PENJELASAN KAJIAN STATUS HADIS LARANGAN BERPUASA SELEPAS 15 SYABAN

PENJELASAN KAJIAN STATUS HADIS LARANGAN BERPUASA SELEPAS 15 SYABAN

Oleh: Abu Ismail [E-mail: acid_fast_stain@yahoo.com]

MATAN HADIS:

TERJEMAHAN HADIS:

"Apabila tiba setengah Syaaban [15 syaban], maka janganlah berpuasa".

TAKHRIJ HADIS:

Hadis ini semuanya diriwayatkan dengan jalan yang sama iaitu, oleh al-Alaa dari Ayahnya dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, ia dikeluarkan oleh antaranya Ahmad dlm Musnadnya [hadis no.9705], at-Tirmizi dlm Jaminya [hadis no. 738], Ibn Majah dlm Sunan [hadis no.1651], al-Baihaqi dlm Sunan al-Kubra [hadis no.7751], Abu Daud dalam Sunannya [hadis no. 2337], Ibn Hibban dalam Sahihnya [hadis no. 3589], AbdulRazzaq dalam Musannaf [hadis no.7325], Darimi dalam Sunannya [hadis no. 1740], an-Nasaie dalam Sunan Kubra [hadis no.2911] dan lain-lain dengan lafaz yg sedikit berbeza [lafaz yg disebutkan diatas adalah lafaz dalam Sunan Abu Daud]

STATUS HADIS:

Status hadis ini diperselisihkan darjatnya, sesetengah mensahihkannya dan yg lain mendhaifkannya, dan yg tepat dan kuat ialah ia DHAIF dan kita akan bincangkannya dibawah:

A) PENILAIAN MUTAAKHIRUN:

Antara yg men-sahih-kan hadis ini adalah dari ramai kalangan muhaddith al-Mutaakhirun dan Muassirn, antaranya ialah:

1- 1- Ibn Hibban [dalam Sahihnya]

2- 2- al-Hakim, Tahawi, Ibn Abdil Baar [sebagaimana yang disebut Ibn Rajab dalam Latoif al-Maarif, dan dinukil oleh Dr. Mahir Yasin Fahl dalam Athar Ilal Hadis fi Ikhtilaf Fuqaha]

3- 3- Syaikh al-Albani [dalam tahqiq sunan Abu Daud, tahqiq sunan Tirmzi, tahqiq Misykat al-Masobih dan lain-lain]

4- 4- Syaikh Syuaib al-Arnaouth [dalam tahqiq Musnad Ahmad].

B) PENILAIAN MUTAQADDIMUN:

Manakala dari kalangan imam-imam Huffaz al-Mutaqaddimun pula berlaku perselisihan, at-Tirmizi men-sahih-kannya dan yg lain-lain men-dhaif-kannya. Dan sebagaimana yg telah kita tahu dalam apa jua kes samada at-Tirmizi atau yg lain-lainnya kita perlu membuat perbandingan antara sesama mereka huffaz al-mutaqaddimun, terutamanya jika berlaku perselisihan status untuk menyelesaikan masalah. Terutamanya perbandingan dengan para imam Huffaz yg lebih hebat, lebih tinggi ilmunya, lebih senior, jumlah bilangan dan faktor-faktor penting lainnya.

C) ANTARA MUTAQADDIMUN & MUTAAKHIRUN:

Jika berlaku perselisihan dalam penilaian status hadis antara Imam-Imam Huffaz al-Mutaqaddimun dari kalangan Muhaddith Salaf dan para Muhaddith Mutaakhirun/Muassirn, maka sikap yang diambil adalah menggunggulkan penilaian Imam-Imam Huffaz al-Mutaqaddimun keatas penilaian Muhaddith Mutaakhirun atas banyak sebab tertentu [perbezaan penilaian status hadis antara Mutaqaddimun dan Mutaakhirun berlaku adalah disebabkan perbezaan Manhaj dalam beberapa aspek kajian hadis, oleh itu pembaca diharap dapat mengikuti siri penerangan Manhaj al-Mutaqaddimun dalam web www.al-Ahkam.net untuk lebih penjelasan]

D) SAHIH DISISI AT-TIRMIZI, TIDAK SAHIH DISISI IMAM LAINNYA:

Ya memang benar, Imam Abu Isa at-Tirmizi menilai hadis ini sebagai Hasan Sahih dalam jaminya. Berkata at-Tirmizi selepas mengeluarkan hadis ini dalam Jaminya: Hadis Hasan Sahih, tidak diketahui selain dari wajah ini dalam lafaz ini...", kemudian at-Tirmizi menyebutkan pandangan sebahagian ahli ilmu yg menerima hadis ini akan fiqhnya. Dan kita perlu faham akan fiqh hadis ini jika tetap ingin memegang hadis ini sebagai sahih, ia bukanlah bermaksud haram secara mutlak untuk berpuasa selepas 15 Syaban, at-Tirmizi menyatakan bahawa ia lebih untuk mereka yg tidak berpuasa dalam bulan Syaban secara kerap akan tetapi apabila tiba hari akhir-akhir bulan Syaban dan bulan Ramadhan akn tiba tidak lama lagi, barulah mereka ingin berpuasa DENGAN NIAT khusus untuk mendahului Ramadhan dengan berpuasa beberapa hari sebelumnya [sehari atau dua hari sebelum] , maka inilah yg tidak disukai/makruh.

sedang, para Imam-imam huffaz al-Mutaqaddimun lainya termasuk yg utama, lebih hebat dan lebih tinggi ilmunya menolak hadis ini dan men-DHAIF-kannya.

Antara huffaz yang menDhaifkan hadis ini ialah:

1- Imam AbdulRahman ibn Mahdi

2- Imam Abu Zurah al-Razi

2- Imam Ahmad bin Hanbal

4- Imam Muslim al-Hajjaj

3- Imam Abu Daud

4- Imam al-Baihaqi

5- 5- Imam an-Nasaie dan lain-lain.

E) HAL INI MEMERLUKAN PERBANDINGAN SESAMA HUFFAZ:

Seperti yang disebutkan sebelum ini, terdapat perselisihan antara imam-imam huffaz al-Mutaqaddimun dalam penilaian status hadis ini, maka perlu dibuat perbandingan sesama mereka untuk mengetetahui yang lebih kuat. Dan sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, para-para imam yang lebih tinggi ilmunya, lebih hebat dan lebih ramai dari kalangan huffaz al-Mutaqaddimun menolak hadis ini dan oleh itu yang kuat ialah hadis ini adalah dhaif.

Hal ini adalah seperti yang dijelaskan oleh Ibn Rajab al-Hanbali dalam Latoif al-Maarif ketika membincangkan status hadis ini, kata Ibn Rajab:

ÍÏíË ÇáÚáÇÁ Èä ÚÈÏ ÇáÑÍãä Úä ÃÈíå Úä ÃÈí åÑíÑÉ Úä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ÞÇá : ÅÐÇ ÇäÊÕÝ ÔÚÈÇä ÝáÇ ÊÕæãæÇ ÍÊì ÑãÖÇä ] æ ÕÍÍå ÇáÊÑãÐí æ ÛíÑå æ ÇÎÊáÝ ÇáÚáãÇÁ Ýí ÕÍÉ åÐÇ ÇáÍÏíË Ëã Ýí ÇáÚãá Èå : ÝÃãÇ ÊÕÍíÍå ÝÕÍÍå ÛíÑ æÇÍÏ ãäåã ÇáÊÑãÐí æ ÇÈä ÍÈÇä æ ÇáÍÇßã æ ÇáØÍÇæí æ ÇÈä ÚÈÏ ÇáÈÑ æ Êßáã Ýíå ãä åæ ÃßÈÑ ãä åÄáÇÁ æ ÃÚáã æ ÞÇáæÇ : åæ ÍÏíË ãäßÑ ãäåã ÚÈÏ ÇáÑÍãä Èä ÇáãåÏí æ ÇáÅãÇã ÃÍãÏ æ ÃÈæ ÒÑÚÉ ÇáÑÇÒí

"Hadis al-Alaa bin AbdulRahman dari Ayahnya dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, sabdanya: Apabila tiba setengah Syaaban [15 syaban], maka janganlah berpuasa", hadis ini disahihkan at-Tirmizi dan lain-lain, dan berlaku perselisihan dikalangan ulama akan kesahihan hadis ini…yang mensahihkannya antaranya: at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Hakim, al-Tahawi, dan Ibn Abdil Baar, dan menyebutkan dari kalangan mereka yang lebih hebat dan lebih berilmu dari mereka: hadis ini Mungkar, antaranya ialah AbdulRahman ibn Mahdi, Imam Ahmad, dan Abu Zurah al-Razi…." [rujuk Latoif al-Maarif, juz 1, m/s 151]

Imam Ahmad menyatakan hadis ini sebagai MUNGKAR dan TIDAK TERPELIHARA, Imam AbdulRahman ibn Mahdi tidak pernah menyebutkannya[meriwayatkannya] dan malah dia cuba mengelak diri dari meriwayatkan hadis ini, Imam Muslim pula meninggalkan hadis ini dan menolak untuk memasukkan dalam Sahihnya, malah ia juga tidak dimasukkan Imam al-Bukhari dalam Sahihnya. mereka menolak hadis ini kerana masalah padanya, iaitu tafarrudnya seorang rawi iaitu al-Alaa yang meriwayatkan dari Ayahnya [tafarrud al-Alaa dari Ayahnaya] dan juga sebagaimana yg dikatakan Imam Ahmad ia bertentangan dengan hadis lain yg sahih menyatakn baginda Nabi SAW biasa menyambung terus puasa Baginda SAW dari Syaban ke Ramadhan. Dalam Tahzib al-Tahzib [kitab Rijal Hadis], Ibn Hajar menukilkan kata-kata Abu Daud tentang al-Alaa, kata Abu Daud:

æ ÞÇá ÃÈæ ÏÇæÏ : Óåíá ÃÚáì ÚäÏäÇ ãä ÇáÚáÇÁ ; ÃäßÑæÇ Úáì ÇáÚáÇÁ ÕíÇã ÔÚÈÇä Ü

íÚäì : ÍÏíË " ÅÐÇ ÇäÊÕÝ ÔÚÈÇä ÝáÇ ÊÕæãæÇ "

….mengingkari kami hadis puasa Syaban dari al-Alaa iaitu hadis Apabila tiba setengah Syaaban, maka janganlah berpuasa... [rujuk Tahzib al-Tahzib, rijal: al-Alaa bin AbdulRahman bin Yakub al-Harqi] Juga disebutkan oleh al-Baihaqi dalam sunannya setelah meriwayatkan hadis ini :

ÞÇá ÃÈæ ÏÇæÏ æÞÇá ÃÍãÏ Èä ÍäÈá åÐÇ ÍÏíË ãäßÑ ÞÇá æßÇä ÚÈÏ ÇáÑÍãä áÇ íÍÏË Èå

"berkata Abu Daud, berkata Ahmad bin Hanbal: hadis ini Mungkar..AbdulRahman [ibn Mahdi] tidak pernah sama sekali menyebutkannya/meriwayatkannya…" [rujuk Sunan al-Baihaqi al-Kubra, komentarnya terhadap hadis ini]

Dan berkata Imam Abu Daud dalam Sunannya setelah meriwayatkan hadis ini:

ÞÇá ÃÈæ ÏÇæÏ æßÇä ÚÈÏ ÇáÑÍãä áÇ íÍÏË Èå ÞáÊ áÃÍãÏ áã ¿ ÞÇá áÃäå ßÇä ÚäÏå Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ßÇä íÕá ÔÚÈÇä ÈÑãÖÇä

AbdulRahman ibn Mahdi tidak menyebutkannya/tidak meriwayatkannya, aku bertanya kepada Ahmad: kenapa? Ahmad berkata (menjawab): kerana sesungguhnya Baginda SAW biasa menyambung terus puasa Syaban dengan puasa Ramadhan... [rujuk Sunan Abu Daud, komentarnya pada hadis no 1651] begitu juga dalam kitab Nasbu Rayah [kitab takhrij hadis al-hidayah] menyebutkan ketika membincangkan hadis ini:

æóÞóÇáó ÇáäøóÓóÇÆöíø : áóÇ äóÚúáóãõ ÃóÍóÏðÇ Ñóæóì åóÐóÇ ÇáúÍóÏöíËó ÛóíúÑó ÇáúÚóáóÇÁö ¡ æóÑõæöíó Úóäú ÇáúÅöãóÇãö ÃóÍúãóÏó ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ Ãóäøóåõ ÞóÇáó : åóÐóÇ ÇáúÍóÏöíËõ áóíúÓó ÈöãóÍúÝõæÙò ¡ ÞóÇáó : æóÓóÃóáúÊ Úóäúåõ ÇÈúäó ãóåúÏöíøò Ýóáóãú íõÕóÍøöÍúåõ : æóáóãú íõÍóÏøöËúäöí Èöåö ¡ æóßóÇäó íóÊóæóÞøóÇåõ ¡ ÞóÇáó ÃóÍúãóÏõ : æóÇáúÚóáóÇÁõ ËöÞóÉñ ¡ áóÇ íõäúßóÑõ ãöäú ÍóÏöíËöåö ÅáøóÇ åóÐóÇ

Berkata an-Nasaie: "tidak diketahui satupun yg meriwayatkan hadis ini kecuali al-Alaa seorang sahaja, dan diriwayatkan dari Imam Ahmad, sesungguhnya dia berkata [kata Ahmad]: hadis ini TIDAK TERPELIHARA [LAISA BI MAHFUZ], aku bertanya hadis ini kepada AbdulRahman [ibn Mahdi] dan dia tidak pernah sama sekali menyebutkannya/tidak meriwayatkannnya dan dia cuba untuk sedaya upaya tidak meriwaytkannya..., dan berkata Ahmad lagi: al-Alaa seorang yang Tsiqah, tidak diingkari [tidak ditolak] hadis-hadisnya kecuali hadis ini…" [rujuk Nasbu Rayah, takhrij Hadis al-Hidayah, juz 4, m/s 384] Diriwaytkan dari al-Baihaqi dari an-Nasaie, dari Ahmad tentang hadis ini, sebagiamana yg disebutkan dalam kitab al-Majmu oleh Imam an-Nawawi:

ÇáÈíåÞì Úä ÇÈì ÏÇæÏ Çäå ÞÇá ÞÇá ÇÍãÏ Èä ÍäÈá åÐÇ ÍÏíË ãäßÑ ÞÇá æßÇä ÚÈÏ ÇáÑÍãä áÇ íÍÏË Èå íÚäí ÚÈÏ ÇáÑÍãä Èä ãåÏì æÐßÑ ÇáäÓÇÆí Úä ÃÍãÏ Èä ÍäÈá åÐÇ ÇáßáÇã ÞÇá ÃÍãÏ æÇáÚáÇÁ Èä ÚÈÏ ÇáÑÍãä ËÞÉ áÇ íäßÑ ãä ÍÏíËå ÅáÇ åÐÇ ÇáÍÏíË ÞÇá ÇáäÓÇÆí æáÇ äÚáã ÃÍÏÇ Ñæì åÐÇ ÇáÍÏíË ÛíÑ ÇáÚáÇÁ

al-Baihaqi dari Abu Daud, sesungguhnya berkata Ahmad: hadis ini Mungkar, AbdulRahman [ibn Mahdi] tidak pernah sama sekali menyebutkannya [meriwayatkannya], dan an-Nasaie menyebutkan dari Ahmad bin Hanbal kalam ini, berkata Ahmad: "al-Alaa bin AbdulRahman Tsiqah, tidak diingkari [diterima] hadis-hadisnya kecuali satu hadis ini", dan berkata an-Nasaie: "tidak diketahui satupun yg meriwayatkan hadis ini kecuali al-Alaa..." [rujuk al-Majmu Syarah Muhazzab, Imam Nawawi, juz 6, m/s 399]

Juga dalam kitab Tadrib al-Rawi al-Suyuthi [iaitu Syrah Taqrib an-Nawawi] menyebutkan bahwa,

ßÍÏíË ÇáÚáÇÁ Úä ÃÈíå Úä ÃÈí åÑíÑÉ Ýí Çáäåí Úä ÇáÕæã ÅÐÇ ÇäÊÕÝ ÔÚÈÇä ÊÑßå ãÓáã áÊÝÑÏ ÇáÚáÇÁ Èå

..seperti hadis al-Alaa dari Ayahnya dari Abu Hurairah dalam bab larangan berpuasa apabila tiba pertengahan syaban..", Imam Muslim meniggalkan hadis ini [tidak memasukkan dalam Sahihnya] kerana tafarrudnya al-Alaa dari Ayahnya..." [rujuk Tadrib al-Rawi, juz 1, m/s 141]

Begitu juga disebutkan dalam kitab al-Maudhuat,bahawa Imam Muslim menolak hadis ini:

ãËá ÍÏíË ÇáÚáÇÁ Èä ÚÈÏÇáÑÍãä Úä ÃÈíå Úä ÃÈì åÑíÑÉ Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÞÇá: " ÅÐÇ ÇäÊÕÝ ÔÚÈÇä ÝáÇ ÊÕæãæÇ ÍÊì íÌÆ ÑãÖÇä " æÞÏ ÎÑÌ ãÓáã ßËíÑÇ ãä ÍÏíË ÇáÚáÇÁ Ýí ÇáÕÍíÍ æÊÑß åÐÇ æÃÔÈÇåå ããÇ ÇäÝÑÏ Èå ÇáÚáÇÁ Úä ÃÈíå

"…contohnya hadis al-Alaa bin AbdulRahman dari Ayahnya dari Abu Huraitah, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "-matan hadis ini-", dan sesungguhnya Imam Muslim mengambil [memasukkan] banyak hadis-hadis yg diriwayatkan oleh al-Alaa dalm Sahihnya, tetapi meniggalkan hadis ini dan yg lain seumpamanya kerana tafarrudnya al-Alaa dari Ayahnya..." [rujuk al-Maudhuat, juz 1, m/s 33]

KESIMPULAN STATUS HADIS:

Oleh itu yg BENAR(Kuat) adalah hadis ini TIDAK SAHIH.

1- 1- Imam Ahmad menyatakan hadis ini sebagi Mungkar dan Tidak Terpelihara

2- 2- Imam AbdulRahman ibn Mahdi tidak pernah menyebutkannya[meriwayatkannya] dan malah dia cuba mengelak diri dari meriwayatkan hadis ini,

3- 3- Imam Abu Zurah al-Razi menolak hadis ini sebagaimana yang disebutkan Ibn Rajab

4- 4- Imam Muslim pula meninggalkan hadis ini dan menolak untuk memasukkan dalam Sahihnya.

5- 5- malah ia juga tidak dimasukkan Imam al-Bukhari dalam Sahihnya.

6- 6- Hadis ini juga ditolak oleh imam-imam huffaz laiinya seperti Abu Daud, Nasaie, al-Baihaqi dan lain-lain.

7- 7-Disebutkan dalam hadis sahih lain [riwayat Bukhari dan Muslim] bahawa baginda pernah menyambung terus puasa dalam bulan Syaban dengan Ramadhan.

Hal ini adalah seperti yang dijelaskan oleh Ibn Rajab al-Hanbali dalam Latoif al-Maarif ketika membincangkan status hadis ini, kata Ibn Rajab:

ÍÏíË ÇáÚáÇÁ Èä ÚÈÏ ÇáÑÍãä Úä ÃÈíå Úä ÃÈí åÑíÑÉ Úä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ÞÇá : ÅÐÇ ÇäÊÕÝ ÔÚÈÇä ÝáÇ ÊÕæãæÇ ÍÊì ÑãÖÇä ] æ ÕÍÍå ÇáÊÑãÐí æ ÛíÑå æ ÇÎÊáÝ ÇáÚáãÇÁ Ýí ÕÍÉ åÐÇ ÇáÍÏíË Ëã Ýí ÇáÚãá Èå : ÝÃãÇ ÊÕÍíÍå ÝÕÍÍå ÛíÑ æÇÍÏ ãäåã ÇáÊÑãÐí æ ÇÈä ÍÈÇä æ ÇáÍÇßã æ ÇáØÍÇæí æ ÇÈä ÚÈÏ ÇáÈÑ æ Êßáã Ýíå ãä åæ ÃßÈÑ ãä åÄáÇÁ æ ÃÚáã æ ÞÇáæÇ : åæ ÍÏíË ãäßÑ ãäåã ÚÈÏ ÇáÑÍãä Èä ÇáãåÏí æ ÇáÅãÇã ÃÍãÏ æ ÃÈæ ÒÑÚÉ ÇáÑÇÒí

"Hadis al-Alaa bin AbdulRahman dari Ayahnya dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, sabdanya: Apabila tiba setengah Syaaban [15 syaban], maka janganlah berpuasa", hadis ini disahihkan at-Tirmizi dan lain-lain, dan berlaku perselisihan dikalangan ulama akan kesahihan hadis ini…yang mensahihkannya antaranya: at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Hakim, al-Tahawi, dan Ibn Abdil Baar, dan menyebutkan dari kalangan mereka yang lebih hebat dan lebih berilmu dari mereka: hadis ini Mungkar, antaranya ialah AbdulRahman ibn Mahdi, Imam Ahmad, dan Abu Zurah al-Razi…." [rujuk Latoif al-Maarif, juz 1, m/s 151]

FIQH AL-HADIS:

Dalam bab ini terdapat beberapa pendapat berkenaan hukum berpuasa selepas 15 Syaban, antaranya:

1- 1- HARAM: Mazhab az-Zahiri mengharamkan berpuasa selepas 15 Syaban dalil mereka adalah hadis yang kita bincangkan diatas iaitu " Apabila tiba setengah Syaaban [15 syaban], maka janganlah berpuasa", dan dinukilkan oleh Dr. Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah, bahawa disebutkan Ibn Hazm dalam al-Muhalla maksud haram itu bukanlah beerti haram berpuasa setiap hari selepas 15 Syaban secara keseluruhan, akan tetapi hanya pada 16 Syaban, kata Ibn Hazm dalam al-Muhalla: "larangan untuk berpuasa hanyalah untuk tanggal 16 sahaja. Itulah hari seseorang tidak boleh berpuasa" [rujuk al-Muhalla Ibn Hazm, juz 7, hal 25-26, dinukil dari al-Mufassal Dr. Abdul Karim Zaidan]

Ini kerana adanya hadis riwayat Bukhari dan Muslim, berbunyi: “Janganlah salah seorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari. Kecuali seseorang yang berpuasa dengan satu puasa (adat kebiasaannya) maka berpuasalah pada hari itu" [Sahih Bukhari (hadis no:1914), Sahih Muslim (hadis no:2514)] . Hal yang sama juga disebutkan oleh Syaikh al-Muhaddith Dr. Mahir Yasin al-Fahl [rujuk al-Mufassal fi Ahkam al-Marah, Dr Abdul Karim Zaidan, bab larangan berpuasa selepas nisfu Syaban dan Athar Ilal Hadis Fi Ikhtilaf Fuqaha, Dr. Mahir Yasin al-Fahl, subtopik: hukum berpuasa selepas nisfu Syaban sehingga Ramadhan]

2- 2- MAKRUH: Sebahagian fuqaha menyatakan bahawa Makruh berpuasa selepas 15 Syaban jika seseorang itu tiada kelaziman berpuasa secara adat [kerap] pada bulan Syaban. Antara yang mendokong pendapat ini adalah jumhur Mazhab as-Syafie. Dalil mereka adalah hadis yang kita bincangkan diatas iaitu hadis "Apabila tiba setengah Syaaban [15 Syaban], maka janganlah berpuasa", dan digabungkan dengan hadis riwayat Bukhari dan Muslim, berbunyi: “Janganlah salah seorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari. Kecuali seseorang yang berpuasa dengan satu puasa (adat kebiasaannya) maka berpuasalah pada hari itu" -Sahih Bukhari (hadis no:1914), Sahih Muslim (hadis no:2514). [rujuk kitab al-Maudhuat dan penjelasan at-Tirzmizi dalam Sunannya selepas meriwayatkan hadis yg kita dibincangkan diatas, serta Athar Ilal Hadis, Dr. Mahir Yasin al-Fahl]

3- 3-DIBOLEHKAN DAN TIDAK MAKRUH: Mazhab jumhur fuqaha lainnya membolehkan berpuasa dan tidak makruh berpuasa selepas 15 Syaban, kerana hadis yang melarangnya adalah Dhaif [iaitu hadis yang kita bincangkan diatas].

Kesimpulannya, pendapat yang kuat adalah pendapat yang ketiga. Iaitu boleh berpuasa selapas nisfu Syaban, ini sebagaimana kata Imam as-Syaukani ketika membincangkan masalah ini dalam Nailul Authar: jumhur ulama membolehkan dan tidak melarang puasa selepas nisfu Syaban [selapas 15 Syaban] kerana hadis yg melarangnya adalah DHAIF" [rujuk Nailul Authar,as-Syaukani]. Begitu juga kata syaikh al-Muhaddith Dr. Mahir Yasin al-Fahl dalam masalah ini: "Mazhab jumhur inilah yang paling kuat [rajih], tiadanya makruh serta dibolehkan berpuasa pada bahagian kedua Syaban [selepas 15 Syaban] kerana Dhaifnya hadis al-Alaa…" [rujuk Athar Ilal hadis fi ikhtilaf fuqaha;, Dr. Mahir Yasin al-Fahl]

Akan tetapi perlu diingat bahawa jika seseorang itu mendahului sehari atau dua hari sebelum Ramadhan dengan berpuasa sedangkan ia bukanlah puasanya yang biasa dia lazimi kebiasaaannya, iaitu dia hanya berpuasa pada sehari atau dua hari sebelum Ramadhan misalnya dengan niat khusus untuk menyambut Ramadhan dan seumpamanya,perbuatan ini adalah terlarang, dalilnya adalah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, berbunyi: “Janganlah salah seorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari. Kecuali seseorang yang berpuasa dengan satu puasa (adat kebiasaannya) maka berpuasalah pada hari itu" [Sahih Bukhari (hadis no:1914), Sahih Muslim (hadis no:2514)]. Antara hikmah larangan ini disebut oleh Dr. Abdul Karim Zaidan iaitu adalah "agar tidak tercampur antara puasa sunnah dan puasa fardhu, iaitu puasa Ramadhan. Larangan ini sebetulnya tidak berlaku bagi mereka yang kebiasaaanya [adat] berpuasa sunnah bertepatan dengan hari tersebut. Ada juga yang mengatakan hikmah larangan untuk melakukan puasa pada sehari atau dua hari sebelum Ramadhan adalah kerana puasa Ramadhan kewajipannya bergantung pada Ruyat Hilal, barangsiapa yang [sengaja dan bukan puasa adat] mendahului bulan Ramadhan dengan sehari atau dua hari puasa seolah-olah dia berusaha memutuskan hukum tersebut,iaitu hukum kewajipan berpuasa Ramadhan mengikut Ruyat Hilal, demikian penakwilan [fuqaha] mengenai hikmah larangan ini sebagaimana yang disebutkan dalam kitab Tuhfah al-Ahwadzi bi Syarah Jami Tirmizi [rujuk al-Mufassal, Dr. Abdul Karim Zaidan, bab mendahului Ramadhan denga sehari atau dua hari puasa]

Wallah-hu-Alam