SJ-13-0529 : Apa dalil Kaki Wanita Bukan Aurat?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0529 : Apa dalil Kaki Wanita Bukan Aurat?

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=37737&highlight=stokin

Soalan tambahan..
Bagaimana boleh berlakunya khilaf di kalangan ulama' mazhab pada mengatakan pergelangan kaki itu bukannya aurat? apakah sandaran nasnya? bukankah Ibn Abbas dan Aisyah mentafsirkan ayat31 surah al-nur; "ma zhohara minha" itu sebagai muka dan tapak tangan?

albaruhiyy (not verified)
SJ-13-0529 : Apa dalil Kaki Wanita Bukan Aurat?

ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã
ÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå : æÈÚÏ

Bagaimana boleh berlaku khilaf?
Jawapannya ialah kerana khilaf pada penafsiran maksud “ÅáÇ ãÇ ÙåÑ ãäåÇ”.

Ringkasnya di sini ialah ada beberapa pendapat :

Ibn Mas’ud, al-Hasan, Ibn Sirin, Abu al-Jauza’, al-Nakhaie berpendapat : seperti kain dan pakaian yakni mengikut apa yang biasa dipakai wanita Arab seperti tudung kepala.....maksudnya yang tidak boleh disembunyikan.

Manakala, Al-A’mash, Said bin Jubayr, Ibn Abbas berpendapat : ”Wajah dan kedua tapak tangan dan cincin”.
[Pendapat ini juga dinukilkan dari Ibn Umar, Ata’, Ikrimah, Abi al-Sha’sha’, al-Dahhak.

Al-Zuhri berkata : Cincin dan Gelang kaki

Kata Ibn Kathir : ”Dan kemungkinan Ibn Abbas serta pengikutnya menghendaki tafsir ”ãÇ ÙåÑ ãäåÇ” dengan makna wajah dan dua telapak tangan. Dan ini ialah penadpat masyhur di sisi majoriti, dan pandangan ini dikaitkan dengan dalil hadis yang direkodkan Abu Dawud dalam Sunannya........Dari Aishah r.a. Bahawa Asma’ binti Abi Bakr masuk ke tempat Nabi s.a.w. sedang ia memakai pakaian yang nipis, lantas Nabi memalingkan mukanya sambil berkata : ”Wahai Asma’, sesungguhnya wanita apabila telah baligh, tidak patut dilihat daripadanya melainkan ini [Nabi mengisyaratkan kepada wajah dan tapak tangan.

Hadis ini ada khilaf dari segi status kesahihannya. Namun tidak kurang ramai juga ulama menghukumkannya baik.

[Sila Rujuk Tafsir Ibn Kathir, jil 6, hlm 48, Dar al-Sha’b]

Itu sebab timbul khilaf,
Wallahualam