:salam
ana ada terbaca bahawa bayaran zakat fitrah perlu dibayar di kawasan di mana kita menyambut 1 syawal.
soalan ana adalah:
1. Ana akan pulang beraya di johor bahru pd raya kali ini. Disebabkan ana bimbang tidak sempat utk membayar fitrah di jb nnt (pulang pd khamis mlm jumaat), ana telah membayarnya di tpt kediaman ana di Selangor. Adakah fitrah ana ini sah?
2. Jika tidak, adakah ana perlu membayar fitrah sekali lg di jb nnt?
JKK...
:wassalam
al-Jawab:
Sebelum ni kita jelaskan hukum asalnya (Zakat itu dikeluarkan di tempat ia menyaksikan satu syawal), fatwa al-Qardhawi). Jika anda khuatir akan beraya di jalanan, maka tunaikan di tempat menetap anda (tempat cari makan), kerana ia sudah memenuhi legality zakat itu.
2. Jika sudah mengeluarkan sekali utk tahun itu, maka ia sudah sah dan memadai. sekian