SJ-1664: [U] Solat Jamak dan Qasar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1664: [U] Solat Jamak dan Qasar

Assalamualaikum WBT,

1) Seseorang merupakan bermastautin di Johor Bahru, bekerja di Kuala Lumpur dan bermukim di KL 3 tahun lamanya (belum bercadang utk tinggal tetap di KL), berniat utk musafir selama 3 hari di JB (balik kg). Apabila beliau telah menjejaki Johor Bahru, bagaimana statusnya? Masih musafir atau telah menjadi mukim utk tempoh 3 hari itu? Masihkah dibolehkan utk menjamak dan qasar solatnya setelah ia tiba di JB utk tempoh 3 hari itu?

2) Sekiranya beliau ingin bermastautin di KL, adakah tempat asal mastautinnya itu (Johor Bahru), masih lagi kekal sebagai tempat mastautinnya? Dan bolehkah ia mengerjakan jamak dan qasar di JB sekiranya perkara ini berlaku?

3) (Masih lagi org yg sama) Sekiranya beliau bermukim di KL dan ingin bermusafir ke Singapura selama 3 hari, kemudian dlm perjalanan ke Singapura itu beliau singgah sebentar ke kampungnya di JB. Adakah beliau dibolehkan menjamak & qasar solatnya di kampungnya itu ? Sekian didahului dengan terima kasih W'slm

Re: SJ-1664: [U] Solat Jamak dan Qasar

Jawab:
:wassalam
1. JB itu adalah watan hakiki (tanah tempat tumpah darah) atau tempat kelahiran di mana seseorang masih ada sanak saudara, termasuk ibubapa dan sahabat handai dan mengikut uruf tidak dinamakan musafir jika seseorang berada di watan hakiki (kampung halaman). Oleh itu anda tidak boleh lagi solat safar di JB kerana anda hilang status musafir secara otomatik.
2. KL adalah tempat mastautin anda yg baru , manakala JB masih kekal sebagai watan hakiki (kecuali seluruh kaum keluarga dan sanak saudara berhijrah semuanya). Kedua-dua tempat itu menggugurkan status anda sebagai musafir sebaik sahaja berada di kedua-dua lokasi ini.
3. Berdasarkan penjelasan bahawa kampung anda di JB itu watan hakiki, maka jika anda singgah di situ bermakna gugurlah status anda sbg musafir dan anda tidak boleh lagi mengerjakan solat rukhsah musafir. Ini berdasarkan versi Syafi'iyah. Fiqh Islami. Allahu a'alam