Selesaikan Isu Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab Dengan Cara Baik (Amin Idris)

Amin Idris (pengacara TV al-Hijrah):

Saya dengan penuh rendah diri dan penuh kasih sayang terhadap Tuan Sheikh Nuruddin berharap isu ini dapat diselesaikan cara elok. Walaupun saya bukan pengikut Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab atau dikenali sebagai Wahabi, saya tetap tidak akan mengizinkan beliau dicerca dan dihina malah ada yang kata beliau bukan Ahli Sunnah.

Tokoh ilmuwan terkenal dari kalangan ASWJ seperti ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Muhsin al-Turki yang merupakan Setiausaha Agung, Muslim World League dalam International Conference on Jurisprudence of Minorities in the Light of Maqasid al-Shariah.

di dalam tulisannya Mujmal I’tikad Aimmah al-Salaf memuji akidah dan perjuangan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, antaranya beliau menyebut: “Berterusanlah al-Syeikh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab menyeru kepada akidah yang bersih dan bersinar. Dengan tauhid, beliau menentang syirik, dengan ilmu beliau menentang khurafat” (boleh rujuk m.s. 105, Beirut: Muasasah al-Risalah).

Malah Dr Yusuf al-Qaradawi juga menyebut dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata: "Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abdul Wahhab di Semenanjung Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, Mesir: Maktabah Wahbah).

Dan seorang tokoh fekah yang terkenal di zaman ini, yang banyak pandangannya dirujuk di Malaysia, Dr Wahbah al-Zuhaili menyebut : “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung.

Sekali lagi, selesailah isu ini dengan cara baik agar ummah tidak rugi, dan musuh Islam tidak bertepuk tangan.

[Petikan FB Kami Bersama Syeikh Nuruddin Menegakkan Kebenaran]

[[{"type":"media","view_mode":"media_original","fid":"403","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"645","style":"border: 1px solid black;","typeof":"foaf:Image","width":"566"}}]]

Kategori Berita: