persoalan saya seperti yg ditanyakan di sini:
http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=5843.html
Salam. Sheikhs, apabila berwudhu, apabila pertama kali muka dibasuh, ada bahagian tangan yang terkena gel rambut. Soalan sy, kesan2 gel rambut pada tangan yang bercampur dgn air mutlak, adakah boleh dibut wuduk? Sebab perasaannya bagai 'meratakan air gel', bukan air mutlak. Bagaimana?
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Sekiranya gel di tangan banyak hingga menyebabkan air yang diceduk bertukar sifat daripada air mutlak kepada air gel, maka ia dikira sebagai air mutaghayyir.
Hukum air mutaghayyir ialah suci tetapi tidak sah bersuci dengannya, menurut pendapat jumhur ulama. Manakala di sisi mazhab Hanafi, boleh dibuat bersuci dengannya.
Adapun jika perubahan tersebut sedikit sahaja, yang tidak menyebabkan bertukar nama dari air mutlak kepada air gel, ia dimaafkan dan boleh bersuci dengannya.
Wallahu A'lam.
- Al-Muhazzab 1/17
- Al-Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh 1/118
- Mughni al-Muhtaj 1/19
http://abuumair1.wordpress.com