SJ-15-0017 : Buku: Qaul imam Syafi'i-Sunnah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0017 : Buku: Qaul imam Syafi'i-Sunnah

Adakah terdpt satu kompilasi bahan bacaan di pasaran yg menggarishuraikan perbezaan di antara kerajihan Sunnah/Hadith dan (vs.?) qaul2 Imam Syafi'i yg kurang/tak relevan pd masa kini. Cth: Kebatalan wudhu' sentuh wanita; tahrik; berzakat guna makanan asasi; doa SELEPAS solat; qunut witir Subuh; thoharoh; dsb. Maksud saya isu2 yg antara lain merupakan fatwa Imam Syafi'i yg dah direview, diperbetulkan atau dimansuhkan oleh para imam Syafi'iyyah setelah takhrijnya hadith2 sahih/rajih sesudah beliau r.h.

Dan juga perbincangan ttg amalan masyarakat kita yg sebenarnya bercanggah dgn fatwa rajih imam Syafi'i spt sedekah bacaan AQ; wirid/doa berjamaah; bertahlil arwah; solat Jum'at dua azan; ibadat malam Jumaat; dsb

Minta rekomen jika ada buku2 tsb, dlm BM atau bi. syukran

SJ-15-0017 : Buku: Qaul imam Syafi'i-Sunnah

al-Jawab:

Kompilasi terbaik ialah Fiqh Islami wa adillatuh karya monumental Prof Dr Wahbah azZuhaily dari Universiti Damsyiq, Syria. Ia diterjemah oleh DBP. Dalam situ bukan saja evolusi fiqh syafi'iyah, bahkan madzhab sunni yg lain spt Hanafi, Maliki dan Hanbali.

Ringkasan fiqh syafi'iyah ialah Fiqh al-Manhaji oleh tiga prof Syria juga: Prof Mustafa alkhin, Mustafa alBughoo dan Ali al-Syarbaji. terjemahan Pustaka Salam.

sekian