SJ-06-0070 : bolehkan menunaikan jamak di rumah??

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0070 : bolehkan menunaikan jamak di rumah??

salam...
ana mempunyai kemusykilan tentang solat jamak....
bolehkan solat jamak dilakukan dirumah sama ada sebelum memulakan perjalanan atau selepas pulang dari perjalanan...

jika boleh dilakukan...bolehkah disertakan dengan dalil yg sahih..
perkara ini sgt penting terutama bagi ana yg tempat belajar yg sgt jauh dari rumah.... sbb kdg2 bas tak berhenti utk solat..

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-06-0070 : bolehkan menunaikan jamak di rumah??

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Persoalan ini telah banyak diperbincangkan didalam soal-jawab yang lepas, ‘alakulli hal, kami akan cuba menjawabnya lagi.

Solat Jama’ (tanpa Qasar / tanda memendikkan) di perbolehkan apabila wujudnya kesukaran; contohnya seperti sukar mencari tempat solat semasa didalam perjalanan. Dalilnya sebagaimana yang umum ketahui, Sabda Nabi :saw diriwayatkan dari Ibn 'Abbas ra : berkata :

Õáøóì ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÇáÙåÑ æÇáÚÕÑ ÌãíÚÇ ÈÇáãÏíäÉ Ýí ÛíÑ ÎæÝ æáÇ ÓÝÑ ¡ ÞÇá ÃÈæ ÇáÒÈíÑ : ÝÓÃáÊ ÓÚíÏÇð – Ãí : ÇÈä ÌÈíÑ - áã ÝÚá Ðáß ¿ ÝÞÇá : ÓÃáÊ ÇÈä ÚÈÇÓ ßãÇ ÓÃáÊäí ÝÞÇá : ÃÑÇÏ Ãä áÇ íÍÑÌ ÃÍÏÇð ãä ÃãøóÊå
dir="ltr">"Rasulullah :saw menjama'kan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa'ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn 'Abbas soalan yang sama, dan dia berkata : Dia tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran" [Hadith Riwayat Muslim #705].

Firman Allah swt :

íõÑöíÏõ Çááøóåõ Èößõãõ ÇáúíõÓúÑó æóáóÇ íõÑöíÏõ Èößõãõ ÇáúÚõÓúÑó
dir="ltr">"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"[al-Baqarah : 185]
æóãóÇ ÌóÚóáó Úóáóíúßõãú Ýöí ÇáÏøöíäö ãöäú ÍóÑóÌò
dir="ltr">"dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [al-Haj : 78]

Didalam kes saudara diatas, kesukaran untuk bersolat didalam perjalanan juga boleh menyebabkan solat dijama'kan. Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini :-

íÌæÒ ááãÞíã Ãä íÌãÚ Èíä ÇáÕáÇÊíä Åä ßÇä åäÇß ÍÑÌ ãä ÃÏÇÁ ÇáÕáÇÉ ÇáËÇäíÉ Ýí æÞÊåÇ ¡ æÇáÌãÚ ÃæÓÚ ãä ÇáÞÕÑ ¡ ÝáÇ ÞÕÑ ÅáÇ áãÓÇÝÑ ¡ æÇáÌãÚ íÌæÒ ááãÓÇÝÑ æÇáãÞíã ÍíË íæÌÏ ÇáÍÑÌ ãä ÃÏÇÁ ÇáÕáÇÉ ÇáËÇäíÉ ÓæÇÁ Ýí æÞÊåÇ Ãæ Ýí ÌãÇÚÉ .
dir="ltr">"Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak musafir) menjama'kan dua solat jika ia menjadi terlalu sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya. Kebenaran menjama'kan solat adalah LUAS berbanding dengan memendikkan solat, kerana memendik (qasar)kan solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan tetapi jama' dibenarkan kepada musafir dan bukan musafir untuk menjama' solat apabila menghadapi kesukaran menunaikan solat yang kedua samaada pada waktunya atau didalam jemaah" [Islam-QA : Soalan no: 20017]

Menurut Syiekh Ibn Utsaimin rh :-

æáÇ íÍá áßã Ãä ÊÌãÚæÇ Èíä ÇáÕáÇÊíä ÍÊì ÊÛÇÏÑæÇ ÇáÈáÏ ÅáÇ Ãä ÊÎÇÝæÇ Ãä áÇ íÊíÓÑ áßã ÕáÇÉ ÇáËÇäíÉ ÃËäÇÁ ÓÝÑßã
dir="ltr">"Tidak dibenarkan kepada kamu menjama'kan 2 solat sehingga keluar dari pekannya, melainkan khuatir (takut) akan berlaku keadaan yang sukar untuk melakukan solat kedua semasa permusfiran kamu" [Majmu' fataawa Ibn Utsaimin 15/346].

Solat Jama’ sebelum perjalanan diperbolehkan jika terdapat kesukaran untuk bersolat semasa didalam perjalanan. Solat Jama’ ini dilakukan tanpa menqasarkan (memendikkan) solat tersebut, kerana permusafiran belum dimulakan lagi. Begitulah juga keadaan seseorang yang pulang dari permusafiran yang tidak dapat menunaikan solat, maka diperbolehkan menjama’kan solat tanpa mengqasarkannya. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين