SJ-12-0284 : musahaqah

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0284 : musahaqah

Boleh terngkan hukum bermusahaqah.........

SJ-12-0284 : musahaqah

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Musahaqah ialah melakukan sesuatu perbuatan untuk memuaskan nafsu seks diantara perempuan dengan perempuan, dengan menggeselkan faraj dengan faraj mereka berdua hingga mendatangkan berahi dan merasa kelazatan dengan sebab pergeselan faraj diantara kedua-dua orang perempuan itu.

Hukumnya adalah haram

Para Fuqaha sepakat bahwa musahaqah tidak di kenakan hukuman hudud.Perbuatan tersebut dikategorikan sebagai kesalahan Ta’zir ,kerana perbuatan musahaqah ini adalah merupakan perbuatan maksiat yang tidak menepati takrif atau maksud zina secara tepat dan sempurna yang membolehkan pelakunya di kenakan hudud.Seperti juga hukuman terhadap hubungan jenis antara lelaki dan perempuan yang tidak menggunakan alat kelamin.( Al-Mughni , Ibn Qudamah , Jlid 9 , ms.61 )

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com

SJ-12-0284 : musahaqah

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Trengganu (2001).

Seksyen 30. Musahaqah.

Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.