SJ-05-0475 : Makmum Tepuk Belakang

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0475 : Makmum Tepuk Belakang

:salam

Boleh ke kalau time kita solat sorang, tiba-tiba ada jemaah tepuk belakang dan berimamkan kita, katala solat Jahr macam maghbrib. Time sekolah dulu memang selalu la buat, tapi skang ni nak tau dalil boleh ke tidak ...

Sebab ada baca pendapat sorang brader ni, dia kata kalau kita solat sorang, tak boleh berubah niat, sebab nanti batal sebab berubah niat. Jadi katala dalam kes solat jahr, kalau solat sorang, tentula baca senyap. Tapi since dah ada orang nak berimamkan kita, takkan tak jahr bacaan.

Tapi kalau kita pilih untuk solat sendiri, macam mana hukum jahr bacaan ketika solat bersendirian?

2) kalau solat berjemaah berdua, tiba-tiba imam putuskan solat (katala terkentut), lepas tu makmum kena tunggu ke atau mufaraqah?

katala tunggu kebetulan lak imam tu pegi jawab phone ke atau ada gangguan lain, lama la plak nak tunggu.

:wassalam

SJ-05-0475 : Makmum Tepuk Belakang

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Masuk sembahyang berimamkan orang yang sedang bersembahyang bersendirian adalah dibolehkan. Kisah Ibn Abbas r.a. adalah salah satu dalilnya. Ulasan tentang perkara ini boleh dibaca di:

SJ-05-0474 : Masalah Masbuk
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=37806

Berubah niat daripada sembahyang sendirian kepada sembahyang jemaah, tidak menjejaskan sembahyang.

Berkenaan dengan bacaan perlahan atau kuat, jika sudah dikira berjemaah maka hukumnya hukum solat jemaah. Dikuatkan pada solat sebelah malam (maghrib, isya dan subuh) dan diperlahankan pada solat siang (zohor dan asar).

Dalam solat sendirian, ada khilaf. Imam Syafie berpendapat sunat dibaca kuat dalam solat-solat jahriyyah. Manakala Imam Ahmad mengatakan diberi pilih samada kuat atau perlahan. Kerana tuntutan bacaan kuat hanya dalam solat jemaah.

Berkenaan tepuk belakang, sudah ada penjelasan daripada Maulana Asri tentangnya. Kesimpulan, tidak perlu ditepuk atau dicuit.

2) Masalah ini masalah khilaf. Ramai ulama (termasuk Syafie dalam pendapat qadimnya) berpendapat jika seseorang terbatal wudhuk ketika solatnya, boleh dia berwudhuk dan kembali menyambung solatnya. Tidak perlu dimulai dari awal.

Terdapat dua hadis bertaraf mursal dalam perkara ini, dan diamalkan oleh ramai sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Dan hadis mursal apabila disokong oleh jumhur sahabat, ia menjadi hujah di sisi sesetengah ulama. (Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah).

Imam Nawawi menukilkan pendapat ini dari ramai sahabat, antaranya: Umar, Ali, Ibn Umar, Salman al-Farisi, dan Ibn Abbas. (Majmuk 4/76).

Tetapi dalam tempoh keluar mengambil wudhuk, tidak boleh melakukan perbuatan-perbuatan luaran yang tidak diperlukan, seperti bercakap-cakap, makan minum dll.

Jadi menurut pendapat ini, jika imam yang terbatal wudhuknya, makmum boleh tunggu sehingga imam datang kembali ke tempatnya.

Tetapi yang sahih dalam mazhab Syafie dan Ahmad, solatnya terbatal dan tidak boleh disambung balik. Mesti dimulai dari takbiratul ihram.

Wallahu A'lam.