SJ-2161: Tatacara Salam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2161: Tatacara Salam

:salam

Apabila kita bersalam dgn seseorang perlukah kita membongkokkan sedikit badan kita?.
2. Bgmn cara sebenarnya dalam Islam? Apa yg tak boleh dilakukan semasa bersalaman itu.
:wassalam :confused: :grin:

Re: SJ-2161: Tatacara Salam

:wassalam
Jawab:
Panduan lengkap ada dalam kitab karya alHafeedz Imam syaraf anNawawi dalam alAzkar.
1. Perihal membongkok semasa bersalaman. Ini adalah budaya orang Timur ketara sekali dalam masyarakat Jepun dan Korea. manakala budaya Melayu juga ada sedikit tunduk jika orang yg disalami itu adalah orang yg disegani. Budaya standard Melayu juga bila menyambut seseorang tetamu ialah melipatkan tangan kanan ke dada dan menundukkan kepala sedikit. Amalan ini diamalkan dalam Industri Pelancungan dan menjadi kod etika bangsa Malaysia.
Budaya sebenar Islam, semasa bersalaman,terdapat larangan Sunnah supaya tidak perlu menundukkan kepala. Dalil: HR atTermidzi dan Ibn Majah dari Anas, RasuluLlah SAW prnah ditanya, apakah boleh seseorang membongkokkan diri bila bertemu dengan saudarnya. sabda baginda," Tidak" dan Nabi menyuruh hanya bersalaman sudah memadai. " Klasifikasi hadis: hadis hasan. Larangan Nabi saw ini menurut anNawawi, seorang ahli hadis dan ahli feqah yg masyhur dlm madzhab Syafi'iy sbg Makruh.

2. Cara sebenar bersalaman dlm Islam
a. segera menghulurkan tangan terlebih dahulu.
b. muka berseri2
c. memberi senyuman manis
d. eye contact (saling berpandangan)
e. bertanya khabar
f. nasihat-menasihati
g. saling berdo'a ke atas satu sama lain
f. boleh mencium dan memeluk jika lama tidak bertemu atau kembali dari safar yg lama. Lihat alAzkar dan hadis-hadis riwayat Ibn Sunniy dari Barra' bin Azib ra.

3. don'ts /apa yg tidak boleh ketika bersalaman
a. membongkokkan badan
b. mencium tangan dengan ada tujuan duniawi spt tangan pemimpin
c. memeluk lelaki yg kacak atau pelukan yg bersyahwat kpd sesama jenis...boleh dilihat lagi dalam alAzkar. Ini sekadar ingatan saya shj. Rujukan lanjutan: Khuluqul Muslim oleh Syekh Ali alHashimi WA