SJ-01-0103 : Benarkah Ali berakidah Asya'irah?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0103 : Benarkah Ali berakidah Asya'irah?

Ada pihak mendakwa bahawa Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. pernah berkata,

"Åä ÇáÐí Ãíä ÇáÃíä áÇ íÞÇá áå Ãíä ..." (ÐßÑå ÃÈæ ÇáÞÇÓã ÇáÞÔíÑí Ýí ÇáÑÓÇáÉ ÇáÞÔíÑíÉ)

“Tidak boleh dikatakan di mana bagi Dzat yang menciptakan di mana (tempat) …” (Disebutkan dalam kitab ar-Risalah al-Qusyairiyyah karya Abu al Qasim al-Qusyairi).

Benarkah Sayyidina Ali r.a. pernah berkata sedemikian? Dan benarkah kata2 tersebut terdapat dalam kitab ar-Risalah al-Qusyairiyyah? Kata2 yg disandarkan pada Sayyidina Ali r.a. tersebut menjadi salah satu hujah bagi pihak tertentu menafikan ALLAH SWT di atas langit.

SJ-01-0103 : Benarkah Ali berakidah Asya'irah?

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Di dalam al-Fatawa al-Kubra, Ibn Taimiyyah menegaskan bahawa kenyataan yg didakwa kata-kata Ali ra tersebut adalah satu bentuk pembohongan dengan kesepakatan ulama, dan ia tidak mempunyai sanad. Jadi ia satu pendustaan.

- Kenyataan itu bercanggahan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mengisbatkan Allah Taala di atas, bersemayam di atas Arasy, sebagaimana dituturkan oleh Quran dan Sunnah, ijmak Salaful Ummah.

- Kenyataan itu juga bercanggah dengan hadis sahih, Nabi SAW bertanya kepada hamba sahaya perempuan: "Di mana Allah". (Sahih Muslim no: 537).

- Kami tidak sempat membelek keseluruhan kitab al-Risalah al-Qusyairiyyah, tetapi pada muqaddimah kitab itu disebut: "Maha suci Dia daripada dikatakan kepadanya: Bagaimana Dia, atau Di mana Dia". (Al-Risalah al-Qusyairiyyah m/s 7).

- Sebagai makluman, kitab Al-Risalah al-Qusyairiyyah adalah kitab tasauf yang bersalahan dengan manhaj Ahli Sunnah. ibn Taimiyyah telah menepis hujahan-hujahan kitab tersebut dalam kitabnya Al-Istiqamah. Berkenaan kata-kata Al-Qusyairi "Tidak dikatakan di mana Allah" juga telah dijawab oleh Ibn Taimiyyah dalam kitab Istiqamah 1/180.

Wallahu A'lam

rujukan
- Fatawa Kubra, Ibn Taimiyyah
- Risalah Qusyairiyyah, Dar Kutub Ilmiyyah
- AL-Istiqamah, Ibn Taimiyyah