SJ-15-0027 : Mazhab ahlul baiyt(urgent)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0027 : Mazhab ahlul baiyt(urgent)

:salam

Saya ada berdiskusi dengan seorang habib dari indonesia dan saya keliru.Soalan saya;

1) Adakah pegangan mazhab ahlul baiyt berbeza dengan syiah?

2) Benarkah Yazid anak kepada saidina muawiyah ra membunuh cucu baginda nabi saw iaitu saidina husin n hasan?

3) Apakah pandangan ulama assalafusoleh berkenaan pegangan serta amalan mereka?

4) Menurut habib yang berdiskusi dengan saya sesetengah amalan mereka adalah khas untuk ahlul baiyt seperti ratib al-haddad cthnya.

Jazakallahu khairan

SJ-15-0027 : Mazhab ahlul baiyt(urgent)

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Quote:
1) Adakah pegangan mazhab ahlul baiyt berbeza dengan syiah?

- Mazhab Ahli Bait di sisi Syiah ialah mazhab Imam-imam mereka yang 12. Manakala mazhab Ahli Bait di sisi Ahli Sunnah lebih luas daripada itu. Termasuklah isteri-isteri Nabi SAW.

- Ulama Ahli Sunnah banyak menukilkan dan mengambil pandangan Ahli Bait samada dalam riwayat hadis, feqah, dan tafsir. Malahan lebih banyak daripada Syiah sendiri.

- Di dalam riwayat hadis, kita dapati Imam Ahmad merekod hadis-hadis daripada Ali r.a. lebih banyak daripada hadis-hadis Abu Bakar, Umar, dan Uthman r.a. Begitu juga imam-imam hadis yang lain. Imam Malik pula banyak juga meriwayatkan daripada Jaafar Al-Sadiq, seorang imam di sisi Syiah.Tetapi di mana hadis-hadis itu di sisi Syiah??!!

- Di dalam ilmu tafsir pula, kita dapati ulama banyak menukilkan pendapat daripada Ibn Abbas r.a. yang digelar Penterjemah Al-Quran. Sedangkan tafsiran Ibn Abbas r.a. banyak dipelajari daripada Ali r.a. Kata Ibn Abbas: "Tafsir Quran yang ada di sisiku adalah daripada Ali r.a." Malangnya, riwayat-riwayat tafsiran tersebut langsung tidak mendapat tempat di sisi Syiah!!

- Begitu juga dalam Feqah, banyak didapati ulama Ahli Sunnah menukilkan pendapat Ahli Bait, terutama daripada Aisyah r.a. dan ALi r.a.

- Kesimpulan: Segala periwayatan hadis, pegangan aqidah, pendapat feqah, dan riwayat tafsir daripada ahli bait, terdapat dalam kitab-kitab Ahli Sunnah. Cuma, Syiah yang banyak berdusta dengan mereka-reka riwayat-riwayat yang bohong terhadap Ahli Bait.

Quote:
2) Benarkah Yazid anak kepada saidina muawiyah ra membunuh cucu baginda nabi saw iaitu saidina husin n hasan?

Persoalan ini telah dibahaskan di thread ini: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34837&start=all&postdays=0&postorder=asc&sid=c2e880bd890af0c479a48cc2a9bdfaf1

Quote:
3) Apakah pandangan ulama assalafusoleh berkenaan pegangan serta amalan mereka?

Telah terjawab dalam jawapan no (1), iaitu Ahlu Sunnah dahulu dan sekarang mengiktiraf kedudukan para salaf dari kalangan Ahli Bait di dalam periwayatan dan ijtihad mereka dalam ilmu. Ia jelas dalam kitab-kitab tafsir, akidah, hadis dan feqah.

Quote:
4) Menurut habib yang berdiskusi dengan saya sesetengah amalan mereka adalah khas untuk ahlul baiyt seperti ratib al-haddad cthnya.

Perlu dipertikaikan dahulu, apakah amalan ratib seperti itu warid dalam hadis-hadis sahih? Ratib Haddad itu sendiri disusun oleh orang terkemudian. Bagaimana mahu dikatakan ia khas kepada satu-satu kumpulan sahaja? Dari mana pengkhususan tersebut.

Wallahu A'lam.