:salam
saya ingin bertanya sedikit soalan..saya ada terbaca satu artikel yang mengatakan asyairah tersalah dalam cara berakidah..adakah ini benar?dan apakah cara asyairah berakidah yang dikatakan salah itu...mohon penjelasan.
:wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
:salam
saya ingin bertanya sedikit soalan..saya ada terbaca satu artikel yang mengatakan asyairah tersalah dalam cara berakidah..adakah ini benar?dan apakah cara asyairah berakidah yang dikatakan salah itu...mohon penjelasan.
:wassalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Aqidah Assyaerah dikaitkan pengasasnya Abu Hasan Assya'ri, yang sebelum itu berpegang kepada aqidah Muktazilah, dan selepasnya mengikut fahaman Ahli Sunnah wa al-Jamaah pada peringkat akhir hidupnya, sebagaimana didapati didalam salah satu buku terakhirnya al-Ibanah. Ia diasaskan dengan kaedah beriman dengan Sifat Allah yang sesuai dengan dirinya, takwil maknanya, dan melarang sesuatu menyerupainya. Aqidah ini diterima ramai dikalangan orang Islam.
Perselisihan yang timbul adalah berkenaan dengan mengtakwil sifat-sifat Allah swt, Dikaitkan perselisihan diantara Aqidah Salaf dan Aqidah Khalaf. Apakah mereka ini sesat atau kafir? Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa :- walaupun saya cenderung kepada pandangan salaf mengenai isu sifat, tetapi saya tidak mengkafir, menyesatkan dan menganggap kaum Khalaf sebagai berdosa kerana melakukan takwil. Sesungguhnya khilaf itu berpunca didalam isu bahasa arab dan memahami nas-nas Quran dan Sunnah.
Bagi al-Qaradhawi, tidak dipertikaikan, bahawa ulama'-ulama' yang melakukan takwil merupakan mereka yang tidak diragukan keikhlasan dan nasihat mereka, kerana Allah dan Rasulnya.,Mereka beriman dengan sifat Allah yang Maha Sempurna dan Suci dari segala kekurangan. Mereka beriman dengan Nabi-Nabi, Hari Akhirat dan al-Quran sebagai firman Allah yang tidak ada kebatilan. Oleh itu, berdasarkan ilmu, jtihad dan pemahaman mereka terdapat bidang aqidah, maka tidak pelik mereka berbeza pandangan tentang hal itu.,
Kata al-Syiekh lagi, setiap orang yang berilmu yang melakukan ijtihad didalam agama Allah dan mencari kebenaran. Ijtihad adalah perkara yang maklum didalam agama Islam. Mereka akan memperolehi satu atau dua pahala. Satu pahala jika dia tersilap, dan dua pahala jika mereka benar, Tidak ada permasalahan ilmiyyah dan amaliyyah, serta perkara usuliyyah dan furu'iyah. Sebagaimana pekara tersebut telah dijelaskan oleh Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dll.
Selanjutnya syiekh menyebut bahawa perbezaan ini bukanlah besar sangat sebagaimana yang digambarkan.
---------------------
Syiekh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah kita ketika ditanya mengenai pandang al-Qardhawi terhadap Asyaerah, beliau mengatakan :
ÃãøÇ ÃÓÊÇÐäÇ ÇáÔíÎ íæÓÝ ÇáÞÑÖÇæí Ýåæ ßãÇ äÚáã Úáì ÚÞíÏÉ ÇáÓáÝ ÇáÊí ÊÞæã Úáì ÇáÅíãÇä ÈÕÝÇÊ Çááå ÇáÊí æÕÝ ÈåÇ äÝÓå ÈÛíÑ ÊÃæíá æáÇ ÊÚØíá. æåæ áÇ íäßÑ ÚÞíÏÉ ÇáÃÔÇÚÑÉ¡ Èá íÚÊÈÑåÇ ÕÍíÍÉ ãÞÈæáÉ Åä ÔÇÁ Çááå¡ áßä ÚÞíÏÉ ÇáÓáÝ ÃÕÍø ãäåÇ.
