SJ-2171: Solat Ketika Hendak Bersalin

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2171: Solat Ketika Hendak Bersalin

Jika seorang wanita mengandung sudah keluar tanda (darah bercampur lendir) adakah perlu dia solat sekiranya sudah masuk waktu sedangkan dia belum bersalin lagi?

Re: SJ-2171: Solat Ketika Hendak Bersalin

Jawab:
Tidak ada dalil dalam isu ini. Maka kita terpaksa menggunakan hukum dari ijtihad fuqaha' dan pakar perubatan.
Dr Nabih alJiar (Proseeding Nadwah Kongress perubatan ke 3, ms 434), menetapkan darah dan lendir itu adalah nifas. Imam Ibn Qudamah (alMughny, Jld 1/362) berpendapat ini merupakan pendapat Jumhur ulama'. Hanafiah (Syarh Fathul Qadir, Jld 1/1860) pula berpendapat ia darah Haidh. Maka jika ia jatuh nifas atau haidh, maka gugurlah kewajipan solat. WA