SJ-14-0084 : pelupusan ayat Quran

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0084 : pelupusan ayat Quran

assalammualaikum wbt

saya sedang dalam proses mengemas bilik belajar di rumah, dan saya dapati, banyak buku2 tulis adik2 saya yang berisi ayat quran. saya ingin bertanya bagaimana utk melupuskan kertas berisi ayat quran tersebut?

dan bagaimana pula kalau saya ingin membuang sehelai kertas karangan yang tertulis nama Allah dgn pen ? ( kalau dgn pensel, saya boleh padamkan..)

ada pihak yang beritahu, saya perlu berurusan dgn pihak jabatan agama negeri... boleh tolong beri tunjuk ajar, bagaimana caranya?

minta bantuan dan penerangan..

terima kasih..
assalammualaikum

SJ-14-0084 : pelupusan ayat Quran

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawap soalan diyah dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Berikut adalah jawapan Panel Fiqh al-Ahkam berkenaan dengan cara membuang keratan2 yang ada nama Allah swt.

SJ-14-0077 : Rujukan -Al-Quran dan Keratan Al-Quran Yg Lama
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33595

SU-00022 Al-Quran dan Keratan Al-Quran Yang Lama
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=10424

SJ – 2741 : MEMBAKAR al-QURAN , PROBLEM PUASA, ZIKIR DALAM H
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=15686

Berikut pula adalah keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam tahun1992 berkenaan dengan fatwa pelupusan ayat al-Quran :-

Quote:
Kategori : Sosial/Syariah
Tajuk :
Pelupusan Al-quran

Keputusan
a) Al-Quran yang rosak, koyak, yang tidak lagi boleh dibaca dan yang bukan resam uthmani hendaklah dilupuskan.

b) Kaedah pelupusan ialah dibakar di tempat yang dikawal dan ditanam ditempat yang dikawal.

Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-30
Tarikh Keputusan : 22 Ogos 1992
Tarikh Muzakarah : 22 Ogos 1992 hingga 22 Ogos 1992

Sekian, wassalam

خيرالأمين