:salam
jika seseorg meninggalkan tahiyyat awal , solatnye adakah ttp sah ?
sekalipun ditingglkan dlm keadaan bukan lupa , ragu dll tp dgn sengaja tanpa alasan.
sebab setakat pembacaan sy nabi ade tingglkan tahiyyat awl tp baginda kemudiannya ganti dgn sujud syahwi.
sedangkan sujud syahwi pun sunat ab'ad/ haiah je kan ? so , ia sunat je.
jd , bagaimana dgn keseluruhan solat itu ? syukran...
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
- Jika meninggalkan tasyahhud awal kerana lupa, ia tidak menjejaskan solat. Cuma pada akhir solat dituntut supaya dilakukan sujud sahwi. Dalilnya hadais Buhainah, bahawa Nabi SAW pernah bersolat Zohor, dan tidak duduk tasyahhud awwal kerana terlupa. Kemudian, di akhir solat, Nabi SAW sujud sahwi. (Bukhari: 795 dan Muslim 570).
- Jika meninggalkan tasyahhud awal dengan sengaja, ada khilaf di kalangan fuqaha. Majoriti ulama mengatakan: sah solatnya kerana tasyahhud awal adalah sunat bukan wajib. Manakala Imam Ahmad menganggapnya wajib, dan batal sembahyang jika ditinggalkan sengaja. (Majmuk Nawawi 3/450).
Wallahu A'lam
http://abuumair1.wordpress.com