:salam
di sini, ana ingi brtny tentang qada solat
Adakah berdosa bg seseorang trlewat solat hngga trlepas wktnya? (dlm kes ini dia tertidur)
bagaimanakah tatacara solat qada, dr segi niat cnthnya apa yg perlu diniatkan?
sekiranya terlewat solat subuh (bgn lwt) bolehkah kita solat pd wkt matahari terbit? sb kalau x salah itu dah masuk wkt haram solat.
mintak huraian dr panel selengkapnya insyaallah.
WA
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Solat memang diwajibkan pada waktu yang ditentukan sebagaimana firman Allah swt :-
Walaubagaimanapun, disana ada beberapa kelonggaran diberikan kepada mereka yang LUPA atau TIDUR, dan tidak ada dosa keatasnya dengan syarat ia melakukan solat tersebut dengan segera apabila dia ingat atau apabila dia bangun dari tidur. Sabda Nabi :saw :-
Niatnya sama sahaja, iaitu Solat Subuh 2 rakaat kerana Allah swt. Status Qadha’ itu hanyalah menunjukkan solat tersebut dilakukan pada luar waktu solat dan bukanlah syarat yang dikenakan kepada niat.
Qadha’ solat boleh dilakukan pada bila-bila waktu, termasuklah pada waktu yang haram bersolat.
Apa yang anda perlu lakukan ialah solat dengan segera, dan lakukan seperti solat subuh biasa. Didalam sebuah hadith yang panjang yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah ra menceritakan bagamana Rasululah dan sahabat2 tidur dan tertinggal waktu solat Fajar/subuh semada didalam permusafiran. Mereka cuma sedar semasa matahari naik dan Abu Qatadah berkata :
Imam Nawawi rh menjelaskan bahawa perkataan “sebagaimana baginda melakukan setiap hari” menunjukkan cara menunaikan solat itu sama sahaja. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين