:salam
1.Adakah sunnah membaca doa ketika antara 2 khutbah juma'at. Adakah boleh membaca apa2 doa ketika itu. Adakah betul waktu tersebut merupakan antara waktu yg afdhal untuk doa dimakbulkan ALLAH SWT ?
2.Saya ada mendengar seorang ustaz mengatakan selepas iqamah tidak sunat utk membaca doa seperti selepas azan. Adakah ini betul?
Sekian terima kasih.
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
a. Pada hari Jumaat memang ada satu sa’at dimana Allah swt akan mengkabulkan permintaan hambanya. Hadith riwayat Abu Hurairah ra berkata :- Abu al-Qassim :saw berkata :
Walaubagaimanapun, ulama' khilaf mengenai waktu mana pada hari Jumaat do'a tersebut di kabulkan. Ibn al-Qayyim rh menyebut bahawa terdapat dua pandangan sahih mengenainya iaitu :-
1. Waktu dimana Imam duduk diatas Mimbar sehingga berakhirnya solat Jumaat. Dari Abu Burdah ibn Abi Musa al-Asy'ari berkata : Abdullah ibn Umar ra. berkata kepada ku:-
2. Waktu kedua adalah yang dikatakan lebih rajih dari padangan pertama iaitu waktunya adalah selepas solat Asar pada hari Jumaat. Ini merupakan pandangan Abdullah ibn Salam, Abu Hurairah, Imam Ahmad dan lain2. Hadith dari Abu Sa'ed al-Khudri dan Abu Hurairah ra : bahawa Rasulullah :saw bersabda :-
Didalam hadith riwayat Jabir ibn Abdullah ra. bahawa Rasulullah :saw bersabda :
Mengenai pandangan (1); iaitu waktunya adalah diantara Imam duduk diatas mimbar sehingga selesai solat. Ini tidak bermakna seseorang itu menyibukkan dirinya dengan berdo'a sehingga lalai dari mendengar khutbah Jumaat. Dia boleh mengaminkan do'a Imam (tanpa mengangkat tangan dan tanpa menyaringkan suara), dan juga boleh berdo'a ketika sujud dan sebelum memberi salam.
Dia juga boleh berdo'a pada waktu akhir solat Asar, sebagaimana pandangan (2) diatas.
b. Mengenai do'a selepas iqamah, memang tidak ada dalil yang menyebutnya. Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Marzuq al-Torifi : tidak thabit dari Rasulullah :saw apa-apa bacaan/zikir atau do'a sebelum Takbir al-Ihram. Yang ada hanyalah makmum menyibukkan diri meluruskan saf [Sifatu Solaati al-Nabii :saw, ms 45].
Sekian, wassalam
خيرالأمين