SJ-01-0126 : IMAN: Dalil Naqli & Dalil Aqli

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0126 : IMAN: Dalil Naqli & Dalil Aqli

As'kum.

Saya inginkan kepastian dari panel AAN. Tentang apakah syarat sah utk berakidah, apakah wajib ketahui DALIL AQLI dan DALIL NAQLI serentak dan tidak boleh salah satu saja. Pada masa saya sekolah agama dahulu ustaz di sekolah saya berkata adalah wajib tahu kedua2 dalil. Bila orang tanya apa dalil naqli kita mesti boleh jawab dengan ayat quran walaupun ayat tersebut pendek saja. Bila orang tanya dalil aqli maka kita boleh jawab secara logik. Jika kita gagal kuasai keduanya maka akidah kita tak sah dan rosak.

Permasalahannya, jika menggunakan hujah ustaz saya di atas adalah sukar bagi saya. Ini kerana saya amat sukar untuk menghafaz ayat quran walaupun ayat tu pendek aje. Saya memang boleh baca quran tapi utk hafal memang susah. Jika ikutkan apa yg ustaz saya katakan tadi, maka bolehlah dianggap akidah saya tak sah (nauzubillah).

Tapi jika kita berbalik kepada perkara asal, bagaimana pula iman seorang mualaf dikira SAH kerana mereka hanya yakin ALLAH itu TUHAN dan sememangnya mereka tidak mampu baca quran sekaligus tak mampu berikan hujah NAQLI.

Dan pernah berlaku satu peristiwa ketika Rasulullah dalam satu majlis nabi mengimankan seorang Arab asli yang tinggal di bukit bukau. Kalau tak silap saya ceritanya begini....Nabi tanya, apakah kamu percayakan Allah. Ya, jawab si badwi ni. Nabi kata lagi, kalau begitu di manakah Allah. Badwi menjawab, tu tinggal di atas bukit. Nabi hanya tersenyum mendengar penjelasan Badwi itu dan memperakui keimanan di Badwi.

Jadi berdasarkan 2 senario diatas iaitu MUALAF yang tak tahu Quran dan Kisah si Badwi, maka di maka benarnya hujah ustaz saya ni yang mengatakan iman kita tak sah dan terbatal jika tak faham 2 jenis DALIL tadi. Semenjak dua menjak ni, bila saya banyak belajar dari pelbagai sumber agama maka saya menjadi confius dgn apa yang diajarkan oleh ustaz saya ni dulu-dulu. Utk makluman, ustaz saya nilah juga yg pernah ajar saya dan mengatakan MENGANGKAT JARI TELUNJUK KETIKA BERTAHIYAT ADALAH SUNAT. AKAN TETAPI TIDAK BOLEH MELEBIHI HAD PARAS LUTUT HADAPAN. JIKA MELEBIHI PARAS LUTUT (MENJULUR KE DEPAN) NANTI DI AKHIRAT KITA AKAN DIBANGKITKAN DENGAN JARI KUDUNG.

Jadi saya harap sangatlah pihak panel AAN dapat berikan makluman segera mungkin. Iyelah, jika benar wajib DALIL NAQLI dan AQLI maka lagi lambat panel AAN jawab maka lagi lamalah akidah saya tak sah.

Wallahua'lam.

SJ-01-0126 : IMAN: Dalil Naqli & Dalil Aqli

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1. Asas kepada IMAN ialah mentahuhidkan Allah dan membenarkan RasulNya SAW. Daripada dua dasar ini, timbulnya rukun2 iman iaitu: Beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari akhirat, dan Qadha Qadar. Sesiapa yang mempercayai keenam-enam rukun ini, dan beramal dengan rukun-rukun Islam maka dia adalah seorang yang beriman.

2. Tidak disyaratkan kesahihan iman seseorang, mesti mengetahui dalil samada naqli ataupun aqli. Cukup dengan beriman kepada yang disebut secara ijmal.

Sabda Nabi SAW:

ãÇ ãä ÃÍÏ íÔåÏ Ãä áÇ Åáå ÅáÇ Çááå æÃä ãÍãÏÇ ÑÓæá Çááå ÕÏÞÇ ãä ÞáÈå ÅáÇ ÍÑãå Çááå Úáì ÇáäÇÑ

Maksudnya: Tiada seorang pun mati dalam keadaan dia menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang sebenar kecuali Allah, dan Muhammad adalah pesuruh Allah, secara benar dari lubuk hatinya, melainkan ALlah haramkan neraka ke atasnya.
Direkod dalam Sahih Bukhari (no: 128).

3. Walaubagaimana pun tahap iman antara manusia berbeza, dan ia boleh bertambah dan boleh berkurang. Antara unsur yang boleh menambahkan iman seseorang ialah mempelajari dalil-dalilnya samada daripada nusus-nusus syarak, ataupun melalui tanda-tanda dalam kejadian alam. Firman Allah:

æÝí ÇáÃÑÖ ÂíÇÊ ááãæÞäíä æÝí ÃäÝÓßã ÃÝáÇ ÊÈÕÑæä

Maksudnya: Dan pada bumi terdapatnya tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin. Begitu juga terdapatnya tanda-tanda di dalam diri kamu sendiri. Maka apakah kamu tidak melihatnya?
(Al-Zariyaat: 20-21).

4. Berkenaan mengangkat jari telunjuk ketika tasyahhud, terdapat khilaf di kalangan fuqaha. Tetapi kenyataan bahawa jari telunjuk mesti sama laras dengan lutut, dan kalau melebihinya akan dipotong pada hari kiamat, -setakat pengetahuan kami- ia bukan bersumberkan nas syarak. Maka kenyataan itu tidak ada nilai kerana pembalasan akhirat adalah perkara ghaibiyyah yang hanya diketahui melalui perkhabaran Allah dan Rasul.

Wallahu A'lam.