Ajaran Sesat - Konsep Negara Islam dan Keahlian Cara MLM

SEBUAH kumpulan ajaran sesat tidak bernama dikesan cuba mencari pengikut-pengi­kut baru di beberapa negeri di Malaysia. Pendedahan ini dibuat oleh seorang bekas pengikut ajaran ini kepada AL ISLAM.

Bekas pengikut ajaran itu, yang mahu dikenali sebagai Akhbar Ali, 23, mendedahkan, ajaran sesat yang bertujuan menubuhkan sebuah kera­jaan Islam yang telus dan benar seperti zaman Rasulullah s.a.w. itu, sedang giat mencari pengaruh di Johor, Kuala Lumpur dan Pahang.

Menurutnya, bagi mengelirukan pihak berkuasa, pengamal ajaran sesat ini merahsiakan nama kumpulan atau ajarannya daripada pengikutnya. Ini untuk melindungi aktiviti mereka dari­pada terbongkar dan dikesan pihak berkuasa. Malah bagi mengaburi tin­dakan itu (menyembunyikan nama ajar-an), para pengikut diberi alasan baha­wa hanya mereka yang benar-benai beriman kepada ajaran tersebut, dar mencapai tahap tertentu sahaja akar mengetahui nama ajaran itu.

Alasan tersebut dikukuhkan dengar hujah daripada sejarah Rasulullah, yang berdakwah secara senyap. “Ajaran in: menjadikan golongan muda dan remaja, sebagai sasaran rekrut mereka. Sebelurr seseorang remaja itu dapat menjadi ahli biasanya dia akan ditemui oleh seorang ‘pendamping’ yang akan menemu bual dahulu remaja tersebut.

“Tujuan pendamping berbuat begini adalah untuk mengetahui sejauh mana­kah kefahaman mereka tentang Islam. Saya diberitahu, pendamping telah mengkaji tentang bagaimana sub­jek agama Islam diajarkan di kolej-kolej. Ini penting bagi mereka menepis segala pertanyaan yang akan ditimbulkan oleh pengikut baru ini,” katanya lagi.

Menurut Akhbar lagi, ahli-ahli baru akan direkrut oleh beberapa tenaga pengajar yang tidak dikenali di bebe­rapa tempat yang dirahsiakan, selepas berikrar untuk mengikut ajaran ini. Tenaga pengajarnya terdiri daripada mereka yang lebih berusia. Selalunya mereka menggunakan kaedah penga­ruh anak negeri untuk memudahkan seseorang ahli baru memahami tujuan dan motif ajaran mereka.

Cara mereka merekrut ahli baru hampir sama dengan modul perniagaan MLM, di mana setiap ahli wajib tnem­perkenalkan ahli baru, seperti orang terdekat, saudara-mara dan sebagainya. Ini akan memudahkan tarbiah kumpul­an ini dengan ahli baru melalui keper­cayaan yang telah terjalin antara ahli dengan orang baru.

“Ajaran kumpulan ini bermula dari asas hinggalah ke satu peringkat yang dinamakan Bai’atul Akobah. Para pengikut tidak boleh mempersoalkan apa yang diajarkan kepada mereka. Pada peringkat Akobah, seseorang pengikut itu akan dibawa ke satu tem­pat di Indonesia bagi melihat ‘negara Islam’ baru yang telah ditubuhkan, dan mereka wajib beriman’ dengan negara Islam baru ini.

Akhbar yang kini bekerja di sebual ­kilang elektronik di Selangor mengakui dia mula terjebak dengan ajaran ini dua tahun lalu, melalui seorang rakan perempuan yang amat dipercayainya. Rakan perempuan ini dikenali seba­gai Rina, seorang lulusan dari sebual institusi pengajian Islam di Kuantan dan memiliki diploma dalam bidang dakwah.

“Pada mulanya, Rina cuba berdak­wah dengan saya tentang cara untuk hidup selamat, aman dan merdeka dari­pada jajahan sekular yang dicipta olel Yahudi. Katanya, negara-negara Islam yang ada di dunia hari ini semuanya diperintah oleh Yahudi. Jadi sebagai orang Islam, kita wajib menegakkan semula kebenaran dan kedaulatan ne­gara Islam ini.

“Saya memang telah lama menge­nali Rina. Sejak kecil lagi kami berji­ran, dan saya anggap dia macam ahli keluarga saya sendiri. Jadi suatu hari tu, dia ajak saya ke satu ceramah cara belajar al-Quran dengan mudah, yang dikendalikan oleh seorang lelaki di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Katanya, lelaki ini sedang berdakwah secara senyap-senyap. Jadi tak ramai orang di ceramahnya itu nanti. Cuma orang-orang tertentu yang dijemput saja akan mendapat hidayah ke cera­mah ini.

“Bunyi macam pelik. Tapi, waktu itu saya fikir ini mungkin satu cara untuk berdakwah bagi orang-orang yang tidak bersetuju dengan kerajaan. Sebab saya selalu dengar orang ber­cerita, ada di kalangan ustaz-ustaz yang bagus ini selalu kena `ban’ daripada memberi ceramah kepada orang ramai, hanya semata-mata mereka tidak ber­setuju dengan ahli politik yang menjadi exco agama di sesebuah negeri. Mung­kin orang yang kami nak jumpa itu, berkeadaan begitu. Sebab itulah saya turutkan saja tanpa membantah,” jelas Akhbar lagi.

Tetapi apa yang didengar dalam ceramah itu adalah sesuatu yang tidak dijangkakan. Penceramah itu yang dikenali sebagai Wahid, mula bercerita tentang hakikat negara Islam kini, yang disifatkannya saling tidak ubah dengan zaman Jahiliah dulu.

Dengan hujah yang jelas, sambil disokong terjemahan al-Quran dan beberapa hadis, Akhbar mula tertarik untuk mengikuti ajaran itu dengan lebih lanjut lagi. Dia memberitahu Rina ten­tang niatnya. Rina menjadi ahli gerakan itu selepas berjumpa sendiri ahli-ahli kumpulan yang terdiri daripada golo­ngan profesional, termasuk peguam.

Dua minggu selepas pertemuan per­tama, Akhbar dibawa sekali lagi ke Kota Damansara. Kali ini, dia diperte­mukan dengan beberapa orang lelaki. Salah seorang daripada lelaki ini dike­nali sebagai pendamping.

“Kata Rina, pendamping itu macam ‘malaikat’ yang akan menjaga kita dari­pada sebarang kesusahan dan kelalaian dunia. Lelaki yang menjadi pendam­ping itu hanya tersenyum, dan dia tidak memberitahu namanya. Bagaimanapun dia memberitahu saya bahawa dia telah dilantik Allah untuk menjadi pendamping saya. Saya juga diperke­nalkan dengan beberapa orang pem­bimbing. Kata Rina, pembimbing ini memang ditugaskan khusus untuk saya seorang saja.

“Jelas Rina, setiap orang yang men­jadi ahli kumpulan itu akan diberikan Allah dengan seorang pendamping dan beberapa orang pembimbing. Mereka ini yang menjaga kita dan mempersiap­kan kita sebagai penghuni negara Islam yang sebenar-benarnya nanti.

“Pembimbing itu memulakan kuli­ah dengan amalan peringkat pertama, iaitu menyucikan diri daripada keku­furan dunia. Saya diterangkan tentang konsep pemerintahan Islam tiga segi, yang kononnya menjadi teras era ter­baik kepimpinan semua nabi dan rasul. Tetapi sebelum mencapai konsep tiga segi ini, ‘warganegara’ perlulah men-carum dalam bentuk ‘zakat penyucian’, bagi mengembangkan negara baru itu.

“Mereka pun menjelaskan ayat al-Quran yang mengharuskan kita menyucikan diri dan harta dengan mengeluarkan zakat. Jadi, mereka pun menunjukkan saya satu kaedah pengiraan yang perlu dilakukan bagi memenuhi tuntutan peringkat pertama ini, sebelum melangkah ke peringkat kedua,” cerita Akhbar lagi.

Sementara itu, Akhbar menjelaskan, dia ada bertanyakan pembimbing itu tentang cara lain untuk menyucikan diri selain membayar zakat. Waktu itu, Akhbar masih belajar di sebuah insti­tusi clan tidak mempunyai pendapatan tetap. Dia hanya bergantung kepada wang pinjaman belajar clan juga sum­bangan ibu bapanya. Tetapi menurut pem-bimbingnya, dengan wang itulah juga dia perlu berikan zakat kepada `ayah-anda’ yang bakal mereka temui di peringkat kedua nanti.Selepas membayar zakat seperti yang diminta itu, Akhbar dibawa ke pering­kat kedua pula. Peringkat ini memer­lukan Akhbar pergi ke beberapa mar­kas dengan dibawa oleh pendamping dengan sebuah kereta. Lokasi sebenar markas itu tidak diketahui, malah keti­ka dibawa ke sana, matanya ditutup. Dalam perjalanan, mereka akan singgah di beberapa `check point’, dan ahli baru akan bertukar kende­raan, hinggalah diba­wa dengan sebuah van ke lokasi sebenar mar­kas yang terletak di dalam hutan.

Menurut Akhbar, hanya deruan air saja yang kedengaran. Apa­bila ditanya kenapa mereka perlu menutup mata, kata pendamping, mereka tidak boleh lihat benda-benda yang mus­tahil sepanjang perjalanan itu kerana iman mereka belum lagi kukuh. “Saya dibawa ke satu tempat yang sunyi dan menyeramkan. Hanya po­kok-pokok balak dan nyamuk saja yang saya nampak. Di sebuah pondok, saya dipertemukan dengan seorang lelaki. Lelaki ini mula mengajar tentang kon­sep memartabatkan al-Quran dan sunah dalam masyarakat melalui cara tertentu, seperti konsep ‘miliki’, ‘fahami’ dan ‘memberi masa al-Quran dalam hidup’ dan sebagainya.

“Lelaki itu juga mengajar, jika mahu masyarakat kita selamat, kita perlulah menubuhkan negara berdasarkan surah al-Fatihah, kerana ia adalah sunatullah. Sebab itulah, inti perjuangan kumpulan itu adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam bagi mengembalikan jiwa Islam kepada Allah,” jelas Akhbar lagi.

Menurut Akhbar, selepas pulang dari majlis ilmu itu, dia terpinga-pinga. Dirasakan yang dirinya telah terse­sat. Dia cuba ingat kembali apa yang diajarkan itu semacam sesuatu yang tidak kena dengan Islam yang dipe­lajarinya selama ini. Akhirnya Akh­bar mula memencilkan diri daripada kumpulan itu, dan mencari pengertian Islam yang sebenar.

Dia berjumpa dengan beberapa orang ustaz dan penceramah bebas untuk mengetahui apakah dirinya telah tersesat, dan mereka menasihatinya supaya menjauhkan diri daripada ajaran itu kerana la mengajar konsep-konsep yang tidak betul, clan tidak pernah wujud dalam Islam.

Menyedari keadaan itu, Akhbar cuba melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa agama di Kuantan kerana meyakini bahawa markas yang diba­wa oleh pembimbing itu terletak di Pahang. Malangnya aduannya tidak dilayan kerana Akhbar tidak dapat memberi nama kumpulan atau ajaran sesat itu.

Sumber
al islam