"Bagi Ustaz kami, al-Syiekh al-Qardhawi dia sebagaimana yang kami tahu berpegang kepada aqidah salaf yang berdiri diatas beriman kepada sifat-sifat Allah, sebagaimana dia mensifatkan dirinya, tanpa Takwil dan Ta'thil. Dia tidak menginkari Aqidah Asyaerah, bahkan aqidahnya masih dianggap sahih diterima Allah, Insya-Allah. Akan tetapi aqidah salaf bagi beliau adalah lebih benar".
----------------
Dua manhaj ini berbeza dari segi pengistilahan dan pentafsiran kepada al-Quran dan Sunnah Nabi :saw. Kumpulan Asyaerah sudah banyak berjuang didalam membersihkan sifat-sifat Allah dari ahli-ahli kalam dan falsafah pada zaman itu. Ini merupakan pandangan dan ijitihad masing2. Yang amat ditegah adalah berlebih-lebihan didalam mentakwilkan sifat-sifat Allah berdasarkan akal fikiran mereka. WA.
Sekian, wassalam
===========
1. Syiekh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Fushul fi al-Aqidati baina al-Salafi wa al-Khalafi Kaherah : Maktabah Wahbah, 2005. ms 144-145.
2. ÇáÞÑÖÇæí æÇáÃÔÇÚÑÉ
url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528615696
خيرالأمين
Syiekh Rashid Ridha menjelaskan bahawa sebenarnya tidak wujud permasalahan pun didalam aqidah ini. Bagi beliau, nama-nama dan sifat-sifat yang Allah nyatakan, adalah istilah-istilah yang digunakan oleh Makhluk. Sebabnya jika Allah swt melafazkan sifat-sifatnya dalam bentuk khusus, nescaya sedikitpun tidak akan difahami oleh manusia.
Menurut al-Qaradhawi, permasalahan ini perlu dilihat dengan teliti dan penuh kesabaran, tanpa melakukan keputusan atau tindakan yang tergesa-gesa. Bagi beliau, jika dilihat perbahasan yang dibuat oleh ahli tahqiq, bahawasanya terdapat DUA persamaan penting didalam dua aqidah ini:-
a. 2 golongan yang disebut adalah kaum SALAF dan kaum KHALAF, ahli Hadith dan ahli Kalam, ia itu orang yang melakukan TAFWIDH dan TAKWIL, atau boleh dikatakan mereka yang melakukan ITSBAT dan TAKWIL berasaskan MEMBESARKAN, MEMULIAKAN dan MENSUCIKAN ALLAH. Allah memiliki sifat sempurna yang memang layak baginya, serta tidak memiliki sifat-sifat kekurangan yang tidak layak baginya.
Kedua-dua golongan ini berpendapat bahawa sikap ini adalah aqidah yang sebenar! Tidak diragui dan tidak diperselisihkan.
Mengambil Ijtihad dan tujuan Mensucikan Allah dalam sifat-sifatnya, maka mereka MENAFIKAN sifat-sifat tersebut. Mereka membersihkan sifat Allah dari perkara-perkara yang tidak berasal dari Islam, baik dari pengaruh agama lain dan pemikiran falsafah.
Ahli-Ahli hadith atau kaum salaf mendahulukan kaedah pengagungan kepada Allah swt, al-Quran dan hadith2 Nabi :saw. Mereka membiarkan hal demikian sesuai dengan sebagaimana Allah mensifatkan dirinya.
Ahli Kalam pula mendahulukan kaedah pengagungan pensucian dan menafikan penyerupaan kepada Allah swt, dengan cara melakukan takwil. Mereka ingin menafikan segala kekurangan den penyerupaan terhadap Allah swt.
b. Jika dilihat secara mendalam, kedua-dua pihak ini melakukan TAKWIL. Cuma bezanya, ahli hadith melakukan TAKWIL IJMALI dan ahli kalam melakukan TAKWIL TAFSHILI.
