:salam
Saya pernah terbaca thread jwpn yg lepas (malas nak cari ::D) yg mengatakan kalau terfikir/terbayang air yg kita minum adalah 'holy water' spt dlm kristianiti, maka jatuh hukum haram meminum air itu.
Dalam thread yg lain pula dlm kes soalan berlainan, ada panel fiqh menggariskan tidak sabit hukum murtad/haram/riak/'ujub dsb jika terlintas di hati akan perasaan was-was pd agama, selagi tidak dilafaz dgn lisan atau fi'il atau sekiranya kita cepat2 menghindarkan perasaan sedemikian.
Soalannya, in view of such ambiguity, apakah sebenarnya kesabitan hukum ke atas membayangkan/terbayangkan/terlintas akan minuman kita sbg 'holy water' atau arak?? Sbb kadang2 akal kita ni ter'advance' sikit dlm berimaginasi...
:wassalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah, Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Terdapat 2 pembahagian lintasan hati didalam Islam.
1. Jika lintasan fikiran tersebut berlaku tanpa diusahakan, maka ia tidak dikira sebagai dosa, Didalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Nabi :saw bersabda :-
Maka jika seseorang itu secara tidak sengaja terlintas sesuatu perkara yang haram, maka ia tidak dikira sebagai dosa.
2. Jika lintasan itu disengajakan, melalui imaginasi atau sebagainya, ulama khilaf mengenai hukumnya.
a. Imam Muhammad al-'Abdari mengatakan bahawa :-
Begitu juga menurut Syeikh Ibn ‘Abidin al-Hanafi didalam komentar terhadap seseorang yang mengimaginasikan dirinya mengadakan hubungan seks dengan wanita yang bukan isterinya, beliau mengatakan bahawa pandangan yang terdekat didalam Mazhab beliau adalah imaginasi tersebut adalah dilarang. Ia adalah kerana mengimaginasikan seorang wanita mengadakan hubungan seks dengannya adalah membayangkan seseorang melakukan dosa besar terhadap wanita yang dilarang keatasnya [Haashiyat Radd al-Muhtaar, 6/272].
b. Dikalangan ulama Mazhab Syafie termasuk Subki dan al-Suyuti mengatakan hukumnya tidak berdosa berdasarkan hadith diatas bahawa seseorang itu belum melakukannya lagi [lihat Tuhfat al-Muhtaaj fi Sharh al-Minhaaj, 7/205, 206].
c. Pandangan yang dibawa oleh beberapa ulama' dari kalangan Mazhab Hanbali adalah hukumnya makruh.
----------------------
Imam al-Nawawi ra didalam komentarnya terhadap hadith di atas menyebut :
Dari penjelasan Imam Nawawi didalam mensyarahkan hadith diatas, apa2 lintasan haram yang tidak disengajakan merupakan perkara yang dimaafkan selagi mana seseorang itu tidak bercakap mengenainya. Akan tetapi, jika dia sengaja melakukan imaginasi perkara yang haram, maka usaha tersebut adalah dilarang. WA.
Sekian, wassalam.
خيرالأمين