Mimpi Bertemu Rasulullah s.a.w. Siri 1

Primary tabs

Apa Maksud Bermimpi Bertemu Nabi s.a.w.?
Pendapat 1: Apabila seseorang itu bermimpi melihat Nabi s.a.w. sama dengan rupa bentuk Nabi s.a.w. yang sebenarnya.

Pendapat 2: Tidak mensyaratkan bermimpi meliaht Nabi s.a.w. dengan rupanya yang sebenar. Memadai dengan dia tahu dan faham orang yang dilihatnya adalah Nabi s.a.w.

{youtube}B_CyNQqtArs{/youtube}

Hadis-hadis berkaitan:
Bab: Sabda Nabi s.a.w. Barangsiapa Yang Bermimpi Melihatku Maka Sesungguhnya Dia Telah Benar-benar Melihatku

1. Daripada Abi Hurairah, katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Barangsiapa yang bermimpi melihatku maka sesungguhnya dia telah benar-benar melihatku. Kerana sesungguhnya syaitan itu tidak boleh berupa dengan dengan rupaku.

2. Daripada Abu Hurairah, katanya, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang bermimpi melihatku maka dia akan melihatku dalam keadaan jaga/sedar. Syaitan tidak boleh menyerupaiku.

3. Daripada Abi Qatadah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Barangsiapa yang bermimpi melihatku, maka sesungguhnya dia melihat yang benar.

4. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Barangsiapa yang melihatku di dalam tidurnya, maka sesungguhnya dia telah benar-benar melihatku. Kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat merupa dengan rupaku. Dan Baginda s.a.w. bersabda: Apabila seseorang daripada kamu bermimpi, maka janganlah diceritakannya kepada sesiapapun tentang syaitan telah mempermain-mainkannya di dalam tidurnya.

5. Daripada Jabir bin Abdillah, katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Barangsiapa yang bermimpi melihatku di dalam tidurnya, maka sesungguhnya dia telah melihatku. Kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupaiku.