SJ-04-0108 : Air Mani menghalang air mandi wajib ke tak?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0108 : Air Mani menghalang air mandi wajib ke tak?

Kalo ada air mani kering/tak abis cuci dengan sabun adakah ia menghalang air untuk mandi wajib kene ke kulit?

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Air Mani menghalang air mandi wajib ke tak?

:salam

Setakat yang diketahui , sifat air mani kering yang telah mengeras apabila ianya terkena air akan menjadikan air mani tersebut cair semula dan akan turut serta larut bersama-sama dengan air mandian.Maka ianya tidak boleh dianggap sebagai bahan yang menghalang air untuk sampai ke seluruh anggota badan semasa mandi wajib.

Ianya berbeza dengan bahan lain yang melekat dibadan yang mana sifatnya tidak akan larut apabila terkena air , seperti plaster , cat minyak , liquid paper dan sebagainya yang jelas sifatnya menjadi penghalang kepada air wudhuk atau mandian wajib sampai ke kulit.

Maka , secara logiknya , air mani yang melekat dibadan seseorang yang ingin mandi wajib apabila dilsiram dengan air dan digosok dengan tangan akan menyebabkan air mani tersebut hilang.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com