Apa Penjelasan Maulana Zakaria: Hadis Larangan Memakai Cincin Berukir Muhammad Rasulullah?

Primary tabs

Hadis:

Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. mempunyai sebentuk cincin dari perak. batunya mengadap ke dalam (tapak tangan). Atasnya terukir Muhammad Rasulullah. Orang ramai dilarang tempa kalimah ini di atas cincin mereka. Itulah cincin yang terjatuh dari tangan Mu'aiqib r.a. ke dalam telaga Aris sewaktu Uthman r.a. menjadi Khalifah. (HR al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa'i dan Sunan Ibnu Majah)

Ulasan Maulana Muhammad Zakaria Kandhalawi:
Rasulullah s.a.w. melarang para sahabat menempa kalimah yang sama kerana mereka akan mengikut dan meniru setiap perkara dalam hidup baginda dan ditakuti akan timbul kekeliruan cap yang asli.

Saidina Mu'aiqib r.a. adalah sahabat  dan penjaga cincin Rasulullah s.a.w. Mu'aiqib akan simpan cincin itu apabila Baginda tidak memakainya. Dia juga menjaganya pada zaman saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman r.a. Dizaman Uthman r.a., semasa Mu'aiqib duduk di sisi telaga 'Aris, beliau memberi atau mengambil cincin itu dari Saidina Uthman r.a. dan secara tidak sengaja ia terjatuh ke dalam telaga itu. Kejadian ini tercatit di dalam banyak hadith. Samada cincin itu terjatuh dari tangan Mu'aiqib atau tangan Uthman r.a., para ulama berpendapat ia jatuh dari tangan Mu'aiqib r.a.. Kedua-dua hadith membuktikan ia jatuh di antara mereka.

Mu'aiqib r.a. ialah seorang sahabat Ahlul Badar dan pernah berhijrah ke Habsyah. Abu Bakar, Umar dan Uthman r.a. melantik beliau bagi mengurus baitul mal di samping menjaga cincin Baginda.
(Rujuk: Khasail Nabawi s.a.w. syarah Syamail Timizi oleh Maulana Muhammad Zakaria Kandhalawi - Edisi terjemahan)

Sila baca juga ulasan buku di atas di sini [LINK]

[[{"type":"media","view_mode":"media_original","fid":"355","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"286","typeof":"foaf:Image","width":"200"}}]]

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan