SJ-11-0155 : Komentar Panel Fiqh AAN mengenai isu ASN/ASB?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0155 : Komentar Panel Fiqh AAN mengenai isu ASN/ASB?

Apakah komentar panel al-ahkam terhadap fatwa majlis kebangsaan? Jika ada perincian atau perkembangan terbaru yang lebih harap UZAR dapat jelaskan lagi. Wallahua'lam.

Utusan Malaysia
Melabur dalam skim ASN dan ASB hukumnya harus, kata Jawatankuasa Fatwa
03/02/2008 6:21pm

KUALA TERENGGANU 3 Feb — Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.

“Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.

Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Dr Abdul Shukor berkata, dua isu penting lain yang dibincangkan dan diputuskan dalam muzakarah selama tiga hari itu adalah mengenai tanah wakaf dan penggunaan barangan atau lambang agama lain seperti salib oleh orang Islam.

Berhubung tanah wakaf, Dr Abdul Shukor berkata, setelah membincangkannya dan melihat situasi semasa, Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan bahawa tanah-tanah wakaf yang ada boleh dibangunkan dengan syarat niat asal pewakaf dikekalkan.

Bagaimanapun, pembangunan berkenaan hendaklah berdasarkan keperluan yang ditentukan pemerintah sementara hasil pembangunan itu dan sebagainya hendaklah dikembalikan kepada orang Islam, katanya.

Mengenai hukum orang Islam yang menggunakan barangan atau lambang agama lain seperti salib dan seumpamanya, Dr Abdul Shukor berkata Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa sekiranya lambang-lambang berkenaan dinyatakan secara zahir dan jelas, umat Islam adalah dilarang menggunakannya.

Muzakarah itu dihadiri semua mufti-mufti dan juga tokoh-tokoh yang dilantik oleh Majlis Raja-raja untuk memberikan pandangan.- Bernama

SJ-11-0155 : Komentar Panel Fiqh AAN mengenai isu ASN/ASB?

Komentar UZAR:

ULASAN UZAR

Ramai yang bertanya respond saya, ada yang suka dan ada yang keliru. Apa pandangan saya?, Pandangan saya adalah anda tidak perlu keliru lagi dan orang awam boleh menyertainya dan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor yang dipimpin oleh bekas Muftinya iaitu Al-Marhum Dato' Hj Ishak Baharom telah terbatal akibat keputusan ini.

Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam.

Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, terpulang kepada masing-masing saja sekarang, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa nak ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.

Saya juga telah hubungi seorang mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.

Mufti yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!..

Saya dan kita mengharapkan majlis Shariah akan datang ini akan dapat membuat sesuatu perubahan dan pembaikan terhadap sistem yang sedia dengan 'modification' yang wajar bagi memastikan sistem yang menepati Shariah. Tatkala itu ia tidak perlu lagi menjadi 'harus' atau 'halal' hanya bergantung kepada hujjah 'MASLAHAT' yang agak longgar.

--------------------------TAMAT

Quote:
Muzakarah itu dihadiri semua mufti-mufti

Kita juga kena menunggu penjelasan resmi SS Dr MAZA yang berkemungkinan juga hadhir pada Muzakarah tsb. Sila browse web site SS Mufti dari masa ke semasa.

--------------------------

Perbahasan mengenai isu ini sedang berlangsung (4 Feb 2008) di Ruangan Sembang Isu Semasa AAN.