SJ-11-0260 : halalkah duit ini?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0260 : halalkah duit ini?

Assalamualaikum ustaz,

Saya ada satu soalan. Andaikan saya mengisi minyak kereta saya menggunakan duit haram, lepas tu, mak ayah saya bagi duit kepada saya dan diorang kata duit (yang diorang bagi) tu untuk ganti duit minyak kereta saya. Apakah status duit pemberian ibu bapa saya tu? adakah ia menjadi haram kerana duit tu diperuntukkan untuk mengganti wang yang telah saya gunakan untuk isi myk kereta, sedangkan duit yang telah saya gunakan untuk isi minyak kereta sebelum ni adalah duit haram.

terima kasih ustaz.

albaruhiyy (not verified)
Re: halalkah duit ini?

:salam
لحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على محمد وعلى آله ، وصحبه أجمعين. . . وبعد :

Pertama, memakan atau menggunakan duit haram walau dengan apa cara sekalipun adalah faktor penghalang doa dimakbulkan Allah. [Rujuk hadis 40].
Makan harta haram juga merupakan sebab masuk neraka sepertimana sabdaan Nabi [riwayat Tirmizi]
لَنْ يَدْخُلَ الْجَنَّةَ لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ
Maksudnya :"Tidak masuk syurga orang yang dagingnya tumbuh dari haram".

Kedua, seperti yang saya faham dari soalan, seolah-olah harta haram yang anda maksudkan ialah harta milik orang lain, maka ia wajib dipulangkan kepada pemiliknya.

Ketiga, sekiranya duit tersebut telah digunakan, maka ia perlu menggantikannya kembali sama ada duit yang diganti diperolehi dari dirinya atau hadiah bapanya. Dan itulah antara syarat taubat sekiranya dosa yang dilakukan berkaitan dengan hak orang lain.

Wallahualam