SJ - 2138 : RAWATAN RESDUNG & RAWATAN TRADISIONAL

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2138 : RAWATAN RESDUNG & RAWATAN TRADISIONAL

:salam

Kepada ustaz yang mempunyai banyak ilmu

Masalah penyakit Resdung... Boleh ker kita pergi rawatan yang mengunakan asap (macam rokok tu) kain digulung dan dibakar.masalah yer apakah kah ramuannya.Pening MATbLINK dlm hal ni. dah ader iklan kat paper2.rawatan muka itu

Bagaimana plak dengan mereka yang gi salon/pusat kecantikan yang menawarkan khidmat begitu. merasa was2 kaedah itu

dapat lah ustaz menerangkan lebih lanjut mengenai ini

Re: SJ-2138: Rawatan resdung

Jawab:
Resdung atau Sinusitis adalah penyakit yg sudah dikenalpasti puncanya: samaada jangkitan kuman, virus, fungus (kulat) atau allergi atau alahan.

Langkah pertama: dapatkan dignosis yg tepat mengenai punca Sinusitis anda dari perubatan moden.
Langkah kedua: anda boleh memilih untuk mendapat rawatan secara alopathy (perubatan moden) atau tradisional.

Bg rawatan klinikal moden, ia bergantung kdp budget atau kemampuan kewangan anda. Jika mampu sudah tentu dari pusat rawatan spt Gleneagles, SJMC, Tawakkal, dll. Budget sederhana dari HKL, Hospital Universiti (HUKM, universiti Malaya atau USM)
Jika anda memilih rawatan tradisional, kena pastikan reputasi dan rekod pengamal perubatan tersebut.
Jauhi pengamal perubatan Tradisional yg anda tidak kenali atau tidak direcomend oleh orang2 yg anda percayai. Maka pengamal perubatan tepi jalan, pasar malam, Chow Kit Rd termasuklah pengamal perubatan yg perlu dihindari. Ubatan tradisional mestilah yg diketahui kandunganya dan didaftarkan dengan kementerian kesihatan. WA

Re: SJ - 2138 : RAWATAN RESDUNG & RAWATAN TRADISIONAL

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

SJ – 2138 : RAWATAN RESDUNG & RAWATAN TRADISIONAL

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Sesekali saya membaca jawapan Al-Fadhil Tuan Guru kita, Ustaz thtl , membuatkan saya senyum. Senyum kerana Al-Fadhil Ustaz thtl bukan sahaja ‘alim di dalam bidang agama semata-mata , bahkan sekali membaca jawapannya ( seperti permasalahan ini ) membuatkan kita menyangka bahawa yang menjawabnya adalah seorang doktor perubatan . Itulah kehebatan Al-Fadhil Ustaz thtl yang tak dapat disangkal lagi ;)

Sepatutnya soalan perubatan seperti ini tidaklah diajukan kepada kami ; Ahli-Ahli Panel al-Ahkam online , tetapi hendaklah ditanya kepada mereka yang ahli di dalam bidang ini , sesuai dengan Firman Allah Ta’ala :


..........ÝóÇÓúÃóáõæÇú Ãóåúáó ÇáÐøößúÑö Åöä ßõäÊõãú áÇó ÊóÚúáóãõæäó

Ertinya : “ Bertanyalah kepada Ahli Dzikr jikalau kamu tidak mengetahui “ .

Ahli Dzikr pada ayat tersebut merujuk kepada Ahlul Kitab yang mengetahui kisah-kisah Para Anbiya’ ( a.s ) daripada kalangan Bani Israil sebelum kedatangan Baginda Rasulullah s.a.w . Akan tetapi , para ulama’ yang mahir di dalam bidang Tafsir al-Quran al-Karim menyatakan : “ ÇáÚÈÑÉ ÈÚãæã ÇááÝÙ áÇ ÈÎÕæÕ ÇáÓÈÈ “

: Ertinya : ‘Ibrah ( pengajaran daripada al-Quran ) itu diambil daripada umumnya lafaz ( di dalam al-Quran ) , bukannya daripada sebab-sebab khusus ( sesuatu ayat itu diturunkan ) .