Contohnya didalam ayat al-Quran yang menyetakan tentang tangan-tangan Allah swt eg:
- "Tangan Allah diatas tangan mereka" [al-Fath : 10]
- "Padahal, kedua tangan Allah terbuka" [al-Maa'idah : 64]
- "Yang telah kuciptakan dengan kedua tanganKu" [Shaad :75]
Kaum Salaf menjelaskan bahawa : Allah mempunyai tangan tetapi tidak sama dengan tangan kita. Ini merupakan satu bentuk takwil. Sebab apa yang difahami menurut bahasa arab bahawa 'tangan' adalah sebahagian dari anggota badan, Jika tangan tersebut dinafikan, dan Tangan Allah tidak sama dengan tangan makhluk, maka tidak dapat tidak ia merupakan satu keadah takwilan, atau TAKWIL IJMALI yang tidak disebut sebagai takwil.
Ahli takwil misalnya melarang manusia mengatakan Allah di langit kerana ingin mensucikan sifat-sifat Allah swt. Begitu juga ahli hadith melarang mempersoalkan makna "Allah di atas langit" dengan bermaksud beriman dengan sifat Allah sebagaimana ia mensifatkan dirinya. Ibn Taimiyah rh dan Ibn Qayyim mengatakan bahawa ARAH (di atas, kiri, kanan, bawah) membawa maksud dinisbahkan, dan bukan hakikat, Ini juga yang di maksudkan takwilan dari aspek yang berlainan. WA.
-------------------
Syiekh al-Qaradhawi menyatakan bahawa manhaj takwil merupakan anutan jumhur umat Islam. Mereka melakukan takwil sesuai dengan kehendak akal, dan bukan sebab mereka kurang pengetahuan agama. Dikalangan mereka merupakan Imam-Imam yang terbilang didalam agama Islam. Mereka ini terdiri dari pengikut Asya'ari, pengikut Imam Malik, pengikut Imam al-Syafie, beberapa dikalangan pengikut Mathuridiyyah dan juga Imam Hanafi. Begitu juga dengan kebanyakkan mufassirin (ahli tafsir) merupakan ahli takwil; termasuklah al-Qurthubi. al-Baidhawi, al-Alusi, Sayid Qutb, al-Maraghi, al-Syabuni dan ramai lagi.
Bahkan al-Qaradhawi berpendapat bahawa Ibn Jarir al-Thabari dan Ibn Kathir melakukan takwil kepada beberapa ayat-ayat sifat. WA.
Sekian, wassalam
Ringkasan dari buku - Syiekh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Fushul fi al-Aqidati baina al-Salafi wa al-Khalafi Kaherah : Maktabah Wahbah, 2005. ms 145-148.
خيرالأمين
(sambungan)
al-Qaradhawi memilih penggunaan takwil jika tafsirannya hampir dan boleh diterima pakai. Pendapat demikian dipilih oleh Ibn Abdissalam dan Ibn Daqiq Al-Id. Mereka akan memilih pandangan salaf jika takwil itu tidak sampai dan tidak boleh diterima.
Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, takwil seperti ini diperlukan apabila melakukan penterjemahan al-Quran didalam bahasa-bahasa selain dari Arab. Ada pengistilahan yang tidak boleh didiamkan lebih-lebih lagi kepada orang asing yang memerlukan penjelasan.
Berikut adalah beberapa contoh beberapa penggunaan takwil yang dilakukan oleh Ibn Kathir rh.
1. Maksud TANGAN :-
a. Firman Allah swt :-
Berkata Ibn Kathir :
b. Firman Allah swt :-
Berkata Ibn Kathir :
2. maksud DEKAT.
a. Firman Allah swt :-
Berkata Ibn Kathir rh :-
Perkataan kami di takwilkan kepada malaikat. Begitu juga dengan surah al-Waqi'ah ayat 85, beliau menyebut bahawa sebagaimana Ibn Taimiyah mentafsirkan kami sebagai malaikat.
3. maksud BERSAMA :-
a. Firman Allah swt :-
Berkata Ibn Kathir :-
b. Firman Allah swt :-
Berkata Ibn Kathir :-
Bersama disini membawa maksud pengawasan Allah terhadap manusia.
---------
Demikian merupakan beberapa petikan yang diambil dari buku al-Qardhawi yang merujuk kepada tafsir Ibn Kathiri aitu Tafsir al-Quran al-Azhim, yang jelas menunjukkan Ibn Kathir yang bermanhaj salaf ada mentakwil ayat al-Quran, dan boleh diterima pakai penakwilannya. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين