Warga facebook Protes Iklan Tahlilan Arwah Komersil Di harakahdaily.net

Primary tabs

Oleh zain-ys | 05/08/2011

Sebahagian warga facebook kurang senang dengan penyiaran iklan tahlil arwah di harakahdaily.net (disiarkan pada 21/07/2011 & 29/07/2011). Ia mula disiarkan tidak lama sebelum Ramadhan. Mereka menganggap pihak yang mengiklankan telah cuba mengkomersilkan tahlil arwah. Bagi mereka pihak harakahdaily.net milik gerakan Islam PAS tidak sepatutnya menyiarkan iklan berkenaan.

Melalui foto dindingnya seorang warga FB iaitu Ali Abu telah membangkitkan isu ini dengan menyiarkan screenshot paparan iklan di harakahdaily. Beliau juga telah mengemukakan 17 hujah mengapa pihak harakahdaily wajib menarik balik iklan tahlil arwah komersil berkenaan. Anda boleh membaca dan menelitinya di akhir artikel ini nanti.

Turut ambil perhatian: Aiman Athirah Al Jundi, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS PusatDi sana dalam ruangan komen, kita dapat membaca pelbagai pandangan dan pendapat. Ada pro dan kontra. Isu ini juga mendapat perhatian dari Aiman Athirah Al Jundi, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat. Katanya:
"Kita akan majukan hal ini ke pengetahuan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Secara peribadi, pandangan ana...segala isu ini bukanlah hanya persoalan yang berlegar di dalam thread ini, tetapi ia adalah masalah ummah yang perlu diberikan perhatian wajar."

Apa kesudahan protes ini?
Aiman Athirah Al Jundi
dalam komennya: AlhamduliLlah Iklan sudah dikeluarkan. Ramadhan Kareem! Banyakkan memuji Allah, Bertasbih, Bertahmid dan Bertahlil. Allahu Akbar!

Ada Yang Keliru
Dengan timbulnya isu ini, rupanya masih ada yang keliru. Ada yang tidak dapat membezakan antara: Tahlil, majlis tahlil arwah (upacara tahlilan) dan tahlilan arwah komersil. Ada sebahagian umat Islam yang beranggapan bahawa mereka yang menentang iklan ini sebagai golongan yang anti tahlil.Padahal tahlil ialah mengucapkan Laa Ilaaha Illallah (لا اله الا الله). Mana mungkin ada umat Islam yang anti kepada ucapan ini.

Sedangkan upacara tahlilan ialah upacara atau majlis pengiriman pahala tahlil dengan kaifiyat tertentu kepada roh si mati. Majlis ini diadakan secara sukarela dengan menjemput jiran-jiran dan orang kampung. Ia sudah menjadi tradisi turun menurun umat Islam nusantara. Amalan inilah yang menjadi pertikaian yang tidak berkesudahan antara golongan tradisional dan golongan pembaharuan atau salafi atau kaum muda.

Manakala tahlil arwah komersil pula ialah mengadakan majlis tahlilan berbayar terutamanya pada bulan Ramadhan. Pahala tahlilan itu (sebahagian tempat bacaan al-Quran) akan dikirimkan kepada arwah seperti yang disenaraikan oleh si pengupah atau penyumbang. Amalan tahlil komersil dipertikaikan bukan sahaja oleh golongan pembaharuan malah dari kalangan golongan tradisional sendiri. Mereka menganggapnya sebagai tidak sepatutnya dikomersilkan.

Mula Merebak
Tahlilan komersil ini sebenarnya bukan sahaja dilakukan di sebahagian pondok pengajian, tetapi ia turut dilakukan di sebahagian masjid. Juga oleh individu-individu tokoh agama tempatan (ustaz). Mereka melakukannya untuk mengutip dana madrasah atau masjid. Budaya tahlilan komersil ini masih dianggap baru lagi. Dulu-dulu ia hanya dilakukan oleh madrasah tertentu sahaja dan kini ia mula merebak. Ramai umat Islam masih tidak tahu tentang kewujudannya dan masih merasa pelik serta tidak biasa bila mendengarkannya.

Bagaimana Merungkai Masalah Ini?
Ada persoalan yang ingin saya tinggalkan kepada anda semua untuk difikirkan.

Seandainya kita tidak bersetuju dengan tahlilan komersil ini, bagi pendapat anda apa yang patut pihak madrasah lakukan? Memaksa mereka untuk menghentikan tahlilan komersil ini serta merta? Apakah ia boleh dilakukan semudah itu?

