:salam
Situasi 1:
- pukul 5.45PM, solat asar dirumah, adakah perlu azan dan iqamah atau sekadar Iqamah sahaja?
Situasi 2:
- pukul 5.45PM, solat asar dimasjid, adakah perlu azan dan iqamah atau sekadar iqamah sahaja?
Bagaimana bagi mereka yang perempuan pula? mereka juga perlu Azan dan Iqamah?
Apabila didalam masjid Imam sudah selesai solat fardhu, maka kita buat jemaah yg baru maka adakah perlu Azan dan Iqamah juga?
Jazakallahhhukhairan kathira...
:salam
ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ
Secara keseluruhannya , dalam apa jua situasi , adalah disunnahkan untuk melaungkan azan dan iqamah dengan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian :
Sekiranya kita telah terlewat mengerjakan solat , maka apabila kita ingin mengerjakan solat samada di rumah atau di masjid , disunatkan kita untuk melaungkan azan dan iqamah tanpa mengangkat suara dengan kuat dibimbangi akan mengelirukan msyarakat yang mendengarnya.
Ini kerana apa sahaja yang mendengar azan tersebut samada dikalangan jin , tumbuh-tumbuhan dan sebagainya akan menjadi saksi dihari akhirat nanti berdasarkan kepada suatu riwayat daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra (Rujuk Sahih Bukhari : 609)
Al-Hafiz Ibn Hajar berkata :
Azan pada solat berseorangan adalah disunatkan walaupun di gurun sahara (padang pasir / tempat yang tiada penghuni) – (Fathu al-Bari , Kitab Azan)
Sekiranya solat telah didirikan dimasjid oleh sekelompok jema’ah , kemudian datang sekumpulan jemaah lain yang belum menunaikan solat , maka yang sahihnya disisi Syafi’iyyah ialah disunatkan kepada mereka untuk melaungkan azan tanpa mengangkat / mengeraskan suara. (Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah , 2 / 370)
Bagi yang perempuan , tidak disyarak melaungkan azan dan iqamah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi daripada Asma binti Yazid :
áíÓ Úáì ÇáäÓÇÁ ÃÐÇä æáÇ ÅÞÇãÉ
Tidak ada azan dan Iqamah bagi wanita.
Hadis ini adalah mauquf disisi Al-Baihaqi (1/408) seperti yang disebut oleh Ibn Mulaqqin dalam Khulasah al-Badr (1/106)
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com