SJ-13-0542 : Ternak ikan dalam kolam kumbahan najis babi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0542 : Ternak ikan dalam kolam kumbahan najis babi

assalamualaikum..
apa hukum menternak ikan dalam kolam kumbahan najis babi? adakah haram?

albaruhiyy (not verified)
SJ-13-0542 : Ternak ikan dalam kolam kumbahan najis babi

JAWAPAN
ÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:
Sebelum mengetahu hukum penternakan ikan dalam kolam najis, maka kita perlu perjelaskan masalah haiwan jallalah.

Al-Jallalah ialah haiwan yang kebanyakan makanannya ialah najis. Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan tentang haiwan jallalah,

Antaranya hadis tersebut ialah :
Úä ÇÈä ÚÈÇÓ ÞÇáþ:þ þ(þäåì ÑÓæá Çááøå Õáì Çááøå Úáíå æÂáå æÓáã Úä ÔÑÈ áÈä ÇáÌáÇáÉþ)þþ.þ
ÑæÇå ÇáÎãÓÉ ÅáÇ ÇÈä ãÇÌå æÕÍÍå ÇáÊÑãÐíþ.þ
Maksudnya ialah : Rasulullah s.a.w. melarang daripada meminum susu haiwan jallalah. [Direkodkan oleh al-khamsah melainkan Ibn Majah dan dihukum sahih oleh al-tirmidhi].

- æÚä ÇÈä ÚãÑ ÞÇáþ:þ þ(þäåì ÑÓæá Çááøå Õáì Çááøå Úáíå æÂáå æÓáã Úä Ãßá ÇáÌáÇáÉ æÃáÈÇäåÇþ)þþ.þ
ÑæÇå ÇáÎãÓÉ ÅáÇ ÇáäÓÇÆíþ.þ

Maksud : Rasulullah s.a.w. melarang daripada memakan jallalah dan susunya” [direkodkan oleh al-khamsah melainkan al-nasai].

Al-Nawawi dalam kitab al-Raudhah menjelaskan :
“Al-Sahih ialah tidak diambil kira banyaknya najis, bahkan yang diambil kira bau busuk, jika bau kuahnya atau dagingnya atau rasanya atau warnanya berubah, maka ia jallalah. Larangan ini dari segi hakikat ialah menunjukkan haram”.

Para ulama mazhab Syafie, Ahmad dan al-Thawri mengharamkan makan daging jallalah. Setengah pendapat mengatakan makruh.
[Rujuk al-Shawkani, Nayl al-Autar, Dar al-Hadith 1993/1413]

Oleh kerana itu, kami cenderung kepada pandangan yang lebih baik, haram memakan haiwan jallalah, maka tidak harus menjalankan projek penternakan seperti ini jika sekiranya ikan tersebut diternak untuk dimakan. Tambahan pula, biasanya apabila diternak dalam kumbahan najis, maka ia akan memberi kesan juga kepada ikan tersebut, bahkan boleh jadi memberi kesan mudarat kepada sesiapa yang memakannya. Syarak jelas melarang perkara yang membawa kepada mudarat dan syarak juga melarang makan haiwan jallalah sepertimana dalam hadis-hadis.

Namun jika sekiranya ikan tersebut bukan untuk di makan atau diminum susunya sebagai contoh, ikan untuk perhiasan, InsyaAllah dari tidak menjadi masalah untuk menternaknya dengan dalam tempat najis atau memberi makan makanan najis. Sekalipun begitu, bagi kami lebih baik menternaknya di tempat yang bersih dan suci.

Wallahualam