Baiklah, bagaimana jika sebahagian madrasah telah melakukannya selama berbelas tahun malah puluhan tahun? Bagaimana jika itulah sahaja antara sumber dana kewangan mereka untuk menampung 1001 macam perbelanjaan harian selama ini? Dari kos pengurusan madrasah, saguhati tenaga pengajar, bantuan kepada para pelajar miskin dan papa kedana, memperbaiki kerosakan bangunan madrasah dan asrama, dan sebagainya.. Memang sebahagian madrasah ada menerima bantuan dari kerajaan negeri atau pihak zakat, dan kita sudah tentu tahu ia memang tidak memadai?

Anda ada idea? Apa idea anda?



Petikan dari facebook:

Harakahdaily WAJIB TARIK iklan amalan ibadat yg bukan berasal drpd nabi

Adolah satu kejutan bilo Harakahdaily membenarkan iklan tahlil arwah khas bersempena bulan Ramadhan 2011 yg dianjurkan oleh sebuah pusat pengajian sekolah pondok. Harakahdaily ialah organ media bagi PAS. PAS dasarnya Islam. Sewajibnya PAS ikut bulat-bulat apo yg Islam nak. Bukan sebagai retorik di atas rostrum semato-mato maa.

1] Kalau dulu pakai borang edar ke masjid-masjid. Sekarang pakai internet iklan kek Harakahdaily. Sonang. Lopeh ni den pun nak boli ruangan iklan premium C jugaklah. Den nak iklankan, “Ali Abu sedio mentahlilkan arwah nenek moyang korang bermulo dari 1 Syawal sehingga rayo haji. Emailkan namo-namo arwah tersebut dgn segera ke aliabuhensem@yahoo.com. Sumbangan anda bulih lah disalurkan ke akaun Maybank bernombor 0197552525”

2] Dilihat pado gambar memang lah dio tak suruh bayar utk mentahlilkan arwah tapi perkataan ‘sumbangan’ mmg maksud ey kono bagi duit la kan. Lagi pun bilo korang kol nombor telefon yg tertera, korang pun tak sampai hati nak cakap tolong tahlilkan arwah si Polan bin Polan dgn percumo. Last-last diorg totapkan hargo jugak utk satu kepalo bagi memudahkan kojo. Tak pecayo tgk lah. Sudah jadi tahlil berbayar. Bilo kono bayar dah tontu komersial bai.

3] Korang ponah donga nabi buek tahlil dibulan Ramadhan untuk Siti Khadijah, isteri baginda yg paling disayanginya?

4] Iklan tahlil ni den perasan pado 20 julai. Pado hari tu jugak den bukak satu thread pasal ni dan tag orang-orang yg berkenaan tapi Harakahdaily masih menyiarkannya sehingga ke hari ini (29 julai 2011)

5] Pado tahun lopeh, di satu thread yg membincangkan berkenaan tahlil berbayar, arwah Yb Dr. Lo’Lo’ telah memberikan nasihat seperti berikut,
“Astaghfirullahal a'dzim. Ni tak bleh dbiarkn brlanjutan. Pihak Jakim wajib mneliti kembali amalan Tahlil berbayar spt ini. Mgkn asalnya brtujuan baik tp akhir2 ni jadi sgt komersial. Sy juga akn minta Dewan Ulama PAS utk mneliti n mnangani isu ni sebaik mgkn. Kita mahu surau/msjd terus subur n maamur dgn zikrullah tp biarlh ikut sunnah n susur galur ibadah yg tlh dtunjukkn olh Nabi kita Mohd saw” Klik link: [LINK]

6] Nasihat Yb Dr. Lo’Lo’ di atas den anggap sebagai wasiat. Malang lah wasiat beliau dilanggar sendiri oleh Harakahdaily. Sebelum kito nak betulkan Jakim, kito kono betulkan diri sendiri dulu. Baru lah kono dgn slogan 'kepimpinan melalui teladan'. Den harap pihak Harakahdaily tidak memandang ringan wasiat beliau. Orang dah berwasiat kito kono tunaikan.

7] Kenapo arwah Dr. Lo’Lo’ berwasiat jgn biarkan amalan tahlil berbayar di bulan puasa dari berlajutan? Sobab satu nabi tak buek. Duo, nanti ia akan membuahkan amalan-amalan lain yg tak masuk akal.

8] Niat amalan tahlil berbayar sebenarnya murni iaitu memberi pahalo berterusan kepado si mati. Kalau seratus tahun dah mati, tapi tiap-tiap hari org mentahlilkan si mati, kemungkinan bosa pahalo semaso duduk dalam kubur lagi banyak semaso hidup. Wow!

9] Peh, hidup tak sembahyang 50 tahun lopeh tu mati. Tapi duit ado rm100 juta diwasiatkan kpd sekolah pondok utk baco tahlil tiap-tiap hari sampai kiamat. Bangkit di Padang Masyar nanti , si mati rilex pakai spek mato hitam di bawah terik mentari. Berjalan dengan penuh gaya, mutu & keunggulan bertemu Allah krn konfiden pahalanya menggunung tinggi. Yolah, member kan dah melabur 100 juta utk baco tahlil smpi kiamat. Bulih masuk syurga maa walaupun seumur hidup tak ponah solat.

10] Fenomena ini nanti akan menyobabkan org Islam dgn sendirinya tak mahu anak. Wanita dah tak mahu mengandung lagi. Lelaki malas nak membosakan anak. Yolah buek apo nak sakit-sakit badan. Lagi pun no point nak memelihara anak sampai ke Universiti. Buek habis duit bai. Baik JANGAN ado anak. Baik duit tu disimpan lalu dilaburkan kepado org yg sanggup tahlilkan kito sesudah mati nanti.

11] Amalan sedekah sesamo manusio akan terhenti. Orang yg berduit sudah tidak mahu menderma kepado mangso banjir, mangso gompo bumi Haiti, mangso tsunami Jopun, mangso kebakaran dlll. Buek apo nak dormo kek diorg. Baik dormokan kepado sekolah-sekolah pondok yg sudi tahlilkan den bilo den dah mati.

12] Budaya nasihat menasihati sesamo manusia akan terhapus. Buek apo nak buang maso nasihat org lain? Buek apo nak buang maso mencegah kemungkaran? Buek apo nak buang maso ajak org kearah kebaikan? Tak payah poie solat kek masjid. Tak payah solat pun takpo. Membazir maso. Maso adolah omeh. Baik gunokan maso yg ado semaso hidup utk cari harta & wang ringgit. Nanti dah mati sonang. Duit bebanyak semaso hidup dilaburkan kepado pihak-pihak yg mengiklankan tahlil arwah berbayar mcm dlm iklan Harakahdaily. Itu lah guno ey duit bai.

13] Amalan tahlil berbayar ni bahayo bai. Ia bulih mengubah caro hidup manusio. Duit akan menjadi tuhan yg akan menyelamatkan mereka dari api nerako Allah. Mereka sangka sangkaan mereka betul. Tapi salah maa.

14] Bilo tertogak satu amalan yg bukan datang dari nabi, mako amalan yg nabi ajar kepado manusio dengan sendirinya akan terhapus. Nabi ajar dlm satu hadis sahih yg bermaksud, orang yg mati itu akan terputus segala amalannya kecuali 3 iaitu anak soleh yg mendoakannya, sedekah dan ilmu yg diajar serta dimanafaatkan untuk kebaikkan. Korang bulih rujuk balik point den kek nombor 10, 11 & 12.

15] Den nak salin balik status den aritu : Masjid tompek den solat td buek pengumuman bhw tahlil arwah utk bulan ramadhan kali ni ado diskaun. Untuk namo2 arwah yg mahu disebut utk satu malam ialah rm20 sekepalo. Kalau 7 malam rm50 sekepalo. Kalau sebulan ramadan, rm150 sekepalo. Itu baru sekepalo. Kalau tujuh keturunan nek moyang kau yg dah arwah tu dah berapo? Tak payah beramal bai, dgn duit korang bulih masuk syurga. Kesian org miskin. Adilkah?

* Den kembali ke masjid tersebut. Ternyato den tersilap donga. Bukan utk satu kepalo. Tapi utk 6 namo maksimum. Misalnya rm20 utk 5 arwah satu malam. Begitu jugak dgn rm50 seminggu & rm150 sebulan. Samo gak. Nanti den upload borangnya. [2 Ogos 2011]

** Klik untuk melihat borang tersebut : [LINK] [3 Ogos 2011]


16] Jika iklan tahlil berbayar ini dikomersialkan ke media massa seperti Astro oasis, tv3, tv9 dan radio-radio, ia akan mengubah persepsi non-muslim bahawa hanya orang-orang kayo sahajo yg mendiami syurga & orang miskin bersesak-sesak memenuhi nerako. Kaum cino nanti ingat org melayu mati serupo macam diorg gak. Cumo tak main bakar-bakar duit yor bai. Omputih pulak ingat agamo Islam dah jadi mcm gereja di zaman Eropah golap yg menjual surat pengampunan kepado para pendosa.

17] Kepado ahli-ahli PAS, buek la sesuatu supaya iklan tahlil itu tidak ado lagi di Harakahdaily. Sebagai parti yg memakai jenamo Islam, jago lah ketulenan warisan peninggalan nabi Muhammad S.A.W. Paling tidak pun ikut lah wasiat yg ditinggalkan oleh arwah Yb Dr. Lo’Lo’.