1. Kenapa ada doa qunut dlm solat witir selepas hari ke 15. Adakah ini dari riwayat yang sahih dan pendapat yang rajeh
2. Secara umumnya bolehkan diterangkan adakah 'hadis ' yang dikategorikan sebagai hadis itu adalah pertuturan Nabi hanya setelah beliau dilantik menjadi nabi ( selepas umur 40 th ) [="purple"] [/]
Jawab:
1. Berqunut pada solat witr selepas nisfu Ramadhan adalah pendapat dari madzhab Nusantara (Syafi'iy) Ini berdasarkan amalan Ibn Umar dan Ali bin Talib (Fiqh Sunnah, 1/166), ada beberapa pendapat lain dan semuanya sah untuk diikuti.
2. Sudah tentu. Sebab bila bermulanya perlantikan Nabi sebagai Nabi dan Rasul, maka terbinalah para sahabat dan dari para sahabat inilah terbinanya sistem perawian hadis melalui susur galur sahabat-sahabat. WaLlahu a'alam