Assalamu'alaikum,para panel fiqh..
MENGANGKAT KEDUA TANGAN YANG DILAKUKAN OLEH JAMA’AH SAAT KHATIB BERDO’ASebagian kaum muslimin ada yang mengangkat tangan mereka saat khatib mulai memanjatkan do’a di atas mimbar. Dan ini jelas sebagai kesalahan. Dan yang benar adalah tidak mengangkat kedua tangan pada saat itu.
Ibnu ‘Abidin rahimahullahu mengatakan, al-Baqqaliyyu mengatakan, “Jika seorang khatib mulai berdo’a, maka tidak diperbolehkan bagi jama’ah untuk mengangkat kedua tangannya.” [11]
[Disalin dari kitab kitab al-Kalimaatun Naafi’ah fil Akhthaa' asy-Syaai’ah, Bab “75 Khatha'an fii Shalaatil Jumu’ah.” Edisi Indonesia 75 Kesalahan Seputar Hari dan Shalat Jum’at, Karya Wahid bin ‘Abdis Salam Baali. Penerbit Pustaka Ibnu Katsir]
[11]. Haasyiyah Ibnu ‘Abidin, bab al-Jumu’ah at-Tasbiih wa Nah-wuhu. Dan lihat pula kitab al-Qaulul Mubiin (no. 380), serta al-Ajwibatun Naafi’ah (no. 73).
betul ke apa yg dikatakan di atas? jika betul,ertinya tak perlu angkat tangan saat khatib berdo'a? jadi,apa yg perlu jama'ah lakukan sepjg khatib berdo'a?
Jazaka Allahu Khoiron...
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Berdo'a sambil mengangkat tangan merupakan sunnah Nabi :saw. Akan tetapi, diriwayatkan bahawa khatib apabila berdo'a di mimbar hendaklah menggunakan jari telunjuknya dan bukannya mengangkat tangan. Malah salah seorang sahabat ('Umranaarah ibn Ru'aibah) telah mengutuk seorang khatib (Bishr ibn Marwan) yang berdo'a sambil mengangkat tangan dan berkata :-
Berkata Imam al-Nawawi rh didalam mensyarah hadith ini : ini menunjukkan adalah sunnah tidak mengangkat tangan ketika khutbah. Ini pandangan Malik dan sahabatnya dan lain-lain. Didalam kitab Tuhfat al-Ahwadhi menyebut bahawa hadith ini menunjukkan bahawa makruh mengangkat tangan, dan begitulah kepada jemaah yang berimamkan dia.
Berkata Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh :-
Kesimpulannya pandangan diatas adalah benar. Seseorang itu dibolehkan mengaminkan do'a tanpa meninggikan suara,cukup untuk didengari oleh diri sendiri, dan tidak mengangkat kedua-dua tangan. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين