SJ-05-0285 : Hukum solat raya dan masalah hadas..

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0285 : Hukum solat raya dan masalah hadas..

:salam

ana nak tanya,apakah hukum bagi solat raya? setakat ni,yg ana tau,hukumnya sunat/sunah..

ya,ana seorg mualaf.. tapi di Malaysia,rata-ratanya,kebykan org Islam pakai baju Melayu pergi ke masjid time solat raya.. tapi ana tak cenderung pakai baju Melayu.. sebab ana ni masuk Islam,bukannya 'dimelayukan'.. tapi mesti ada golongan tertentu rasa lain2 kan jika ana pakai baju selain baju Melayu.. apakah baju yg blh ana pakai time solat raya nanti? baju kemeja,blh tak? setahu ana,janji tutup aurat pakaian itu..

em,ana ni ada masalah kerap kentut/angin.. jadi,mengikut sepanjang pengalaman ana,maka jika ana pergi ke masjid utk solat raya,ada masalah. sebab wuduk sentiasa terbatal.. takkan nak berulang alik ke utk berwuduk,sedangkan pada masa itu begitu sesak dgn org2 muslim.. dulu itu,ana pernah solat raya tapi semasa solat itu,dah batal.. jadi,apakah itu sia-sia? ana bingung tentang ini.. sama ada nak pergi or tak..

Jazaka Allahu Khoiron...

SJ-05-0285 : Hukum solat raya dan masalah hadas..

:wassalam

al-Jawab:

Terimakasih, walaupun anda seorang saudara baru tapi telah menemui al-Ahkam. Kita akan cuba menjawab masalah anda sebaik mungkin.

1. Hukum solat Raya adalah khilaf di kalangan ahli fiqih. Pendapat madzhab Syafi'iy Malaysia ialah sunnat mu'akkad (spt yg anda fahami sekarang), manakala pendapat Imam Ahmad ada dua, satu fardhu kifayah dan satu lagi fardhu 'ayn. Fardhu kifayah maksudnya wajib ke atas komuniti dan ain ialah ke atas setiap mukallaf. Pendapat yang paling sederhana ialah sunnat mu'akkad (dituntut kerana ia diberati oleh sunnah) atau fardhu kifayah.

2. Pakaian 'Ied ialah pakaian terbaik yang ada dalam simpanan anda. Oleh kerana anda berada dalam uruf Melayu, pakaian terbaik bagi orang Melayu ialah sut Melayu atau pakaian melayu lengkap. Anda sebagai bukan Melayu tidak perlu berbuat demikian. Pakai sahaja pakaian terbaik dalam masyarakat asal anda.

3. Kentut adalah pembatal solat. Anda mesti kena cari punca angin berlebihan itu dengan mendapatkan nasihat doktor. Selalunya ia ada kaitan dgn pemakanan. Jika anda sudah hilang upaya dan ia masih keluar tanpa anda mampu mengawalnya, ia jatuh dalam hukum "umum al-balwa" (kesulitan yg sukar dihindari) dan solat anda adalah sah sehingga anda mampu mencari penyelesaiannya.

Dalilnya: AQT 2: 173. Ayat ini aplicable kepada orang yang tidak dapat mengawal situasinya. Ini adalah fatwa al-Qardhawi dalam Fiqh Thaharah.

sekian