Risalah ECPI Seru Perpaduan Sunni - Syiah - Salafi Tersebar!

Primary tabs

Oleh: zain-ys

Ada apa dengan risalah ini?

  1. Ia adalah risalah yang diedarkan secara percuma oleh syarikat pengeluar air ECPI secara percuma.
  2. Isikandungannya ialah menyerukan penyatuan Sunni - Syiah - Salafi. The Amman Message disebut berulang-ulang kali yang dinyatakan sebagai ijmak Amman Message.
  3. Disertakan juga pelbagai gambar pemimpin sunni berjabat tangan dengan para pemimpin Iran Syiah Imamiyah.
  4. Risalah ini juga menyeru pembebasan al-Quds.
  5. Terdapat iklan-iklan produk kesihatan keluaran ECPI.
  6. Terdapat peraduan berhadiah berbentuk motorsikal, peti ais, peralatan dapur dan sebagainya. Syaratnya ialah baca dan faham dari mula hingga akhir risalah ini dan mengisi borang yang disediakan dengan disertakan lafaz perakuan dari peserta mengokong sepenuhnya usaha membebaskan al-Quds dan merealisasikan ijmak Amman message di Malaysia.
  7. Risalah yang di-scan ini diperolehi oleh seorang kawan di sebuah masjid di Johor. Hari ini (22/feb/13) Semasa solat jumaat di salah sebuah masjid di Pulau Pinang terlihat risalah yang sama diedarkan dengan diletakkan di raga-raga  motorsikal anak qaryah yang hadir solat Jumaat.

Anda boleh download risalah ini pada link berikut: Risalah edaran ECPI menyeru perpaduan Sunni - Syiah

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan