SJ-14-0135 :masih mencintai tnah air itu sebhg daripada iman

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0135 :masih mencintai tnah air itu sebhg daripada iman

:salam saya ada memberitahu rakan saya,juga seoarang penceramah bahawa hadis itu daif menurut al-albani,tp dia kata al-albani ade org pertikaikan, aduh saya pun sonyap sajalah.. dan saudara thtl ada menyatakan jamaah ahli hadis, siapa mereka itu?? atas alasan apa mereka kata lemah..saya nak betulkan je kwn saya tu, tp sekali dia kata al-albani msh ade org pertikaikan keperibadiaan dia, poning saya.. saya tnya pertikaikan mcm mana, dia pun jawab yelah dipertikaikan la..lg buntu. gane(mcm na ) ni ....masa dia sampaikan dlm ceramahnya tu x sebut plak hadis ni maudhu', kebetulan saya terbaca kat darulkautsar hadis ni mauhu'..harap sangat diberi jawapan dan cadangan. ::? ::cry:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-14-0135 :masih mencintai tnah air itu sebhg daripada iman

:wassalam

al-Jawab:

Darul Kautsar memetik kata-kata al-Albani sebagai 'maudhu' (palsu) bukannya dha'if. Jama'ah ahli hadith itu ialah antaranya al-Maghani, al-Sakhawi, al-Syuyuthi, Mulla 'Ali al-Qari, Zarqani. Ia juga boleh ditemui dalam Himpunan hadith2 Dha'if dan Palsu, jilid satu oleh Drs Hj Abd Ghani Idris. Alasan utama mereka bahawa hadith 'cintakan watan sebahagian dari iman' ni tak ada asalnya, maksudnya sanadnya tidak ujud. Ia cuma kata-kata masyhur yg berlegar di dalam masyarakat, lalu disangka sbg hadith.

al-Albani memang orang pertikai, pertikaian itu adalah lumrah bagi ahli ilmu, hatta Prof Yusof al-Qardhawi pun orang pertikai juga. Syaikhul Islam Ibn Taymiyah pun orang masih pertikaikan sampai sekarang. Tapi kalau kita buka minda kita, kita teliti dulu apa yang dipertikaikan tu. Tapi kalau dalam isu hadith palsu (cintakan wathan) ini mereka pertikaikan al-Albani, maka kita teliti apa alasan mereka untuk menegakkan bahawa ia memang hadith? sekian WA