-orang yang tidak bersalah dari kalangan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka terbawa-bawa dan terikut-ikut dengan pandangan-pandangan orang-orang terdahulu yang mengatakan Sayyidina Mu'awiyah dan pengikut-pengikutnya adalah baaghiah (penderhaka atau pemberontak) sementara Sayyidina Ali pula secara pasti berada di atas kebenaran.

 

Para sahabat yang menentang beliau samada dalam peperangan Jamal atau Siffin dianggap berada di atas kebathilan dan kesalahan tanpa ragu-ragu lagi dan pendapat beginilah dikatakan pendapat Ahlus Sunnah Wal Jamaah padahal pendapat seperti itu bukanlah pendapat Ahlus Sunnah sebenarnya, malah itulah pendapat Ahlus Sunnah yang termakan racun dakyah musuh-musuh Islam dari kalangan Syi'ah yang tidak henti-henti berusaha mengecamukkan pemikiran umat Islam. Pada hakikatnya itulah pendapat Syi'ah seperti kata Hafidz Ibnu Hajar; "Fahaman Syi'ah dalam istilah ulama' mutaqaddimin ialah mempercayai Ali lebih utama daripada Utsman dan Ali benar (berada di pihak yang benar) dalam semua peperangannya sementara orang yang menentangnya adalah salah. Di samping itu mereka (Syi'ah itu) mengutamakan Abu Bakar dan Umar daripada Ali sendiri" (Tahzibul at Tahzib jilid 1 m/s 94)

 

6.5.6- Kalaupun ada perkataan baghyu digunakan oleh Sayyidina Ali untuk Mu' awiyah dalam ucapannya maka itu tidak lebih daripada penggunaan dari segi bahasa (bil makna al-lugahwi) semata-mata bukan dari segi istilah. Hakikat ini dapat dilihat pada ucapan Sayyidina Ali sendiri dan tentu sekali ucapannyalah yang merupakan sebaik-baik pentafsir kepada kata-katanya.

 

Ibnu 'Asakir melaporkan dengan sanadnya bahawa Sayyidina Ali pernah mendengar seorang lelaki sedang melampau dengan kata-katanya. Orang itu mengatakan kafir kepada pihak lawan Sayyidina Ali, maka Sayyidina Ali melarangnya daripada berkata demikian kerana sesungguhnya kata beliau: "Mereka mendakwa (berkata) kita telah bertindak melampau terhadap mereka dan kita pula mendakwa (berkata) mereka telah bertindak melampau terhadap kita." (Tarikh Ibni 'Asakir jilid 1 m/s 329, Tahzib Tarikh Ibnu 'Asakir Ibnu Badran jilid 1 m/s 73). Perkara yang sama juga telah dinukilkan oleh Ibnu Taimiyyah dari Musnad Ishaq bin Rahawaih dengan sanadnya. (Lihat Minhaj as-Sunnah jilid 3 m/s 61, az-Zahabi- al-Muntaqa m/s 335)

 

Dengan ibarat yang sedikit berlainan pada lafaz tetapi membawa makna yang sama Abdullah bin Jaafar al-Himyari seorang tokoh ulama' Syi'ah dalam bukunya 'Qurbu al-Isnad' menukilkan bahawa Sayyidina Ali selalu berkata tentang orang yang memeranginya bahawa, "Tidaklah kita memerangi mereka kerana kekufuran mereka dan tidak juga kita memerangi mereka kerana mereka mengkafirkan kita, tetapi (perang ini berlaku) kerana kita berpendapat kita berada di atas kebenaran dan mereka pula berpendapat mereka berada di atas kebenaran." (Qurbu al Isnad m/s 45)

 

Dalam buku yang sama dilaporkan Muhammad al-Baqir berkata: "Sayyidina Ali tidak pernah menghubungkan orang-orang yang memeranginya kepada syirik dan nifak tetapi beliau selalu berkata: "Mereka adalah saudara kita yang telah bersikap melampau terhadap kita." (Ibid m/s 45)

 

Sebabnya kita mengatakan perkataan baghyu telah dipakai oleh Sayyidina Ali dengan makna lughawi semata-mata bukan dengan makna istilahi ialah kerana baghyu pada istilah bermakna bangkit menentang atau memberontak terhadap seseorang khalifah semata-mata beralaskan fikiran dan takwilan sendiri. Terang sekali bahawa Sayyidina Ali tidak memberontak atau menentang mana-mana khalifah yang hak, walaupun begitu beliau tetap berkata "Mereka mendakwa kita melakukan baghyu terhadap mereka dan kita pula mendakwa mereka melakukan baghyu terhadap kita."

 

7.0- PENUTUP

Membela dan mempertahankan para sahabat Rasulullah s.a.w. pada hakikatnya bererti membela dan mempertahankan bukti-bukti kenabian Nabi Muhammad s.a.w. kerana setiap orang sahabat Rasulullah s.a.w. itu selain daripada merupakan bukti yang tersendiri bagi nubuwwah dan risalah Baginda s.a.w., mereka juga merupakan cermin di mana dapat dititik hasil kejayaan Baginda s.a.w. dalam tarbiah dan tazkiahnya. Itulah sebabnya sentiasa ada sekumpulan musuh-musuh Islam yang tidak henti-henti berusaha mengikis kehebatan dan kewibawaan para sahabat dari hati umat Islam yang lurus, dengan harapan tertutuplah di hadapan mereka pintu-pintu petunjuk.

 

Memburuk-burukkan Sayyidina Mu'awiyah dan menuduhnya dengan bermacam-macam tuduhan liar sememangnya telah lama menjadi syiar pengikut-pengikut Abdullah Ibnu Saba', bahkan ada di antara mereka telah memakai topeng taqiyyah, berpura-pura sebagai Sunni lalu melontarkan bermacam-macam fitnah yang cukup menimbulkan keresahan jiwa dan kegoncangan fikiran di kalangan orang-orang awam. Tujuannya tidak lain melainkan untuk mencetuskan prejudis terhadap beliau dan seterusnya memburukkan padah diri sendiri.

 

Golongan ini berkeyakinan bahawa apabila masyarakat dapat menelan fitnah yang dilontarkan mereka terhadap Mu'awiyah, maka fitnah yang akan dilontarkan terhadap sahabat-sahabat agung Rasulullah s.a.w. yang lain juga akan dapat ditelan mereka.

 

Rahsia ini telah didedahkan oleh Imam Abu Taubah Rabi' bin Nafi' dengan katanya bermaksud: "Mu'awiyah adalah tirai yang menutup sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., bila seseorang telah menyingkapkan tirai itu maka beranilah dia terhadap apa yang ada di belakangnya." (Ibnu Katsir al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m/s 139)

 

Masakan seorang sahabat agung Rasulullah s.a.w. seperti Mu'awiyah itu akan tergugat oleh tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam itu. Seorang sahabat biasa Nabi s.a.w. pun tidak akan tergugat dan tercedera kerana riwayat-riwayat golongan ini walaupun ia dinukilkan oleh beribu-ribu Thabari dan Jazari, berjuta-juta Kalbi dan Waqidi.

 

Inilah sepatutnya yang menjadi pegangan setiap muslim dari generasi kemudian kerana bagaimana kita akan mempersoalkan tentang or-ang-orang yang telah dita'dilkan oleh Allah sendiri dalam firman-Nya yang berbunyi:

Bermaksud: "Dan demikianlah kami telah menjadikan kamu (sahabat) satu umat (generasi) yang adil dan terpilih agar kamu menjadi saksi atas manusia dan Rasul pula menjadi saksi atas kamu” (al-Baqarah ayat 43)

 

 Berikut ini adalah rakaman audio bedah buku Sayyidina Mu’awiyah: Khalifah Rashid Yang Teraniaya oleh maulana Mohd Asri Yusof.

Kategori Berita: