MARI! BOIKOT Kurma Negara Yang Bersekongkol Dengan Pembunuh Rakyat Syiria.. Belilah Kurma Peladang Palestin

Palestinian Medjoul Dates

Sempena Ramadhan yang bakal menjelma.. Marilah kita memboikot kurma keluaran negara yang bersekutu dengan Basyar yang turut sama membunuh rakyat Syiria yang tak berdosa. Belilah kurma Medjoul dari Ariha adalah produk peladang Palestin di Tebing Barat

Kurma Medjoul dari Ariha adalah produk peladang Palestin di Tebing Barat. Ariha @ Jericho adalah daerah yang diletakkan di bawah pentadbiran Bihak Berkuasa Palestin sepenuhnya bermula dengan perjanjian Oslo pada tahun 1993. Jangan ragu dengan status kurma Medjoul dari Ariha kerana ia adalah produk tulen rakyat Palestin. Ia tidak sama dengan kurma yang dihasilkan oleh Israel ke atas wilayah yang diduduki di Tebing Barat seperti kurma yang menggunakan jenama Jordan Valley - Lembah Jordan)pada tahun-tahun lalu (Nota Jordan Valley letaknya di Tebing barat di bahagian timur yang bersempadan dengan Jordan)

Peruntukan dalam Oslo Accord menegaskan kedudukan Ariha (Jericho) seperti berikut:

Kuasa Pihak Berkuasa Palestin merangkumi semua urusan di dalam wilayah, fungsi dan persendirian di bawah bidang kuasanya :

A. Bidang kuasa wilayah meliputi Semenanjung Gaza dan Kawasan Jericho (Ariha), seperti yang ditafsirkan dalam Artikel I, kecuali penempatan (Yahudi) dan kawasan Tentera (Israel). Bidang kuasa wilayah termasuklah tanah, bawah tanah dan sumber air, bersesuaian peruntukan Perjanjian ini

(The authority of the Palestinian Authority encompasses all matters that fall within its territorial, functional and personal jurisdiction, as follows :

A. The territorial jurisdiction covers the Gaza Strip and the Jericho territory, as defined in Article I, except for Settlements and the Military Installation Area. Territorial jurisdiction shall include land, subsoil and territorial waters, in accordance with the provisions of this Agreement.

 

Sumber: FB Aqsa Syarif 

 

 


 


Baru tiba dari palestin!

Dapatkan kurma Medjoul Palestin malam ini di MyGMJ!

Pek 500g kurma jumbo pada harga RM35.00 dan kurma 500g medium pada harga RM32.00.

Bagi Aqsa Syarif Negeri dan Daerah yang berminat untuk menjadi pengedar kurma ini (ambilan minimum 16 pek), harga jualan bagi setiap pek adalah seperti berikut:

Saiz "Jumbo" = RM30.00

Saiz "Medium" = RM26.00

 

Hubungi Wan Am di talian 017-5854409 untuk tempahan.

Terima kasih

Sumber: FB Aqsa Syarif

 

Kategori Berita: