SJ-11-0193 : Zakat, Haul, dan Zakat Harta Haram

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0193 : Zakat, Haul, dan Zakat Harta Haram

asalamualaikum warhmatullah

saya mahu bertanya beberapa soalan

1) zakat itu diwajibkan pada benda apa?dan apakah dalilnya?

2) benarkah zakat ini ada haul?bagaimana dengan orang yang bila ia sudah mahu sampai haulnya...dengan sengaja die mengeluarkannya sedikit supaya tidak jatuh kewajipan atasnya?

3) jika seseorang menyimpan wang yang banyak di bank yang mengamalkan faedah...dan duit itu beranak2 shingga banyak...berapkah kadar nisab untuk ia dikenakan zakat?

SJ-11-0193 : Zakat, Haul, dan Zakat Harta Haram

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Ulama bersepakat mengatakan zakat wajib pada harta-harta berikut;
- emas dan perak
- haiwan ternakan iaitu unta, lembu dan kambing
- bijirin iaitu; gandum dan barli
- buahan iaitu kurma dan zabib.

Selain daripada itu, ada perselisihan ulama. (Bidayah al-Mujtahid 1/201)

2) Haul adalah salah satu daripada syarat wajibnya zakat, berdasarkan sabda Nabi SAW:

æóáóíúÓó Ýöì ãóÇáò ÒóßóÇÉñ ÍóÊøóì íóÍõæáó Úóáóíúåö ÇáúÍóæúáõ

Maksud: "Tidak ada (kewajipan) zakat pada suatu harta, sehingga genap baginya satu haul (tempoh setahun)".
Direkod oleh Abu Daud (no: 1575) daripada hadis Ali, dan Ibn Majah (no: 1792). Kata Al-Iraqi: Sanad Abu Daud baik, dan sanad Ibn Majah dhaif.

Kata Imam Baihaqi: Sandaran wajibnya haul bagi zakat ialah atsar-atsar yang sahih tentangnya daripada Abu Bakar al-Siddiq, Utsman bin Affan, Abdullah bin Umar, dan lain-lain. (Sunan Kubro no: 7066).

Adapun perbuatan mengurangkan harta yang telah cukup nisab, demi untuk mengelakkan zakat, maka ia termasuk dalam perbuatan helah terhadap hukum syarak. Hukumnya secara zahir ialah tidak dikenakan zakat, tetapi secara batinnya adalah urusan dia dengan Allah Taala.

Ibn Battah di dalam kitabnya 'Ibtal al-Hiyal' berkata:

"Sesiapa yang memiliki haiwan ternakan yang banyak dan dikenakan zakat, lalu dia menjualnya pada permulaan haul, lalu duit jualannya menjadi 'mal mustafaad' (harta yang diperolehi), kemudian apabila harta itu cukup haul (pada tahun berikutnya) dia membeli pula satu aset tetap (seperti tanah), dan apabila cukup setahun, dia menjualnya pula. Pada zahirnya ia HARUS dalam syariat Islam, dan hukum-hakamnya diluluskan.... Tetapi semuanya kembali kepada perbuatan HELAH, dan anda mendapati Allah telah mengHARAMkan helah dan menipu, dan Nabi SAW juga mengharamkannya".

3) Zakat diwajibkan untuk membersihkan harta seseorang. Adapun harta yang haram, ia tidak dapat dibersihkan dengan zakat. Maka pembersihannya mestilah dengan cara mengeluarkan kadar harta yang haram tersebut dan diagihkan kepada maslahat umum.

Wallahu A'lam.