SJ-06-0054 : Solat Jama' Dan Qasar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0054 : Solat Jama' Dan Qasar

:salam

Saya balik ke kampung sempena hari raya pada minggu lepas pada hari khamis(11 Okt) dan bertolak pulang pada hari isnin(15 Okt).

Saya keliru sama ada saya boleh solat jama' dan qasar atau tidak semasa berada di kampung kerana ada pendapat mengatakan bahawa 3 hari yg boleh jama' termasuk hari pergi dan balik.dan satu lagi pendapat mengatakan 3 hari itu tidak termasuk hari pergi dan pulang.akhirnya saya memilih utk solat seperti biasa.

Persoalannya adakah saya boleh solat jama' dan qasar memandangkan saya berada di kampung selama 3 hari(tidak termasuk hari pergi dan balik)?

Maaf tanya soalan yg ramai org dah tanya.Terima kasih.

SJ-06-0054 : Solat Jama' Dan Qasar

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Berkata Syiekh Ibn Utsaimin rh :-

ãÐåÈ ÇáÔÇÝÚí æãÇáß : ÅÐÇ äæì ÅÞÇãÉ ÃÑÈÚÉ ÃíÇã ÝÃßËÑ ÝÅäå íáÒãå ÇáÅöÊãÇã¡ áßä áÇ íÍÓÈ ãäåÇ íæã ÇáÏÎæá ¡ æíæã ÇáÎÑæÌ
dir="ltr">"Menurut Mazhab Syafie dan Malik : Apabila berniat untuk tinggal selama 4 hari atau lebih, maka dia hendaklah melakukan solat secara penuh, akan tetapi ini tidak termasuk hari masuk/sampai dan hari keluar/balik" [al-Sharh al-Mumti', 4/545].

Dengan kata lain, jika seseorang itu ingin tinggal selama 3 hari (kurang 4 hari), bersama satu hari bertolak dan satu hari pulang, maka dia boleh melakukan Solat secara Qasar. Jumlah keseluruhan hari yang boleh solat diqasarkan adalah sebanyak 5 hari.

Berikut kami petik jawapan yang lalu mengenai isu ini :-

SJ-06-0053 : Solat jama' & qasar 3 hari? wrote:
Menurut Imam Nawawi rh bahawa : "apabila seseorang yang sedang bermusafir berniat untuk menetap 4 hari selain dari hari masuk dan keluar (arrival dan departure), dia telah dikira bermukim, maka terputuslah ruhsah safarnya" [al-Majmu' Sharh al-Muhazzab, 4/238].

Kenyataan Imam Nawawi rh. ini merujuk kepada pre-determined trip yang melebihi 6 hari (4 hari + 1 hari sampai + 1 hari balik). Tahap Maksima yang membolehkan seseorang itu mendapat ruhsah Solat Qasar bagi Mazhab Syafie adalah 3 hari tidak termasuk perjalanan pergi dan balik (total 5 hari) [al-Fiqh al-Manhaji, 1/187].

Maka, pandangan yang mengatakan 3 hari boleh mengasar solat tidak termasuk perjalanan pergi dan pulang adalah benar menurut Mazhab Syafie dan Maliki. WA.

wassalam

خيرالأمين