SJ-10-0083 : kulit haiwan disamak bole dimakan ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0083 : kulit haiwan disamak bole dimakan ?

:salam

sy ade baca dlm buku feqh mazhazb syafie bhw kulit haiwan ( cth : lembu ,kmbing,kerbau ) tdk bole dimkn sekalipun telah disamak .

tp baru2 nie org kg sy kate bole mkn kulit lembu tersebut . katanya org jawa n banjar biase mkn. diorg wat rebus dll.

pastu ade yg ckp , ade makanan keropok kulit kerbau . byk dijual dikedai2 nasi padang.. ::roll: ::roll: iaitu kulit kerbau tu diblend kmdn digaul ngan tepung dan dibuat keropk.

so, yg sebenarnye macamane? syukran

selamat maulidur rasul ::lol:

SJ-10-0083 : kulit haiwan disamak bole dimakan ?

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Kulit haiwan yg halal dimakan (spt kambing, lembu), sekiranya sudah disembelih secara syar'ie, maka tiada keraguan bahawa ia boleh dimakan.

- haiwan yang halal dimakan, sekiranya ia mati tanpa disembelih secara syar'ie, dan ia menjadi bangkai, boleh disamak kulitnya dan ia dihukum suci. Maksud suci ialah dari sudut halal digunakan.

- Tetapi hukum memakan kulit (bangkai) yang disamak itu, ada khilaf. Imam Syafie sendiri dinukilkan dua pendapat; qadim dan jadid. Pendapat qadimnya: haram dimakan. Dan pendapat jadidnya: halal dimakan. Yang muktamad dan menjadi fatwa dalam mazhab ialah pendapat HARAM DIMAKAN. (Majmuk Nawawi 1/227).

- Dalil haram dimakan ialah hadis Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW melintasi satu bangkai kambing. Lalu baginda berkata "Mengapakah kamu tidak mengambil manfaat daripadanya?". Mereka berkata: "Ia adalah bangkai". Baginda bersabda: "Sesungguhnya yang diharamkan ialah memakannya". Bukhari (no: 2108) dan Muslim (no: 363).