Lantaran itu , tidaklah salah jika “ Ahli Dzikr “ itu diertikan sebagai : Mereka yang mahir di dalam bidang masing-masing.

Jadi , mereka yang mahir di dalam bidang perubatan sudah tentulah doktor , ataupun bomoh , ataupun tabib dan seumpamanya.

Di dalam masalah penyakit resdung ini , saya lebih yakin kepada perubatan bukan alopathy , khasnya yang berteraskan herba ( herbalogy ) dan perubatan tradisional . Samalah ( menurut pandangan saya ) perubatan tradisional lebih berkesan di dalam menangani “ masalah orang lelaki “ , tulang-tulang yang patah dan kencing manis . :wah

Berbalik kepada kemusykilan Saudara MATbLINK :

Quote:
Masalah penyakit Resdung... Boleh ker kita pergi rawatan yang mengunakan asap (macam rokok tu) kain digulung dan dibakar.masalah yer apakah kah ramuannya.Pening MATbLINK dlm hal ni. dah ader iklan kat paper2.rawatan muka itu

Kalau kami ditanya mengenai apakah isi ramuan ubat-ubatan untuk penyakit resdung itu , maka sudah tentu lebih baik ianya ditanya kepada mereka yang mempunyai keahlian di dalam bidang tersebut . Akan tetapi apabila ianya dikaitkan dengan permasalahan hukum-hakam agama , maka tidaklah mengapa ianya diajukan kepada kami. Mudah-mudahan ianya menyebabkan kami sentiasa mencari-cari jawapan yang tepat dengan kehendak agama terhadap setiap masalah kehidupan , dan sekaligus menambah ilmu kami semua . :dehors

Masalah Resdung ini merupakan salah-satu penyakit yang dah menjadi seperti “ kebiasaan “ ( mesti kena ) pada setiap orang , Cuma kuat ataupun tidak aje penyakit tersebut pada seseorang pengidapnya ( itu kata salah seorang guru saya yang pernah menjadi tabib ) .

Masalah “ Rokok Resdung “ . Mungkin yang memeningkan Saudara MATbLINK ialah apakah hukumnya menggunakan “ rokok resdung “ itu di dalam menangani masalah resdung ? , tidakkah hukumnya sama dengan ROKOK biasa ( cigarette ) !?. [/b]

Setahu saya , “ rokok resdung “ itu digunakan dengan dua cara :

1 – Diletakkan di muka ( beberapa bahagian di muka ) sehingga keluarlah sesuatu yang berwarna putih . Sesuatu itu dipanggil sebagai “ hama resdung “ yang khabarnya itulah pembawa penyakit resdung itu.

2 – Seseorang pesakit itu menghisap “ rokok resdung “ itu dengan menyelimutkan kepala dan sebahagian tubuhnya dengan kain sarung ( agar asap tersebut tidak keluar ) . [/b]

.
Kedua-dua cara tersebut , sebagai mana kata para pengamal perubatan tradisional adalah : KAEDAH MERAWAT . Dan sudah tentu “ rokok resdung “ ini tidak boleh dikiaskan ( disamakan ) dengan rokok ( cigarette ) ataupun curut / bidie ( rokok mamak ) , sebab “ rokok resdung “ itu dicipta sebagai tujuan perubatan , manakala “ rokok cigarette / curut / bidie “ itu pula diciptakan untuk tujuan “ berseronok-seronok “ ( dan ianya juga membahayakan kesihatan ) .

Selain itu , “ rokok resdung “ tidak mengandungi sebarang bahan yang merbahaya , walhal “ rokok cigarette / curut / bidies “ pula diadun dengan daun tembakau dan ada pula yang dicampurkan dengan bahan-bahan yang mengkhayalkan. Ada pula ( khabarnya ) rokok yang terkenal dicampur daun tembakaunya ( masa diproses ) dengan arak .

Pendek kata : “ Rokok Resdung “ tidaklah HARAM ataupun MAKRUH , jika ianya benar-benar digunakan untuk tujuan perubatan dan tidak pula mengandungi apa-apa bahan yang memudaratkan kesihatan dan tidak pula mengkhayalkan.

Ada juga yang menggunakan LIPAS KECIL ( Lipas Tanah ) untuk merawat . Apabila ditenyeh lipas-lipas tersebut ke muka pesakit resdung , serta-merta keluarlah “ cacing-cacing kecil berwarna putih “ daripada muka seseorang pesakit. Lalu cacing-cacing itu pun diletakkan di atas cermin . Namun sebenarnya ( menurut kata seorang kenalan saya : Pak Kiyai daripada Acheh , sebenarnya cacing-cacing putih yang kecil itu bukanlah berasal daripada muka seseorang pesakit resdung , malahan ianya sebenarnya berasal daripada perut lipas tanah itu sendiri . ( Wallahu A’alam sejauh manakah kesahihan perubatan dengan menggunakan lipas tanah itu )

Quote:
Bagaimana plak dengan mereka yang gi salon/pusat kecantikan yang menawarkan khidmat begitu. merasa was2 kaedah itu

Perlulah kita memastikan terlebih dahulu siapakah yang menjalankan khidmat rawatan di Pusat Kecantikan ataupun Salon itu . Pastikan adakah dia benar-benar berkelayakan menjalankan rawatan tersebut . Kemudian tinjau pula kalau kita lelaki , maka lebih baik berubat dengan kaum lelaki juga. Dan begitulah juga bagi kaum Hawa. Masalah ini samalah dengan masalah bolehkah seseorang wanita Islam itu beranak di bawah pengawasan seorang doktor lelaki ? .

Di negara kita , Kaum Adam masih ramai lagi yang boleh memberikan khidmat merawat penyakit resdung, maka untuk apakah kita menemui pengamal perubatan yang terdiri daripada Kaum Hawa ? .

Lainlah pula masalahnya jika tabib-tabib ataupun doktor-doktor lelaki itu meletakkan harga yang terlalu mahal berbanding khidmat perubatan daripada Kaum Hawa ! .

Selagi boleh berubat dengan kadar-upaya yang termampu dengan kaum Adam , maka usahakanlah dan elaklah daripada berubat dengan Kaum Hawa . Kalau sudah tidak ada jalan ikhtiar dengan Kaum Adam , maka tidaklah mengapa ketika itu untuk mencuba berubat dengan mendapatkan bantuan daripada kaum Hawa dan sudah tentu ianya perlu juga dibatasi dengan peraturan-peraturan syarak ( termasuklah di dalam rawatan tersebut tidak boleh ada sebarang upacara yang bid’ah , apatah lagi yang boleh menyebabkan syirik dan murtad ) !!!

Begitulah juga jika saudara-saudara kita ada masalah alat kelamin , silalah menemui pakar-pakar perubatan dari kalangan kaum Adam terlebih dahulu ( Seperti Mat Nor “ Pisau Lipat “ ataupun Tabib Hj. Norjae dan adik-beradiknya ataupun Pak Hj Ibrahim “ Sg Penchala “ ataupun Abg Nana Kassim “Pokok Assam Taiping “ ). Kalau tidak berjaya juga ataupun terlalu mahal ( terlalu membebankan kos perubatannya ) maka tidaklah mengapa di saat itu untuk menemui Kak Umee Srimas, Makcik Fatimah Kemboja ataupun mana-mana pakar perubatan dari kalangan kaum Hawa :grin:

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
04 / Zulqa’edah / 1423 H
06/ Januari / 2003 M

ISNIN – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum